Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Daisypath Happy Birthday tickers Daisypath Happy Birthday tickers

Thursday, September 30, 2010

HFDM

Definisi dan Penyebab

HMFD ialah jangkitan melalui sejenis virus dipanggil enterovirus, atau virus yang biasa terdapat di dalam usus. Contoh virus yang menjangkiti manusia ialah poliovirus, Coxsackie virus A dan B, echovirus dan enteroviruses 68-71.

HFMD boleh disebabkan oleh coxsackievirus A16, A5, A9, A10, B2, B5 and enterovirus 71. Coxsackievirus A16 (Cox A16) adalah penyebab paling biasa HFMD tetapi yang paling tidak bahaya.

HFMD disebabkan oleh enterovirus 71 (EV71) adalah lebih merbahaya dan menyebabkan kematian. Ini adalah disebabkan oleh jangkitan selaput otak (meningitis), Jangkitan otak (encephalitis), masalah jantung (myocarditis) dan jangkitan paru-paru berair.


Cara jangkitan

HFMD mudah berjangkit. Jangkitan dapat merebak daripada manusia ke manusia melalui sentuhan melalui cairan hidung dan mulut, air liur, cecair daripada lepuh tangan dan kaki, dan najis mereka yang dijangkiti. Seseorang pesakit paling mudah menjangkiti orang lain dalam waktu seminggu terkena jangkitan.


Gejala Penyakit

HFMD datang dengan tumbuh ruam dan lepuh di tangan dan tapak tangan (macam berair atau ruam merah), penggelangan tangan, kaki dan juga kawasan mulut. Kebiasaannya, hampir kesemua kes mempunyai ruam di tangan, tetapi hanya 90% sahaja kes yang mempunyai ruam di dalam mulut. Adakalanya hanya ruam di tangan sahaja yang timbul jika dijangkiti HFMD tanpa ruam2 di kawasan yang lain.

Dalam masa yang sama, pesakit boleh mendapat demam, rasa lenguh-lenguh badan, sakit kepala, jangkitan mata, sakit perut dan kadang-kadang cirit birit.

Di antara banyak virus penyebab HFMD, virus yang disebabkan oleh enterovirus 71 (EV71) adalah paling merbahaya. Demamnya adalah lebih tinggi (39 darjah ke atas) dan lebih daripada 3 hari. EV71 adalah penyebab kematian 27 orang kanak-kanak di Sarawak daripada 34 kematian pada tahun 1997.

Perkara yang perlu diberi perhatian sekiranya anak anda menghidap HFMD:-

. Demam Tinggi.
• Penat dan lemah.
• Tidak mahu makan dan kurang kencing.
• Bernafas kencang.
• Muntah-muntah.
• Nampak mengantuk, pening dan cepat marah dan menangis.
• Sawan


Perawatan HFMD.

HFMD biasanya tidak bahaya dan hilang sendiri. Kebanyakan kes tidak perlukan kemasukan ke hospital dan hanya perlu dirawat sebagai pesakit luar sahaja.

Perawatan simptomatik diperlukan oleh kebanyakan pesakit HFMD. Ini bermaksud menurunkan demam, mengurangkan kesakitan seperti sakit kepala dan sakit badan, Meningkat hidrasi pesakit dan perlukan rehat yang secukupnya. Gel kebas boleh diberikan untuk mengurangkan kesakitan ulser mulut.

ANTIBIOTIK tidak perlu digunakan di dalam kebanyakan kes.

Pesakit perlu diasingkan daripada kanak2 yang lain.

Bilakah pesakit perlu dimasukkan ke Hospital?
- Apabila pesakit tidak boleh makan dan minum dan perlu dimasukkan air melalui salur darah
- Kelihatan lemah dan teruk, kelihatan toksik
- Jika demam tidak berkurang dan tinggi (38 dan 39 darjah sentiasa) lebih daripada 4 hari
- Bila doktor menjangka terdapat jangkitan kepada kawasan otak menyebabkan kanak-kanak meracau, serangan sawan, kepenatan melampau, tidak peka terhadap persekitaran.
- Bila terdapat masalah jantung seperti gangguan bunyi jantung, tekanan darah rendah.

Masih TIADA vaksinasi untuk penyakit ini pada waktu ini.


Elakkan Jangkitan!

Adalah penting untuk anda membasuh tangan dengan menggunakan sabun setiap kali anda menukar lampin anak-anak yang terkena HFMD.

