Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Daisypath Happy Birthday tickers Daisypath Happy Birthday tickers

Thursday, December 22, 2011

Siri Wang Baru Malaysia




KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia memperkenalkan siri mata wang baru yang akan mula diedarkan pada separuh kedua tahun depan, dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan dipertingkatkan.

Siri baru diperkenalkan itu terdiri daripada wang kertas RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100 serta melengkapi wang kertas RM50 yang mula diperkenalkan sebelum ini.

Ia juga melengkapi mata wang siling baru yang diperkenalkan pada 25 Julai lalu dan akan digunakan bermula Januari ini.

Siri terbaru mata wang Malaysia mengambil inspirasi daripada pelbagai ciri-ciri unik Malaysia, dengan menggunakan elemen khazanah semula jadi, budaya dan warisan negara.

Bank Negara, dalam kenyataannya berkata mata wang baru itu menampilkan ciri-ciri tradisional dari segi seni dan kraf, keindahan alam sekitar, flora dan fauna serta ekonomi.

Siri baru mata wang juga menggunakan ciri-ciri keselamatan dipertingkatkan sejajar dengan kemajuan terbaru dalam teknologi mata wang.

Ciri-ciri keselamatan bagi mata wang baru itu termasuk imej bayangan, tetingkap lebih jelas, potret bertanda keselamatan dengan piksel dan angka yang diserlahkan, benang keselamatan berwarna, benang lensa mikro serta tampalan berkilat bagi memudahkan orang ramai mengenal pasti nilai setiap satunya.

Satu lagi ciri-ciri dipertingkatkan ialah pengenalan secara sentuhan yang membolehkan individu kurang penglihatan dapat mengenal pasti dan membezakan nilai mata wang berbeza,” kata kenyataan itu.

Semua mata wang di bawah siri baru berkenaan masih mengekalkan potret Yang di-Pertuan Agong pertama, bunga raya, nilai muka bagi mata wang serta corak fabrik tenunan tradisional songket di bahagian hadapannya.

Di bahagian belakang pula, ia menampilkan elemen berlainan mengikut nilai termasuk alam sekitar, budaya, tradisi, flora dan fauna yang mencerminkan identiti Malaysia.

Mata wang baru itu juga masih mengekalkan logo Bank Negara, siri nombor, perkataan bertulis jawi dan corak tenunan songket di bahagian belakangnya.

Sumber: Berita Harian

best tul tgk duit baru nie sbb cantik jer colourful...saya mmg tak tahan tgk menda2 yg warna warni nie...lagilah tgk duit RM20 warna kuning tu..huhu tak sabar nak tgu bln Julai tahun depan nak pegang duit baru...and nmpknye bank negara kenalah kuarkan byk2 duit baru nie sbb raya nnti mesti mendapat sambutan hangat...

~~end~~

2 comments:

Mymie Sein said...

tu la..bestnya..dah lama tak tengok duit rm20..sekarang dah ada balik..

mimie said...

saya tak pernah tgk duit RM20 yg dulu2...so kira 1st time tgklah excited jugak nie...

 
Design with love by Jiji for Zamimie