Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Daisypath Happy Birthday tickers Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, September 29, 2010

Magika by Edry KRU





korang tgk dh tak trailer citer nie...cam best jer ek...penuh dgn artis2 terkenal berlakon...secara kasar bila tgk dr trailer tgk mcm bestlah tp tak tau dr segi keseluruhan...tp rata2 komen dlm FB saya tgk derang puas hati dgn citer nie...ini yg rasa teruja nak pi tgk..huhu tp bila gaknye ek..






Fakta Tentang Filem Magika

"Magika" merupakan filem ke 5 terbitan KRU Studios yang berkonsepkan muzikal di bawah arahan Edry Abdul Halim .

Karya sulung Edry ini menampilkan barisan-barisan pelakon dan artis terkemuka tanahair seperti Mawi, Diana Danielle, Fimie Don, Ziana Zain, Ning Baizura, Maya Karin, M.Nasir, Aznil Haji Nawawi, Raja Azura, KRU, Dato Jalaluddin Hassan, Fauziah Ahmad Daud, Sharifah Amani, Sharifah Aleya, Adibah Noor, Saiful Apek, Senario, Vanidah Imran, Nabil, Norman Hakim, Zaibo, Marsha dan ramai lagi.

"Magika" menceritakan tentang Ayu dan Malik, dua beradik yang berada dalam kesedihan selepas kematian ibu mereka. Malik berasa lebih tertekan kerana memikirkan dialah punca kematian ibunya. DI suatu senja selepas bertengkar dengan kakaknya, Malik berjalan-jalan di hutan sehinggalah tersesat ke dalam sebuah alam ghaib bernama Magika.

Namun, nasib tidak menyebelahinya . Malik ditangkap oleh Nenek Kebayan dan pengikutnya Awang Kenit untuk dijadikan bahan ubat jamu muda yang dihasilkan melalui air mata kanak-kanak manusia. Ayu yang terdengar jeritan adiknya cuba menyelamatkan Malik tetapi turut terperangkap didalam "Magika'.

Penjelajahan Ayu mencari Malik di "Magika' membuatkan Ayu menempuh pelbagai rintangan . Di situ Ayu dan Malik akan bertemu pelbagai watak mitos kepercayaan orang Melayu diantaranya termasuklah 'Badang, Naga Tasik Chini, Nenek Kebayan, Puteri Bunian, Bawang Putih, Bawang Merah dan ramai lagi. Yang peliknya watak-watak ini juga bernyanyi sambil berbicara sesama mereka.

Dapatkah Ayu selamatkan Malik serta keluar dari 'Magika"? Apa akan terjadi kepada Badang? Nenek Kebayan dan watak-watak lain di 'Magika".?
Bagaimana Malik dapat mengatasi dilema tentang kematian ibunya?

sumber: Arab Families


so camner rasa nak tgk tak? apa lai jomlah kita beramai2 pi tgk...huhu bila tgk dr para pelakon semuanye hebat2 betul...so mesti tonton...kena pikir nie camner nak pi tgk bila skrg nie dh ada si kecik..hehe


~~end~~

2 comments:

Anonymous said...

mimie.. adik akak.. udin tu la.. dia dah tengok citer magika ni.. dia kata serius best layan.. espcially utk anak2.. citer x berat.. so dia suggest akak gi tgk dgn anak2.. tapi tu ler masalahnya sama la kita ni.. ada baby alya ni kan.. nak letak kat mana lak.. huhuhu.. xpelah.. nanti beli dvd je lah.. tgk ramai2 kat umah.. ;-)
~kak zi~

mieoney said...

kak yg tu lebay afdal...klu alya nangis boley pause kejap...klu dh kat wayang mmg susah lerkan..huhu

 
Design with love by Jiji for Zamimie