Anda juga boleh menggunakan air dan sabun (ada yang cadangkan menggunakan Clorox) untuk membersihkan lantai, mainan, pakaian dan lampin yang terkena najis atau air liur mereka.

Jangan bawa anak anda ke tempat terbuka seperti kolam renang atau kompleks membeli belah. Sekolah dan nurseri juga perlu dielakkan untuk mengelakkan jangkitan merebak.


Jangan Panik

Sekiranya anak anda terkena jangkitan, usah panik. Kebanyak HFMD tidak merbahaya dan pulih sendiri. Apatah lagi sekiranya anak-anak anda tiada demam, selera makan adalah biasa dan nampak ceria sahaja walaupun terdapat ruam di mulut dan tangan.

Dapatkan nasihat doktor di klinik yang berhampiran dan elakkan jangkitan kepada anak-anak yang lain.



saya copy paste jer dr blog Dr. Azwan

Eman diserang HFMD....

kalau sapa2 tak tau HFMD ini adalah hand, foot, mouth disease (penyakit tangan kaki dan mulut)...ceritanyer bermula begini...isnin ari tu kan ker saya ckp eman demam and ada ulser dlm mulut...masa pi klinik doc tgk dh kat tgn and kaki nmpk cam bintat2 kena git nyamuk...tp takder lah byk mana and saya ponx tak perasan sbnrnya...so blk umah tu saya ada belek2 gak...tgk kat siku2 dia cam ada bintik2 merah kecik ada, besar ada, cam gelembung air ponx ada...

so mlm tu saya just sapu calamine lotion jer...so pagi2 tu biasalah pi keja gelap laikan..pas tu dia ponx tido pki lengan pjg and suar pjg so saya tak prsn apa2 plak...tp masa blk bbysitter tu ckp ada byk bintik2 merah...saya tak terus pegi klinik sbb waktu tu ujan and saya perlu blk segera sbb nak msk utk berbuka [saya kan pose]...

mlm tu mean mlm smlm bru saya gi klinik blk...doc tanya ada kena gigit menda2 ke mean mcm semut ker...setahu saya takdeer lah plak...dia belek punye belek, belek dan belek lai...tp tak ckp apa2..saya tanya cmpk ker? dia ckp bkn sbb gelembung air tu cam sket jer tak mcm chicken pox tu ponx...pas tu kena kat tgn and kaki jer lak tu...terus doc tu ckp ini kena HFMD nie...terus saya terdiam...huhu tak tau nak ckp apakan...lai ponx dia ckp sbb eman kena ulser jugak..erm luckily ada satu biji jer dlm mulut...klu tak teruk gak...

so ubat mmg takder lah just sapu ngan calamine lotion sbb doc ckp mgkn mcm miang2 sketlah kot and make sure he takes a lot of water...sib lah dia dh nak minum blk skrg nie..mgkn ulser serta sakit tekak dia dh baik sket agaknye...lega saya...sbb dr apa yg saya baca tu ponx sama mcm apa yg doc tu ckp...

harap2lah eman cepat sembuh...kesian palk tgk dia kan wpun nmpk dia melasak cam biasa tp mata kita yg sakit memandang..huhu



:: inilah yg tumbuh kat kaki serta tgn eman...sib kat mulut takder ::

next entry saya akan share mengenai penyakit nie..eman dh meragam nie yak leu lah nak berlama2 sket depan pc...hehe

~~end~~

Madam Lim's Restaurant..




madam lim's ek bkn madam kwan huhu...sbb ari tu terkonpius namanye wpun tau bezanye cuma tang nama kedainye jer tersilap nama....dh dua kali saya mkn kat sini dh dua2 ponx mkn ngan org yg sama kak zi ngan gee...derang nielah teman sepermakanan saya...huhu



so far saya mkn kat sini tak mengiciwakan lah sedap mknannye....harga ponx standard lah takderlah melampau2 sgt ponx...average...


:: ginger beef kuay teow ::



:: peppermint shake with chocolate sauce ::




:: siam fried rice ::




:: malacca char mee ::



:: kung pao chicken ::


:: red bean ice blanded ::

:: chocolate blanded [pahit tak besh] ::




inilah atr mknan yg pernah saya mkn...next time nak cuba mknan lain lai...so far yg saya baca dr internet rata2 komen positive...kedainye saya tak tau ada berapa byk..yg saya pergi kat tesco mutiara damansara...pas tu ada jugak kat jusco maluri lain2 tempat not sure...


source : ai wei's blog & prodigious fox
~~end~~

Wednesday, September 29, 2010

Magika by Edry KRU





korang tgk dh tak trailer citer nie...cam best jer ek...penuh dgn artis2 terkenal berlakon...secara kasar bila tgk dr trailer tgk mcm bestlah tp tak tau dr segi keseluruhan...tp rata2 komen dlm FB saya tgk derang puas hati dgn citer nie...ini yg rasa teruja nak pi tgk..huhu tp bila gaknye ek..






