Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Daisypath Happy Birthday tickers Daisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, July 6, 2010

Suntikan Pneumococcal....

akhirnya setelah bertanguh dan tangguh eman ponx dh diberi suntikan pneumococcal dos pertama jumaat lepas...yerlah utk amik suntikan nie sblm 7 bln kena 4 dos...klu after 7 bln amik 3 dos aja...so doc ponx nasihat tuk amik masa dh 7 bln...jimat ponx jimat sbb sekali suntik jer RM215..tp kat kpj murah sket RM190 klu tak silap...sbbkan kami dh janji ngan doc klinik tu and kami yg suh dia orderkan utk eman so tak smpi hati plak rasanye...huhu lepas nie suntikan kedua eman akan amik bln depan and suntikan ketiga masa umur 1 tahun..

saya rasa semua org dah tau kan psl suntikan pneumococcal nie....saya tgk kat tv ponx dh ada iklannye...yg menjadi sbb utama kami bg eman suntikan nie sbb dia dok nursery....yerlah bila dh dok nursery penyakit sangat mudah berjangkit saya rasa klu antibodi kuat camner ponx tetap gak akan terkena tempiasnye...

selalu gak eman kena batuk selesema...baik jer selang 2-3 minggu kena balik..bila tanya paed dia ckp takder cara ponx sbb penjagaan kat umah n nursery amat2 berlainan kan...biasalah dh jaga ramai2 tu mana lah terfikir nak cuci tangan dulu lepas pegang sorg2 budak...itu cthnye lah kan...

so paed tu ckp cara yg plg sng cari babysitter..babysitter kat tmpt saya adalah amat susah utk dicari..klu ada ponx dah fully ocuupied dh..tak mo lah pi atr kat babaysitter yg jaga ramai2..klu cam tu baik atr nursery...tapi kat area BSP nie mmg susah nak cari babysitter sbb rata2 semua org bekerja kwsn saya nie...yerlah kwsn baru kan...

cara yg kedua paed tu ckp amiklah maid...yg pada saya adalah tidak berbaloi2...huhu yerlah anak baru sorg lain lah klu anak dh 3-4 org bru berbaloi...skrg nie dh ler amik maid mcm2 prosedurnye...byr mahal plak tu..not worth it - yg nie kiv dulu...

cara yg ketiga adalah saya kena berenti keja and duk umah lah jaga dia..insya-allah selamat serta sihat semuanye...hik2 tp yg nie kena fikir pjg2 dn sangat2 pjg... =)

oke berbalik pada pneumococcal nie..meh kita ngk maklumat tentangnye dr MyHEALTH portal...




Apa itu jangkitan Pneumokokal?
Penyakit Pneumokokal adalah disebabkan oleh sejenis kuman bakteria yang biasa menyebabkan jangkitan pada tekak dan telinga. Ia boleh menyebabkan jangkitan yang lebih serius seperti jangkitan paru-paru dan radang selaput otak.


Apakah yang menyebabkan jangkitan Pneumokokal?
Kuman penyebab penyakit ini ialah Streptococcal pneumoniae atau Pneumokokus yang terdapat dalam lapisan hidung dan tekak orang yang sihat (pembawa kuman). Kuman ini boleh merebak melalui batuk dan orang yang berada di persekitaran secara langsung.


Apakah vaksin yang ada dan bagaimana ia diberikan?
Vaksin terdahulu ialah pneumococcal polysaccharide vaccine (PPV) yang mengandungi 23 antigen pada lapisan yang telah ditulenkan. Vaksin yang terbaru ialah pneumococcal conjugate vaccine (PCV) yang telah diubahsuai dengan menggabungkan 7 lapisan kapsul polisakarida yang telah ditulenkan dan setiap satunya digabungkan dengan toksin difteria yang telah di nyah aktifkan, untuk mempertingkatkan keberkesanan vaksin ini. Polisakarida adalah kandungan gula kompleks yang merupakan sebahagian daripada kuman bakteria itu sendiri. Vaksin ini harus diberikan melalui suntikan ke dalam otot.

PCV boleh diberikan pada usia 2, 4 dan 6 bulan, manakala dos ke 4 diberikan pada usia antara 12 hingga 15 bulan. PCV atau PPV boleh diberikan kepada kanak- kanak berusia 2 hingga 5 tahun.


Siapa yang patut menerima vaksin ini?
Ibubapa boleh memilih untuk memberi vaksin ini kepada bayi-bayi mereka yang sihat. Vaksin ini adalah disarankan untuk kanak-kanak yang mengalami daya tahan badan yang lemah termasuklah mereka yang telah menjalani pembedahan pembuangan limpa atas sebab-sebab tertentu, contohnya seperti pesakit Talasemia (penyakit darah yang kronik
).




~suka bila dibukakan seluar siap melonjak2 lai atas katil klinik tu..pdhal lepas tu menangis kena cucuk huhu~

~pose sebelum cucuk~


~main2 ngan baba~

~~end~~

0 comments:

 
Design with love by Jiji for Zamimie