Thursday, August 9, 2018

Perth, Australia 2018 ~ Busselton Jetty & South Perth Airbnb...

Selesai bergambar dan lepak di Cape Naturaliste Lighthouse kami terus bergerak ke Busselton Jetty...Kami dah tak punya masa lama, sbbnya plan nak ke South Perth tu kalau boleh tak nak lalu highway malam2...sbb memandu di kawasan outskirt malam2 agak bahaya di Australia nie sebab takut2 ada kangaroo liar yang melintas dan menyebabkan kemalangan...


.:: Busselton Jetty di kejauhan ::.

Perjalanan dari Cape Naturaliste Lighthouse ke Busselton Jetty amik masa lebih kurang 40 minit dan jaraknya dalam 38km...jetty nie dekat dengan town Busselton...kita akan lalu kawasan perumahan lepas tu baru akan sampai area town...macam pekan kecik ada dalam 3-4 row kedai setingkat...tapi nice lah kawasan dia...macam dari rumah kita boleh jalan2 jer tepi kedai gitu hehe...


sampai2 terus parking dan gerak ke jetty...tak jauh sangat pun dari parking area tu...Firas pulak baru jer tertido dan taknak lah kejut dia...kita tolak stroller jerlah ke sana...yg si abg2 seronoklah berlari sbb tepi laut nie agak sejuk juga suasana dia, cuma agak silau sbb matahari dah turun...



Busselton Jetty nie adalah jetty kayu yang terpanjang di Southern Hemisphere. Panjangnya adalah sejauh 1.8km... Cerita asal pembinaan jeti ini bermula pada tahun 1865. Pada mulanya jeti nie sepanjang 161 meter jer, tapi akibat berlaku longgokan pasir yang dibawa ombak dan menyebabkan jeti tu menjadi cetek, maka ianya telah dipanjangkan sikit-sikit di tahun-tahun seterusnya sampailah menjadi sepanjang 1.8km. Namun pada tahun 1973, jeti nie telah ditamatkan fungsinya sebagai pelabuhan, maka ianya telah dibangunkan sebagai satu destinasi pelancongan.

.:: rumah belakang nie lah gift shop, muzium dan kaunter tiket ::.

Untuk pengetahuan juga kita boleh berjalan ke hujung jeti yang sepanjang 1.8km tu dengan bayaran AUD4..tapi kalau korang tak larat nak jalan sejauh 1.8km tu boleh lah menaiki train dengan bayaran  tiket untuk Dewasa AUD13.50  dan Kanak2 AUD8.50... untuk trip train plak ada setiap jam bermula dari 10 pagi dan paling last 4 petang...


.:: berangan-angan :.

.:: pose swag dari danial huhu ::.

tapi kami memilih untuk tak ke hujung jeti pun...kita lepak2 kejap kat muzium cum gift store jerlah..baca2 sikit tengok2 sikit, beli fridge magnet dan blah hehe...muzium nie kecik jer, sekali pusing badan dah settle...

.:: kaunter tiket ::.






sbbkan dah menghampiri jam 4 petang kita orang teruskan perjalanan ke South Perth plak...tapi sempat jugaklah beli kebab kat area Busselton town dekat Mr Kebab & Turkish Bakery sbb perut dah kembali lapar..saya tak turun pun sbb Firas masih lagi tidur, dan leceh nak heret kanak2 nie keluar sbb nak strap on and off seat belt tu leceh huhu...so makan dalam kereta jer...

.:: semua tempat kita pegi awak tido dik ::.

bila dah stop sana-sini nie mmg ler tak sempat nak berjalan dalam hari siang sebab kul 5 dah gelap dan perjalanan plak amik masa 2 jam 30 minit sbb jaraknya adalah 219 km huhu...so mmg kami sampai gelap di airbnb tu...sebelum tu sempat juga singgah di Coles terdekat untuk stock-up makanan sikit2... sampai2 rumah dalam kul 8 lebih terus bersilat kat dapur...terkial2 1st time nak pki induction cooker tu..dah macam pakai phone semuanya nak di touch dan di swipe...tapi rumah nie mmg best lengkap dengan washing machine dan dryer...hari2 basuh baju kot haha...heater pun ada dua...tapi mlm 1st tu sejuk giler kot, sampai lantai2 pun lembab sbb rumah kitaorg level bawah sekali...mgkn kat luar hujan gaknya...

.:: jarak perjalanan kami ::.


.:: living hall ::.


.:: kitchen complete dgn dishwasher, toaster, kettle, oven ::.

.:: bedroom 1 ~ queen bed ::.

.:: bedroom 2 ~ super single bed ::.


.:: toilet sekali shower ::.

.:: milo Australia ::.

.:: siPahh nie balik tapau yg 25 stick huhu sedap nie ::.



.:: dinner 1st night di South Perth nasi, telur dadar, kurma ayam (adabi), sambal gilo dan maggi kari sebagai kuah tidak lupa kicap dari Malaysia :p ::.

oke itu jerlah cerita kami di hari kedua...malam tu kerjanya explore rumah tu...dok godek2 macam mana nak guna washing machine dgn dryer..sbb membasuh juga malam tu huhu...tidak lupa juga dishwasher...siap tengok youtube cara guna...mmg mudah hidup hehe...

so nnti sambung lagi yer...harap sudi membaca..

*******************************************************************************

0 comments:

 
Design with love by Jiji for Zamimie