Fakta Tentang Filem Magika

"Magika" merupakan filem ke 5 terbitan KRU Studios yang berkonsepkan muzikal di bawah arahan Edry Abdul Halim .

Karya sulung Edry ini menampilkan barisan-barisan pelakon dan artis terkemuka tanahair seperti Mawi, Diana Danielle, Fimie Don, Ziana Zain, Ning Baizura, Maya Karin, M.Nasir, Aznil Haji Nawawi, Raja Azura, KRU, Dato Jalaluddin Hassan, Fauziah Ahmad Daud, Sharifah Amani, Sharifah Aleya, Adibah Noor, Saiful Apek, Senario, Vanidah Imran, Nabil, Norman Hakim, Zaibo, Marsha dan ramai lagi.

"Magika" menceritakan tentang Ayu dan Malik, dua beradik yang berada dalam kesedihan selepas kematian ibu mereka. Malik berasa lebih tertekan kerana memikirkan dialah punca kematian ibunya. DI suatu senja selepas bertengkar dengan kakaknya, Malik berjalan-jalan di hutan sehinggalah tersesat ke dalam sebuah alam ghaib bernama Magika.

Namun, nasib tidak menyebelahinya . Malik ditangkap oleh Nenek Kebayan dan pengikutnya Awang Kenit untuk dijadikan bahan ubat jamu muda yang dihasilkan melalui air mata kanak-kanak manusia. Ayu yang terdengar jeritan adiknya cuba menyelamatkan Malik tetapi turut terperangkap didalam "Magika'.

Penjelajahan Ayu mencari Malik di "Magika' membuatkan Ayu menempuh pelbagai rintangan . Di situ Ayu dan Malik akan bertemu pelbagai watak mitos kepercayaan orang Melayu diantaranya termasuklah 'Badang, Naga Tasik Chini, Nenek Kebayan, Puteri Bunian, Bawang Putih, Bawang Merah dan ramai lagi. Yang peliknya watak-watak ini juga bernyanyi sambil berbicara sesama mereka.

Dapatkah Ayu selamatkan Malik serta keluar dari 'Magika"? Apa akan terjadi kepada Badang? Nenek Kebayan dan watak-watak lain di 'Magika".?
Bagaimana Malik dapat mengatasi dilema tentang kematian ibunya?

sumber: Arab Families


so camner rasa nak tgk tak? apa lai jomlah kita beramai2 pi tgk...huhu bila tgk dr para pelakon semuanye hebat2 betul...so mesti tonton...kena pikir nie camner nak pi tgk bila skrg nie dh ada si kecik..hehe


~~end~~

Semalam Saya Cuti...

sesungguhnye smlm takder entry ponx sbb saya EL sbbnye anakanda ku tidak sehat....demam serta tekak yg bengkak dan ulser...sian dia meleleh jer air liurnye sbb susah nak telan...


sbnrnye saya tak perasan ponx tekak dia sakit...sbb isnin mlm tu dia tido cam biasalah dlm kul 9 cam tu lepas susu...tak smpi sejam tido dia bgn and nangis...pas tu cam susah plak nak tidokan blk saya rasa cam panas bdn dia...so mydear amik alih tidokan sbb mydear mmg pandai menidurkan eman...huhu pas tu tetiba eman nangis kuat and tak mo stop...mydear ckp dia demam...amik suhu 37 jer...demam tp tak berapa panas....terus saya bg ubat....


pas tu dia takmo tido cam cara dh kitaorg buat.. bg susu, dodoi, dokong...pujuk tak usah ckplah....klu tak nak tido takper ini menangis smpi teresak2 and smpi nak termuntah terbatuk semua ada...mcm2 cara dh kitaorg pujuk...last2 dok depan tv saya buka DVD upin ipin....barulah dia senyap lama gak lah dlm 10 minit pas tu start merengek2 blk...letak dlm bouncer enjut smbil tgk upin ipin dlm 3 lebay baru dia tido....


