Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Daisypath Happy Birthday tickers Daisypath Happy Birthday tickers

Friday, November 21, 2008

Today I Write about DraMa terbaRu..


Drama terbaru bakal muncul Rona Roni Makaroni..tgk tajuk mcm best jer..tgk pelakon ponx mcm best.. ini mesti citer mcm ala2 Sindarela..pelakon plak terdiri dari Sharifah Amani, Bront Palaree, Isma Yusoof (asma mesti kenal nie) & Dira Abu Zahar (pelakon baru kot cm tak glamer jer nama..hehe) suka suka jer saya nie kan..

Drama ini diarahkan oleh Shahrulezad Mohameddin


Sinopsis Rona Roni Makaroni.
Drama ini mengisahkan mengenai watak Rona yang merantau ke Kuala Lumpur semata-mata mahu mencari bapanya yang bernama Jalil. Sesampai je kat Kuala Lumpur, Rona bertemu dengan Roni yang mempunyai restoran itali. Dimana Rona membuka restoran ini adalah semata-mata untuk kekasihnya yang dia kenal sejak belajar di Itali bernama GIA, seorang pelakon yg sangat femes.

Hubungan Gia dan Roni semakin teruk sebab Gia terlalu fokus dengan kariernya sebab terpengaruh dengan Ben, manager Gia yang manipulatif dan bermuka-muka. Yang peliknya, Roni hanya akan masak sedap apabila, dia ‘in love’, tapi bila hubungan dia teruk dengan Gia, masakannya akan menjadi tak sedap dan restoran dia makin kurang pelanggan.

Rona pula seorang pompuan kampung yang suka memasak resepi yang unik dan pelik-pelik seperti macaroni kari lah, gulai macaroni asam pedas lah dan macam-macam lagi. Dan yang Budiey rasa pelik bila mendapat tahu Rona akan memasak sedap bila dia nervous. Huhu, bunyi macam tak real tapi tak mustahil berlaku, kan? Apabila dia secara tak sengaja masak sedap di restoran, Roni terus ambik dia kerja.

jess pula ialah adik kepada Roni yang sukakan Ben (pengurus Gia), kerana Ben seorang PR yang sangat bagus punya, kata dia manager la kan? Tapi dia tak layan pun Jess. Persoalannya, mengapa Ben tak layan Jess? Mungkinkah Ben seorang gay atau lesbian ke hahah kita tak tahu, kan? Tapi dia sangat sayangkan GIA sebab dia jaga Gia gila-gila lah punya.

Jadi, drama ini berkisar dan berlatar belakangkan sebuah restoran dan makanan. Bagaimana cinta tiba dia hati semua watak ini dengan hanya disebabkan restoran italian yang diberi nama GIAmacaRONI sempena hubungan cinta Roni terhadap GIA.

Nantikan kesudahan cerita komedi romantik daripada pengarah yang berjaya mencuri hati penonton melalui drama bersiri Emil Emilda dan Sindarela. Mungkinkah Gia berjaya membetulkan hubungannya dengan Roni? Mungkinkah Rona pula berjaya memikat Roni dengan masakannya yang sedap bila dia nervous? Dan berjayakah Ben mempengaruhi Gia untuk tinggalkan Ben? Kita nantikan RONA RONI MAKARONI di Astro RIA nanti.

sumber dari www.budiey.com

Saksikan Rona Roni Makaroni di Astro Ria bermula 27 November ini..

0 comments:

 
Design with love by Jiji for Zamimie