Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Daisypath Happy Birthday tickers Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, March 11, 2015

Homemade Kimchi (Ver. 1)



wehuuu tercapai juga hajat nak buat kimchi...gara-gara sbb beli kubis cina...masa awal2 beli tu plannya nak masak sup sayur campur jer...tapi masa belek2 sayur dalam peti ais tu plak terfikir best juga klu dapat wat kimchi nie....trylah buatkan klu sedap boleh buat byk2 terus...klu beli agak mahal mgkn sbb import dari korea kan...klu buat kos takderlah mahal sgt, cumanya amik masa sket....

Resepi Kimchi

Bahan-bahan:
Kubis cina (napa cabbage)
daun bawang
daun kuchai
carrot
tepung beras
bawang putih
bawang besar
halia
sos ikan
gula
serbuk cili
garam 

senang jer kan bahan-bahan dia...and secara kebetulan semua yg tersenarai tu mmg dah ada kat umah saya...so proceed jerlah kan..

cara-cara:

  • basuh bersih kubis dan perap dengan garam. kubis tu nak potong boleh tak potong boleh. perap selama 3 jam dan tindih dengan menda berat supaya air dia keluar.
  • smntra itu masakkan tepung beras bersama air sampai likat, bila dah likat campur gula, gaul sebati dan ketepikan.
  • kisar bawang putih, bawang merah, halia dan sos ikan sehingga lumat.
  • potong kasar daun kuchai, daun bawang dan carrot.
  • bila bubur tepung beras dah sejuk gaulkan dengan kisaran bawang tadi bersama-sama serbuk cili. masa part merasa adalah penting, make sure cukup masin, manis dan pedasnya...klu nak pedas letak cili serbuk banyak2. bila dah oke gaul dengan daun bawang, daun kuchai dan carrot tadi.

  • lepas 3 jam bilas kubis yg diperap tadi..make sure bilas dan perah beberapa kali. amik sket and rasa, klu masin sangat boleh cuci lagi, smpi dapat pada kadar kemasinan yg kita nak. perah kering dan toaskan.

  • gaulkan bubur tadi rata-rata pada kubis yg diperam tadi. masukkan dalam bekas kedap udara dan mampatkan agar takder ruang2 dan rongga di bahagian bawah. klu nak cepat masam biarkan seharian kat luar, lepas tu baru masukkan dalam peti ais...dah lepas beberapa hari kimchi anda semakin sedap. lagi lama simpan lagi sedap.
resepi nie saya dapat dari maangchi klu korg nak tau sukatan dia and cara nak buat boleh tengok kat sini..mmg satu2 cara-cara dia buat...sukatan saya saya agak2 jer sbb sket jer kubisnya kan...hehe biasalah org melayu sukatan dia main agak-agak jer... ^__^


resepi kimchi nie ada bermacam2...ini version 1 yg dah saya cuba....lepas nie klu dah habis saya nak try resepi yg lain plak...dan akan buat keputusan mana satu yg lebih sedap...sbb tu buat sket jer dulu...kimchi nie lagi lama simpan lagi masam...klu sapa2 yg tak pernah rasa kimchi dia lebih kurang macam sawi jeruk asin, tapi dia ada rasa pedas and ada rasa fishiness dari sos ikan tu...plus minus lebih kurang jerlah rasanya...


ini lah hasil selepas seminggu...dah semakin sedap rasa dia dan dah nmpk berair...klu bezakan dari gbr atas nmpk bezanya kan...cuma kurang pedas saya rasa...lagi satu kena guna korean chili powder betul2 baru kick...sbb saya guna serbuk cili biasa jer, so ada rasa mcm kurang sket, sbb rasa mcm cili tak masak...mgkn ada campuran lain dalam cili serbuk yg saya beli tu kot...huhu takper next resepi saya akan guna korean chili powder sebenar.

0 comments:

 
Design with love by Jiji for Zamimie