last2 ngan saya ponx tido depan tv tu huhu...tak smpi 2 jam tido saya tgk dia start gelisah blk...saya enjut jerlah bouncer tu smbil mata terpejam...huhu giler ngantuk saya...pas tu saya ingat dia nak susu bglah susu..tetiba meraung plak mamat tu bdn dh start panas blk...tp takderlah panas melampau...kira cam demam biasa jer....saya bglah dia mkn PCM since dh lebay 6 jam dr yg 1st saya bg tukan....


so tertidolah kami semula and sedar2 dh 7.3o dh...terus amik phone msg bos...huhu dia bgn merengek2 nangis2...tak ley nak tinggal asik nak berdukung jer...bila bg susu mmg tak sabar2 nak minum tp sedut sekali terus tolak botol and nangis....saya dh agak mesti ada sesuatu tak kena...terus bwk ke klinik and doc mengesahkan yg tekak dia bengkak serta ada sebiji ulser...so doc bekalkan saya antibiotik, ibuprofen and oral aid...

antibiotik saya rasa semua taulah kan apa kegunaannye...ibuprofen plak kira cam ubat tak sakitlah..saya baca sesuai utk demam, selsema, sakit telinga, sakit tekak dll....yg nie mmg untuk baby lah..oral aid plak utk titikan dlm mulut supaya dia akan rasa kebas2 sket kat kawasan ulser tu...so bila dh kebas tu barulah boley minum susu and mkn....

alhamdulilah lepas mkn ubat dia beransur pulih...demam mmg takderlah cuma susu dia takmo...saya bg mknlah sbb takut dia lapar...mkn ponx sket jer...bglah rice puding yg jenama heinz tu sejuk2 nak bg lega tekak dia....kesiankan kenalah guna mcm2 cara bg guna syringe supaya dia minum...klu tak mesti dia lapar...sbb eman nie mkn byk and susu ponx minum byk...

so mlm td tgk dia nak minum lah susu wpun tak byk...and pg tadi saya wat susu 5oz tgk habis dia minum...so alhamdulilah dh bertambah pulih...klu tak asik merengek jer nak berkepit, air liur plak meleleh jer...kesian kan...





~~end~~

Monday, September 27, 2010

Bermula Kembali...

hari nie saya start balik berpuasa selepas hampir 2 minggu melantak tak hinggat...berpuasa gantilah apa lai kan dan utk mendapatkan keberkatan syawal nie sekali....klu saya tak berpuasa skrg nie mestilah ganti puasa dh time penghujung nak puasa blk...hehe pas tu mulalah semngt dn motivasi tu agak rendah jer...smntara ada geng serta dh terbiasa berpuasa baik teruskan....



selain itu sbbnye minggu lepas saya baru jer menservis gigi saya and doc tu psg lak power chain mmg menangis lah 2-3 hari menahan denyut kesakitan...dh ler kesukaran nak mkn...bygkan lah nak gigit telur rebus ponx sakit...mkn nasi lemak paru jumaat tu dgn menelan bulat2 jer nasi masuk dlm perut...haha musnah sistem penghadaman ku dn menyebabkan beberapa hari sembelut...kuikui


selain itu lai sbb saya rasa cam perut dh agak kedepan sedikit...dh ler mlm td tgh iron bju tetiba mydear ckp boroi...ingatkna dia ckp psl dia yg mmg dh sedia boroi...haha rupanye dia mengata saya lah plak... :( ini semua gara2 mkn lemang smpi sbtg sorg lah nie...huhu mana taknye tak penah saya mkn lemang serta rendang sesedap itu...smpi skrg terbayang2 kesedapannye....nyum2





selain itu biasalah bila kita dh berpuasa sebulan lepas raya jer nafsu mkn tu jd membuak2...mana taknye bila pose tu mmg byk menda tak ley mkn lahkan...tp skrg bila dh raya mcm2 mengidam...mcm ada masa sbln jer nak mkn padahal spjg tahun boleh mkn...klu bfast tu mulalah terbyg2 nasi lemak ayam lah, nasi lemak paru lah...roti telurlah roti sadin lah...pas tu tghari plak nak mkn aym kg lah, nasi grg lah kfc lah mcd lah secret receipe lah...tak hagak2 kan..eh tetiba terbyg2 plak ribs tony romas.. [bang bila nak pi ek? :p ]




so mulai hari nie nak tetapkan tekad utk control blk mkn....tak mo naik byk2 susah nnti klu dh bam2...lebay selesa dgn berat 49-50kg.... :)
~~end~~

Friday, September 24, 2010

Selamat Hari Raya...

dah dua minggu raya baru nak citer...haha bkn nak citer ponx cuma nak share gbr jer...citer cam biasalah raya mkn lemang ketupat...huhu kali nie saya raya bkn dikg halaman so pagi raya masa tepon mak ada lah babak2 sadis...hehe biasalah dh 28thn hidup bru kali nie raya jauh dr emak kan so mmg lah ada citer2 touching...haha raya ke-3 baru saya blk kg kat johor..





