Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Daisypath Happy Birthday tickers Daisypath Happy Birthday tickers

Friday, October 14, 2011

Juri MasterChef Malaysia ~ Chef Yahaya...



Mempunyai kepakaran dalam bidang pastri, Chef Yahaya atau Yahaya Bin Hassan, berusia 49 tahun sentiasa tampil dengan gaya mudanya. Chef Yahaya mendapat pendidikan dalam bidang masakan di Chatec Singapore Cooking Culinary School.

Chef Yahaya memulakan kerjayanya pada tahun 1982 di Hotel Rasa Sayang sebagai tukang masak pestri. Pengalamannya dalam masakan juga telah membawa masakannya terbang ke udara apabila dilantik sebagai Chef de Parte di MAS Flight Catering pada tahun 1984. Beliau juga pernah bekerja di Hotel Singgahsana, Hotel National Productivity dan Hotel Equatorial.

Ilmu masakan yang ditimbanya tidak dibiarkan begitu sahaja. Chef Yahaya bertugas sebagai pensyarah masakan di beberapa kolej seperti Kolej Flamingo, Kolej Sunway, Kolej Genting INTI dan Kolej Universiti KDU sehingga kini.

Selain itu, Chef Yahaya pernah menyertai beberapa pertandingan masakan di dalam dan luar negara. Beliau juga pernah menjadi juri dalam beberapa pertandingan seperti Pertandingan Johan Kemahiran Malaysia. Pengalaman yang paling tidak dilupakan adalah menguruskan katering untuk Pakej VIP semasa musim haji pada tahun 2000, 2005, 2008 dan 2010.

jangan lupa juga support MasterChef Malaysia yang akan disiarkan 22 Oktober nie....


MasterChef TX - starting 22nd October 2011 (saturday -wednesday, 9.00 mlm)
Master Class - every Friday, 9.00 mlm (Channel 104 & 711)
Program Channel - Astro Ria (Channel 104)


~~end~~

0 comments:

 
Design with love by Jiji for Zamimie