Thursday, September 20, 2018

Perth, Australia 2018 ~ Kings Park & Botanic Garden...

.:: perth city view ::.

Untuk hari ke-3 nie sepatutnya ikut itinerary kami akan ke Pinnacles..tapi sbb dah 2 hari travel jauh dan badan pun ada sedikit letih, so saya ubah untuk guna itinerary hari ke-4 - hari relax2...ini yg mudah kalau ada itinerary cuma tukar jer..so kalau ikut plannya kami akan ke Kings Park,  lepas tu makan di Kaili's, g E-shed dan rainbow container...lepas tu shopping dkt Coles or K-mart...hehe

so hari dimulakan agak lambat pagi tu...lepas bangun subuh dalam 6 lebih tu sambung tido balik...kul 7 lebih baru bangun dan prepare bfast pagi...kanak-kanak pun tido lagi...kul 8 baru kitaorg kejut bangun utk breakfast dan bersiap...


untuk breakfast pagi saya buat cucur bilis dan juga roti telur serta milo Australia...tepung cucur instant dgn ikan bilis saya bawa dr Malaysia jer...senang campak ikan bilis dan bawang letak air...klu nak start from scratch mcm leceh lah sikitkan...untuk bekalan saya bawa nasi goreng dan juga nugget...nugget tu saya beli kat sana jer...kalau nak cari ayam yg halal di makan cari jenama Steggles dengan Lilydale, insya-Allah halal...klu mcm nugget nie blkg box dia ada tulis halal...ayam mentah pun boleh beli...jgn risau  tak cukup makan klu ke Perth nie...klu duduk bilik or rumah ada dapur...bleh masak dan bawa bekal...

.:: dapur kecik jer...tapi complete ::.



.:: dah handsome tu, jom jln...nmpk tu baju smlm yg dah dibasuh...tak berani keringkan dlm dryer lama2 sbb baju baru...so msih lagi lembab sikit..tapi takper ada penyidai senang ::.

dah siap makan dan dah ready dalam kul 9 baru kitaorg keluar...see lambat kan permulaan hari kami...hehe cam biasa hari nie leisure2 jer...tempat pertama yang kami nak tuju adalah Kings Park...bila ada kereta, ada Waze, ada tempat yg nak dituju senang jer...terus on..huhu dari rumah kitaorg ke Kings Park tak jauh pun dalam 6km jer...

.:: petanda dah sampai Kings Park ::.

.:: Kings Park Maps ::.


Kings Park & Botanic Garden nie adalah sangat luas yer...dalam 400 hektar dan ianya terletak di atas bukit...pemandangan adalah sangat cantik dan superb..mmg rasa nak duduk lepak lama2 dkt situ jer hehe...so kalau ada banyak masa boleh explore seluruh taman...tapi kitaorag spend masa dalm 3 jam lebih jer kat situ...dan kami pilih beberapa attraction jer utk dilawati...yg lain2 maybe next time hehe...

.:: abg dan adik ::

.:: Boab Tree yg di bawa sejauh 3,200 km from Warmun in WA's Kimberley. Pokok ini berusia 750 tahun dan sebereat 36 tan... kalau nak tau lebih detail boleh  baca di sini  - Baob Tree ::. 

kami sbnrnya jalan berpandukan pada Google Maps dgn singboard jer hehe... tak pegi amik maps kan so redah sikit2 jumpa lah apa yg dicari...tempat tuju pertama kami adalah Glass Arched Bridge di Lotterywest Federation Walkway...walkway nie adalah sejauh 620 meter, sebelum nak sampai kat sini jauh juga kami berjalan huhu...tapi sbb redup dan segar so kita orang slow jalan jerlah..dikelilingi plak dgn pokok...nnti ada satu kawasan tu nmpk byk burung kakaktua warna pink yg saya nmpk dekat Caversham Wildlife haritu...

 .:: glass bridge ::.

 .:: pemulaan walkway...jambatan kayu dengan ketinggian 16 meter...gayat tak huhu ::.

.:: pemandangan Swan River dan Perth City ::.

dah settle bergambar kat sini kitaorang pusing balik untuk ke State War Memorial...kita orang ikut jalan lain plak kali nie  lalu kat Western Australia Botanic Garden...jalan kali nie mencabar sikit sbb banyak naik bukit...tapi lagi best si firas taknak berjalan...udah ler stroller tinggal kat dalam kereta....terpaksalah gilir2 dukung...naik jugaklah muscle tangan huhu...terbakar lah lemak cekodok bilis makan bfast tadi huhu...

.:: terpaksa dukung kat belakang sbb tangan dah lenguh ::.

.:: memanjat bukit lagi... lap peluh huhu ::.

.:: jumpa tempat menarik sikit stop bergambar ::.

.:: cheeky eman pfttt ::.