:: gbr kami sekeluarga ::




:: us with sibling....eman tu senyum sbb semua org belakang kamera dok panggil2 dia..klu tak mananye nak dok diam mcm tu ::




:: ini gbr ngan opah ngan atok plak...see eman tu mana mata dia ke arah tv jugak..huhu ::

selamat hari raya

maaf zahir dan batin

~~end~~

Uishh Habuk Berdebu...

org2 raya2 mengemas ini tak habuk berdebu bersawang semua ada...haha malas weih nak update blog....dr sehari ke hari sign in...sign out blk...sign in...sign out blk...last2 blog hop ponx tak der....dasar pemalash lipas bini sapa lah nie...haha

lai sbnrnye takder menda nak diceritakan sgt...gbr ponx takdr amik so sbb itulah faktor2 yg menyebabkaan saya menjadi malas utk berblog...takper2 mulai isnin ini saya akan pastikan blog saya berupdate...tp ada ke pembaca blog saya nie ek? huhu takperlah klu takder membebel sdri jerlah kan....

klu2 dulu masa blm pregnant mesti citer psl mknan and asik wat org terliur...bila dh pregnant kurang dh aktiviti memasak citer psl kandungan plak...citer psl brg baby...bila dh ada eman citer psl eman...tp bila dh besar sket takder menda dh nak citer...takkan nak citer psl eman jer kot...ari nie eman pjt katil...esok plak eman sengih nmpk gigi...lusa plak eman tido terlentang..huhu borink lah kan klu nak bg org baca citer tu hari2....biarlah menda tu jd citer sbln sekali atau dua minggu sekali....

takperlah saya akan melakukan research utk mencari skop yg lebay sesuai utk diceritakan kat sini....okelah saya nak buat research nie saya gi dulu yer...tgu tau jap2 lai klu saya ada update...klu tak ponx saya update isnin depan...mulakan minggu yg baru ngan sesuatu yg baru...hehe

~~end~~

Friday, September 3, 2010

Budak Kenit...

:: khusyuk tgk tv tah citer apa yg ditgk lupa plak...tp dok diam jerlah atas bakul tu ::




:: see tgk tido dh rupa apa dh...masa nie panas so bukakan suar dia tgk tido mcm nak tertonggeng ::





budak tecit nie bakal berumur 10 bln raya nnti...besar dh dia bkn stkt badan jer pjg ponx sekali...selalunye dia akan tido melintang dr kitaorg kepala kat bdn saya and kaki kat bdn mydear...skrg nie mydear ckp kaki dia dh menjulur belah sana dh smpi menghimpit mydeear...and pagi tadi masa bgn sahur mmg betul saya tgk mmg dh pjg... =p sudah lah begitu tak tau kenapa dia mesti nak tido melintang dr kami...pdhl dh betulkan sama mcm kami pusing tang situ gak...sib lah katil king ada gak space klu katil queen mmg salah sorg tersepak kat bwh lah...huhu


skrg nie melasak mmg tak hingat lah jenuh nak menjaga nak membuas jer kerjanya...dia cam nak explore menda baru sbb kdg2 klu dia dpt satu2 menda tu dia akan belek2...takperlah bg sikit berkembang otak tu...hehe



:: dh start nak memanjat dh masa nie ::

:: apa yg nak digobeknye tak taulah ::

:: dalm gigil2 berdiri ada hati nak capai bantal ::


:: dah tak berani nak turun dia tolakkan ajer kotaknye ::
~~end~~

Thursday, September 2, 2010

Himpunan Iftar....

lama dh tak citer psl menu berbukakan...so kali nie saya nak tayangkan atr menu2 yg sempat saya snaplah...kdg2 terlupa dh mkn baru teringat, kdg2 malas nak naik atas amik hp...huhu so apa yg ada jerlah ek....

