Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Daisypath Happy Birthday tickers Daisypath Happy Birthday tickers

Monday, November 12, 2018

Perth, Australia 2018 ~ Lancelin Sand Dunes...

Bila dah settle semua urusan dekat Pinnacles Desert kita orang teruskan perjalanan ke Lancelin Sand Dunes plak...kalau ikutkan sepanjang perjalanan menuju ke Pinncles Desert kita akan terjumpa beberapa spot sand dunes...so sebabkan ramai orang yang ke Lancelin, maka kita orang pun menuju ke sana...mgkn nie tempat yang komersial dan proper sikitlah kan walau pun takder toilet huhu...



sebabkan dah agak lewat kami sampai...rasanya dalam kul 3 lebih waktu nie, so kami dah tak banyak masa...sbb dalam kul 5 biasanya dah gelap kan...kami tak sewa pun sand board tu.... kalau sapa2 nak ke sana dan banyak masa, boleh sewa sand board dekat kedai serbaneka dkt area sand dunes....kita orang tak sewa, rasa macam membazir kerana masa yg ada singkat jer...



kalau ke sini dengan kenderaan sendiri better hati2 time parking...takut terbenam dalam pasir AUD300 juga nak suh derang towing...huhu masa amik kereta tu pihak Aries Car Rental pun dah pesan...parking kat kawasan keras dan berbatu atau kat tempat yang dikhaskan untuk park kereta...huhu kita orang park dekat area container tempat untuk sewa ATV, insyallah kat situ selamat...ada jer yg masuk ke dalam lagi...tapi kita orang tak berani nak tanggung risiko...


.:: nun di belakang sana kereta...jauh oooo ::.


.:: layan si kenit nak berdukung sbb dia geli2 dgn pasir dan dia stress kaki terbenam dalam pasir huhu ::.


dari parking nak ke kawasan sand dunes tu adalah juga dalam 500 meter lebih, ke 1 km tah lah tapi jauhlah huhu...dengan jalan berpasir, dengan si kenit nak berdukung, dengan angin berpasir, saya rasa macam jauh benor nak sampainya sighh... hazab juga...matahari plak menyilaukan pandangan so banyak kesukaran disitu...







.:: dahi kerut mmg trademark saya, tak bleh silau...nnti mata tak bleh nak buka huhu ::.


waktu nie mmg tak banyak amik gambar sangat sbbkan kanak2 taknak beri kerjasama...sibuk berguling2 main pasir...naik turun, naik turun...korang nie tak tau penat ke haaaa....huhu so balik2 gambar kita orang jerlahkan...tapi sbbkan silau plus terang sangat saya sampai tak nampak screen phone tu...walau dah adjust brightness dia...so snap2 jerlah, rupanya byk gbr tak jadi hahaha...





.:: kat situ jerlah ko main dik huhu ::.

.:: bergumpal habis dengan pasir korang nie ::.

dah puas bermain pasir tiba saat crucial, dani nak terkencing....mana ada toilet oii kat sini...suh kencing kat pasir dia takmo...so masing2 terpaksalah dengan berat hati melangkah..sambil2 tu stop kejap main pasir...jalan 50 meter berhenti lagi, sama naik jer dengan orang yang nak terkencing tadi huhu...perjalanan balik tu lagi lama dari nak ke sand dunes tu nmpknya huhu...

.:: setiap beberapa meter stop bila nak sampai daaa ::.

.:: tak puas2 lagi main...padahal dia nie yg nak terkencing tadi ::.

tapi ada lagi hazabnya...sebelum naik kereta better cek apa yang patut...nescaya pasir akan banyak terkumpul di dalam kasut...huhu ya Allah punya halus pasir dia, sampai boleh masuk dalam stokin walau berkasut...yg si eman plak kepala jenis berpeluh habis melekat pasir atas kulit kepala...haru jer nak bersihkan...yg si iqi lagi best...pakai pampers kan lembap...habis melekat pasir kat belah dalam tu...jenuh kena lap kat celah2 buntut semua huhu...nasib lah ada bawa towel kecik tu bleh dok kibas2 baju kepala semua..  

.:: mama tgh nak bersihkan kepala abg awak boleh gi baling lagi pasir atas kepala abg yer grrrr ::.

lepas dari tu kita orang pusing kejap dalam pekan dia..kecik jer kawasan dia...jumpa satu station minyak siap ada tempat vaccum AUD1 utk 5 minit or 10 minit lupa plak saya tapi panjang yer kereta beratur tunggu giliran hehe..lepas tu pusing lagi nak cari mini market, ada satu jer yg proper sikit yg lain lebih kepada kedai serbaneka...stop situ kejap untuk beli jajan dan coffee DARE sebelum balik...mydear lah nak kena drive plus dah gelap...so nak make him awake kena lah layan kopi huhu...


********************************************************************************************************************************
Click link untuk baca part lain

*******************************************************************************************************************************
Perth, Australia 2018 ~ Busselton Jetty & South Perth Airbnb.
Perth, Australia 2018 ~ Kailis' Fish Market Cafe.
Perth, Australia 2018 ~ Yancheap National Park.

0 comments:

 
Design with love by Jiji for Zamimie