Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Daisypath Happy Birthday tickers Daisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, December 5, 2017

Seoul, Korea 2017 ~ Nami Island....

Hari yang paling ditunggu2 dah tiba...tak sabar nak pergi Nami Island...lagilah bila Laudya share gambar-gambar dia dekat Nami Island yang cantik, lagi teruja nak pegi...tapi gorup husband nie kan semuanya lelaki, so derang biasa-biasa jerlah...saya jer yang tak sabar lebih...huhu

kita orang gerak awal pagi...kul 7 dah gerak dari hotel...perjalanan amik masa dalam 1 jam stgh - 2 jam...sebab kita naik kereta, untuk mengelakkan jem teruk kena keluar awal pagi...orang-orang korea nie weekend derang suka berjalan-jalan piknik..lagi lah musim cantik macam nie kan...mmg penuh sesak taman-taman..time kita orang nak balik tu kul 2 mmg penuh sesak jalan nak masuk ke Nami huhu...parking yang lenggang pagi kami datang terus penuh sesak...


sejuk masa nie berasap2 mulut...laju2 pakai glove dan beli hand warmer kat dalam kedai tepi tu...tak tahan punya pasal...terkepit2 masing2 bila angin tiup...member korea tu cakap, suhu di Nami adalah 5 darjah lebih rendah dari Seoul...so bersedialah kalau sapa nak pergi time winter tu yer...hehe



kita orang sampai lebih kurang pukul 9 pagi...still dah ramai orang..tapi member korea tu cakap beratur untuk ke feri kalau lambat lagi mau 1 km pjg nak beratur...hehe tiket masuk ke Nami Island 10,000 won..setiap musim gambar kat tiket tu berbeza-beza...so moh kita naik feri...

untuk makluman gambar mmg banyak yer..itu pun kita orang cuma guna phone jer...kalau pakai kamera mau beribu picture kot...huhu ini dekat Nami jer dkt 300 keping gambar...saya share sket2 jerlah yer...

 .:: tiket Nami Island ::.


 basically dalam Nami nie takder apa-apa aktiviti selain dari mengagumi keindahan dan kebesaran ciptaan Allah...mmg cantik sangat kawasan nie...untuk kita yang kat Malaysia nie yang tak pernah nak rasa musim macam nie, mmg sangat terkagum...jalan ronda-ronda (sebab tak berpeluh) non-stop...smpi kul 12 baru stop untuk solat dan balik lepas tu hehe...

.:: pintu yang menyambut kita bila turun dari feri ::.

.:: sbb kami datang awal lagi so agak lengang...tgu tengahari sket, mmg susah nak amik gbr yang tak menunjukkan penampakan orang ramai huhu ::.

.:: setiap tempat nak amik gbr huhu ::.



tak tau nak buat caption apa...korang layan gambar jerlah yer huhu...


.:: pokok berdaun kuning ::.

.:: pokok berdaun merah ::.

.:: pokok takder daun hehe ::.


kat sini banyak spot gambar yang berbeza-beza...satu kawasan tu penuh dengan pokok yang kuning daunnya...satu kawasan lagi daun merah pulak...kawasan hujung sket dah gugur awal so tinggal pokok tak berdaun dah.... nampak macam kat tempat yang berbeza-beza tapi kat satu kawasan jer...

.:: tempat simpan kimchi kot hehe ::.

kat sini haiwan-haiwan kecik yang liar selamber jer lari-lari depan kita...tupai tu lagi plak nampak macam jinak tapi tak jinak...arnab pun ada, terlompat2 bebas jer, bersih putih plak tu...tapi mmg tak boleh nak tangkap pegang, laju jer lari menyorok dalam semak nanti huhu...


.:: kafe gomok..nama kalau kat Malaysia orang takut nak masuk hehe ::.

so sebelum nak balik tu dalam 12.15 dah masuk waktu zuhur, so kita orang solat jamak dulu kat surau dia...selesa sangat, tempat nak amik wudhu pun banyak paipnya...tapi sejuk tak tahan hehe...kat surau pompuan tu telekung pun ada juga...mgkn tinggalan pelancong-pelancong yang nak wakafkan..besar pahala tu..dekat belah bawah surau tu ada perpustakaan kanak-kanak juga... 




ada satu kedai halal dalam nie Asian Cuisine nama dia...tapi ramai betul orang..dengan orang-orang korea pun nak makan kat sini...huhu bila nak reserved tempat dia punya waiting list 50 minit yer...ramai giler orang huhu...so kita orang plan makan kat luar dari Nami Island nie...nanti next entry saya cerita yer kat mana...

.:: bye Nami till we meet again ::.




0 comments:

 
Design with love by Jiji for Zamimie