Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Daisypath Happy Birthday tickers Daisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, May 24, 2016

Sydney 2016 ~ Scenic World Blue Mountain Australia ...

Assalamualikum....sambung lagi yer...selagi tak abis tak tenang jiwa...kali nie lambat sket up entry sbb ada 100 lebih gbr kat sini yang nak kena pilih...dah pilih, pilih lagi takut korang muntah pula tengok banyak-banyak gambar wefie kitaorg...huhu




lepas jer keluar dari fatherdale wildlife park kitaorg ponx meneruskan perjalanan menuju ke ke katoomba untuk ke blue mountain...perjalanan amik masa lebih kurang sejam setengah...dan sepanjang jalan memang saya tido saja...hehe bila dah nak sampai tu baru saya terjaga and dapatlah lihat pemandangan kawasan luar bandar sydney, kira macam kawasan kampung-kampung lah...rumah sebuah-sebuah, design rumah lama, ada chimney...tapi sayang lupa pula saya nak amik gambar...kat tepi-tepi rumah tu penuh dengan bunga dan yang paling best banyak pokok-pokok maple yang daun berwarna merah tu.

.:: lihat dibelakang tu punya panjang beratur sampai keluar...belah dalam line dah berlingkar-lingkar dah tu ::.

kawasan nie pekerja kat trainning center mydear tu ponx suggest pegi tempat nie...sangat cantik viewnya, dia kata....tapi timing kitaorg tak cantik sangat sbb time cuti sekolah...yer cuti sekolah dimana-mana ponx sama saja sesak merata-rata...huhu tapi kami bernasib baik sbb tiket travel agent dah beli, so pegi redeem jer lah..lepas tu pegi makan dulu...kat sini ada 1 food court jer and makanan yang boleh dimakan fish and chips jer (sila bawa sos cili siap-siap dari Malaysia yer sbb kat sini takder sos makan dengan tartar sos jer huhu)...kalau tak yakin atau tak lalu silalah bawak bekal siap-siap yer sbb pengembaraan kat sini amik masa 3-4 jam...nak berjalan jauh pula tu so make sure perut perlu diisi...


.:: muka dah sama besar dengan pinggan dah hik hik ::.



kawasana blue mountain macam biasalah kalau dah namanya mountain of course lah kawasan gunung ganang...and tempat ni sangat popular dengan lagenda three sisters dan juga kawasan melombong yang mana tempat yang kami pergi nie lah...biasanya klu traveler dari Malaysia derang akan naik train dari town dan turun dekat katoomba station dan sekadar melawat kawasan sekitar three sisters jer..kitaorg pergi yang kawasan belah sini gunung..



nampak tu ada 3 jenis mod pengangkutan yang boleh kita gunakan untuk explore kawasan blue mountain...serious untuk cover semua jenis pengangkutan nie amik masa 3-4 jam...tapi kitaorg seronok jer sebab sejuk takder peluh ponx huhu...lagi satu sesiapa yang gayat tu jaga-jaga sikitlah sbb ketiga-tiga pengangkutan tu railway, cable-way dan sky-way tu semuanya gayat sebab tinggi....yang tak gayat walkway jer tapi memenatkan...hehe



kitaorg first sekali naik cable way mcm keta cable biasa jerlah tapi tinggi yer...cable-way nie ada 1 jer tapi boleh muat ramai orang...sbb kitaorg pegi waktu peak memang lah kena beratur saja-saja...tapi still laju lagi, tak berlumut lah menunggu huhu...

.:: track dia mmg bersih tak berlumut siap ada karpet lagi untuk mengelakkan tergelincir ::.

turun dari cable way kita boleh pilih samada nak pegi track walkway atau pegi kat track railway...tapi kitaorg pilih walkway...walkway ponx ada 2 trail...trail 15 minit atau trail 30 minit....kitaorg amik yang 15 minit jerlah tak larat wei nak jalan jauh sbb laluan dia naik turun, naik turun...silap-silap ada yang kena panjat tangga mencuram...


.:: 100 km yer tunnel dalam nie...tunnel perlombongan ::.

sekitar perjalanan dia ada tunjuk lah sikit kesan-kesan tapak lombong kawasan penempatan, dan apa-apa jer yang berkaitan...selain tu dia ada juga buat outdoor sculpture exhibition kat tiap-tiap satu check point...takderlah boring asik tengok pokok-pokok jer kan...tapi yang nie ada masa dia..tak ingat sampai bila jer pameran tu..




oke sampai dah kat pengangkutan yang seterusnya railway...train nie untuk kita naik ke atas yer hanak-hanak...yang nie adalah mod pengangkutan untuk pelombong-pelombong nie dulu-dulu...derang bina balik baru bagi cantik and selamat sikit..

.:: model tak berbayar hehe ::.


 .:: ini kalau jatuh memang kegaung terus nie huhu ::.


train nie macam kita naik tram dekat bukit bendera tu...tapi lagi unik...dan klu korang nak tau kecuraman nya adalah 52 degree yer...kalau tak duduk betul-betul boleh tergelincir dari seat...rasa macam naik roller coaster plak sebab derang nie terjerit-jerit naik menda nie...haha kalau nak tau kitaorg ponx sama naik juga...sampai dua kali naik turun dengan train nie...hehe kat bawah nie saya share video untuk korang dapat sedikit gambaran macam mana train nie...sebab saya takder amik gambar proper waktu nie sebab takut terlepas phone hehe...




yang terakhir kitaorag naik sky-way plak...yang nie kita nak pergi dari side belah sini, ke side belah yang ada three sisters tu..tapi kitaorg just turun kat station jer tak gi jalan dekat-dekat dengan tempat tu sebab takut tak sempat jer...sbb masa tu dah kul 3 lebih...kat sini kul 5 dah gelap macam kul 7 dah...operasi derang ponx sampai 4.30 petang jer...

.:: ini plak view kalau naik skyway ::.

 .:: pemandangan dari dalam sky-way....tinggi uolls gayat giler...dahlah dalam skyway tu lantai trasnparent huhu ::.


.:: untuk kenang-kenangan ::.


.:: makan churros yang sedap giler berlatar belakangkan three sisters.. nmpk gelang hijau tu? itu maknanya kitarog boleh naik untuk semua jenis pengangkutan ::.

.:: setelah hampir 4 jam nak balik dah...tengah beratur nak naik cable way ke atas ::.


kalau nak tau pasal harga tikdet dan lain-lain maklumat boleh gi website dia jer senang... Scenic World Blue Mountain Australia... oke habis dah cerita untuk hari tersebut...sebab lepas kuar dari sini kitaorang balik Sydney dan makan...balik hotel dan tido sbb esoknya adalah hari free & easy...tu nnti sambung lain juga yer...

0 comments:

 
Design with love by Jiji for Zamimie