: ini menu semalam dok teringin nak mkn ayam golek tp takder so suh mydear beli ayam percik ajalah...so menu smlm kuih 2 jenis, burger ayam yg keras, kangkong grg belacan, mee kari and air teh bunga [buat sdri nie]...yg saya msk cuma kangkung grg belacan and air teh bunga yg lain semua beli ajo :


: ini menu iftar ke berapa tah tak perasan plak....so saya msk sambal daging, sayur campur grg ngan agar2 lumut...yg lain beli aja..roti john, mee bandung ngan air tebu...mee bandung tak sedap ada rasa cam pelik :


: saya msk ayam msk halia dan sayur buncis....yg lain beli spt tepung pelita and murtabak..air takder dlm gbr tp saya wat sdri air longan ngan red dates [sedap] :


: homemade cook cuma agar2 lumut ngan karipap sardin jer...yg lain semua beli nasi arab ngan dominos wings...air mango laici sedap...nyum2 :



: kali nie berbuka simple jer saya msk mee grg basah jer sudah abis citer...so beli kat param roti john, popiah, karipap and talam :

beli dh penghujung ramdhan nie nafsu berbuka tu cam kurang dah...mean dh boleh agak berapa byk nak beli supaya tidak membazir...mknan yg dibeli semua mydear yg beli...so bila di beli mmg cuukup utk kami berdua mkn and tak pernah plak tak abis....adalah sekali dua sedekah ngan tong sampah tp itu ponx sbb tak sedap...huhu

spnjg ramadhan nie saya penah ke param cuma dua kali jerlah stkt nie...pas tu mknan beli ponx cuma dua kali mean beli main dish lah....yg lain cuma beli kuih-muih jerlah hari-hari...air ponx kerap gak saya buat sdri lgi puas hatikan....lai ponx makanan kat param tak menepati citarasa sayalah...hari tu beli nasi ayam tak besh ponx, beli nasi kerabu smpi nak tercekik rasanye...huhu last2 saya wat kptsn nak msk jer wpun simple2...mydear ponx oke janji ada mknan katanye...

hari nie plak tak tau lai cmner...rasa cam nak ke param setelah lama tak kesana...tp tekak nie dok bygkn maggi grg...huhu tetiba terfikir nak mkn nasi kerabu...pas tu terbayg2 plak laksam...takper2 byk lai masa nak berfikir sbb hari nie saya berbuka sorg2 jer so sonag lah nak mkn apa ponx sbb saya tak kisah ponx mkn apa berbuka.... =D

~~end~~

Wednesday, September 1, 2010

1 September 2010

hari nie dh masuk awal bln 9 dh....lai 8 hari jer nak raya...yeah!!


pagi nie pi opis jer byk sungguh keta kat jln....sampai tol sungai besi kul 6.50 dh jem dh depan tu...pergh dasyat tul...mgkn derang yg bercuti lama nie semangat nak pi keja...huhuhu


saya plak smngt nak pi keja gak sbb nak menghabiskan sisa2 masa yg ada sblm nak bercuti...lagi ponx bju raya dh dpt so smngt lah nak keja...ini tak selagi tak dpt cam dok pikir mana nak cari bju raya nie...yerlah nak pki kaler peach agak susah lah nak cari kaler tu sbb skrg kan musim pepel, coklat, kelabu........


smlm lag smngt saya pi cari bju raya sbbnye cutikan...ujung minggu nie nak blk kg so takder masa nak cari dh...tp masyallah punye ramai org kat warta ngan pkns...nak msk ke parkingnye siap jem lai tuh...last2 kitaorg parking tepi jln jer...bila masuk dlm sekali hujan lebat daaa...sib lah dah masuk dlm bgnan....tp sbbkn nak tgu ujan teduh dekat 5.30 baru blk and terbang lah RM7 beli payung gurdian yg hazab...mana taknye bru nak kembangkan tercabut dh handelnye...bila nak tutup tercabut tepinye...huhu tak kisahlah nak payung eman punye pslkan..


so next year kena plan awal2 nak pki tema kaler apa..so cepatlah sket saya boley tempah baju or apa ke kan....kali nie sbb tgu mydear decide nak pki kaler apa...kitaorg kena ikut eman sbb dia ada 2 bju raya satu kaler pepel satu kaler peach....mydear plak ada dua2 kaler tu tp yg pepel tu bju raya lama...last2 minit dia decide pki peach terus gelabah cam labah2 lah saya cari bju peach...huhu


saja jer berceloteh pagi2 nnie sbb dh berhari2 tak berupdate blogkan...cam malas jer...nak citer psl iftar mmg boleh sbb gbr semua mmg amik tiap kali nak berbuka...tp nak mengedit malas plak...huhu =p



~~end~~

 
Design with love by Jiji for Zamimie