Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Daisypath Happy Birthday tickers Daisypath Happy Birthday tickers

Thursday, September 14, 2017

JB 2017 ~ Mutiara Hotel, JB....

ini trip paling terlatest hehe tak nak dah buat entry throwback yang makan tahun punya...sbb banyak sangat makan semut, lupa dah cerita detail...hehe kita orang pegi nie masa cuti raya haji and cuti merdeka haritu...so khamis tu balik kampung saya kat Tangkak, beraya haji di sana dan esoknya Sabtu terus berangkat ke JB...

aktiviti malam raya kami...dinner mi bandung lah kan apa lagi huhu..tak bleh miss kalau balik Tangkak...kena makan mi bandung dengan nasi goreng ayam berlada...nanti saya cerita lokasi dia kat mana yer...

.:: print screen dari instagram saya @mieoney ::.

 .:: lepak dataran lepas makan...kasi bakar kalori mi bandung tu sket hehe ::.

.:: kanak-kanak tak pernah habis tenaga ::.

hari Sabtu tu kitaorg bertolak dalam kul 10 -11 lebih kalau tak silap...Tangkak to JB bkn jauh sangat dalam 2 jam dah sampai...konon nak singgah makan kat Nasi Kambing 40 Hari, nasib Google dulu, rupanya dia tutup beberapa hari masa raya haji tu...nasib blm amik exit...

kitaorang check-in dekat Mutiara Hotel JB kali nie...last time kita duduk kat Thistle, JB...saja pilih betul-betul tengah town...sebelah hotel ada shopping mall, Holiday Plaza...jalan kaki laju-laju 2 minit dah sampai...tapi jalan dgn kanak-kanak 5 minit baru sampai hehe...tapi plaza nie takder apa sangat, semata Parkson dengan kedai-kedai phone dan segala-mala electronic gadget...

.:: pic from Agoda ::.

kitaorg stay 2 malam kat sini...bawah inilah bilik kitaorang...dapat bilik yang ada 2 katil queen tu, tapi sebab itu adalah smoking room kita orang mmg taknaklah....selalu kalau booking bilik mesti akan cari non-smoking room...sbb bau orang merokok dalam bilik beraircond akan lekat punya kat langsir, karpet semua...tak maulah...bersempit2 jerlah sket...no problem :)





bila dah sampai hotel yang paling kanak-kanak tak sabar for surelah nak mandi kolam...check-in kul 3 - 4 lebih...sebuk berzikir nak mandi kolam...hai lah anak panas tu kat luar, tak boleh ke nak sabar sket tgu petang...huhu

.:: pic from Agoda ::.

pool dia kecik jer dan dalam...paling tak dalam 1.2 ft dan paling dalam 2 ft...pool kanak-kanak ada tapi kecik bebenor, masuk 3 orang kanak-kanak dah tak bleh nak gerak dengan suka hati...huhu tapi kanak-kanak saya tak mo main pool kecik, terjun terus pool besar...huhu dah berani katanya, klu dulu penakut kalau si eman, doklah main kat pool kanak-kanak walaupun dialah yg paling besar kat situ hehe...

 .:: si kenit Iqi nie pun sama naik macam abg dia...tapi limit dia mandi stgh jam jer hehe ::.

.:: sepanjang dua malam kat sini, pagi petang mandi kolam mereka nie ::.

so far bagi saya hotel nie oke... boleh consider untuk stay lagi kat sini next time...dah lah dekat dengan tempat-tempat makan yg famous kat JB tu i.e. murtabak cheese, beenafe, tapah corner...heaven lah...walaupun luar nampak uzur, tapi dalam dia oke jer...harga pun oke...sbb kitaorg dapat peak season RM200++ satu malam kot...

0 comments:

 
Design with love by Jiji for Zamimie