.:: lega dah amik stroller... yg nie kitaorg berhenti rehat dekat jalan masuk ke botanic garden...tgk rumput dia halus sangat, mcm rumput tipu pun ada huhu  ::.

.:: si danial yg mulut paling bising cakap penat...tu yg stop kejap ::.

.:: State War Memorial Kings Park ::.

.:: mydear ::.

.:: abg eman ::.


dah penat berjalan kitaorang lepak jer depan kawasan lapang nie...so klu sapa2 nak lepak2 duduk atas rumput nie boleh bawak tikar or alas...sbb rumput nie mcm ada basah sikit...si kitaorg tak der bawak alas so main duduk jerlah...so agak lembab sikit seluar...sikit jerlah sbb waktu nie dah tengah hari so dah agak kering dah rumputnya...


.:: lepak sambil makan bekal nasi goreng dan nugget...org Malaysia jer yg duduk cari tempat redup...rakyat tempatan semua duduk bawah panas tu hah huhu ::.


.:: happy jer derang nie berlari...kawasan luas, jatuh pun tak cedera lutut sbb kwsn berumput...tgk seluar eman kotor kat lutut...nasib lah rumah ada washer and drayer tak kisah lah sangat huhu ::.

.:: wefie satu ::.

.:: Western Australia Botanic Garden ::.

.:: last picture sebelum kami balik rumah utk solat dan ke destinasi seterusnya ::.

********************************************************************************************************************************
Click link untuk baca part lain

Perth, Australia 2018 ~ Busselton Jetty & South Perth Airbnb.


Thursday, August 9, 2018

Perth, Australia 2018 ~ Busselton Jetty & South Perth Airbnb...

Selesai bergambar dan lepak di Cape Naturaliste Lighthouse kami terus bergerak ke Busselton Jetty...Kami dah tak punya masa lama, sbbnya plan nak ke South Perth tu kalau boleh tak nak lalu highway malam2...sbb memandu di kawasan outskirt malam2 agak bahaya di Australia nie sebab takut2 ada kangaroo liar yang melintas dan menyebabkan kemalangan...


.:: Busselton Jetty di kejauhan ::.

Perjalanan dari Cape Naturaliste Lighthouse ke Busselton Jetty amik masa lebih kurang 40 minit dan jaraknya dalam 38km...jetty nie dekat dengan town Busselton...kita akan lalu kawasan perumahan lepas tu baru akan sampai area town...macam pekan kecik ada dalam 3-4 row kedai setingkat...tapi nice lah kawasan dia...macam dari rumah kita boleh jalan2 jer tepi kedai gitu hehe...


sampai2 terus parking dan gerak ke jetty...tak jauh sangat pun dari parking area tu...Firas pulak baru jer tertido dan taknak lah kejut dia...kita tolak stroller jerlah ke sana...yg si abg2 seronoklah berlari sbb tepi laut nie agak sejuk juga suasana dia, cuma agak silau sbb matahari dah turun...



Busselton Jetty nie adalah jetty kayu yang terpanjang di Southern Hemisphere. Panjangnya adalah sejauh 1.8km... Cerita asal pembinaan jeti ini bermula pada tahun 1865. Pada mulanya jeti nie sepanjang 161 meter jer, tapi akibat berlaku longgokan pasir yang dibawa ombak dan menyebabkan jeti tu menjadi cetek, maka ianya telah dipanjangkan sikit-sikit di tahun-tahun seterusnya sampailah menjadi sepanjang 1.8km. Namun pada tahun 1973, jeti nie telah ditamatkan fungsinya sebagai pelabuhan, maka ianya telah dibangunkan sebagai satu destinasi pelancongan.

.:: rumah belakang nie lah gift shop, muzium dan kaunter tiket ::.

Untuk pengetahuan juga kita boleh berjalan ke hujung jeti yang sepanjang 1.8km tu dengan bayaran AUD4..tapi kalau korang tak larat nak jalan sejauh 1.8km tu boleh lah menaiki train dengan bayaran  tiket untuk Dewasa AUD13.50  dan Kanak2 AUD8.50... untuk trip train plak ada setiap jam bermula dari 10 pagi dan paling last 4 petang...


.:: berangan-angan :.

.:: pose swag dari danial huhu ::.

tapi kami memilih untuk tak ke hujung jeti pun...kita lepak2 kejap kat muzium cum gift store jerlah..baca2 sikit tengok2 sikit, beli fridge magnet dan blah hehe...muzium nie kecik jer, sekali pusing badan dah settle...

.:: kaunter tiket ::.






sbbkan dah menghampiri jam 4 petang kita orang teruskan perjalanan ke South Perth plak...tapi sempat jugaklah beli kebab kat area Busselton town dekat Mr Kebab & Turkish Bakery sbb perut dah kembali lapar..saya tak turun pun sbb Firas masih lagi tidur, dan leceh nak heret kanak2 nie keluar sbb nak strap on and off seat belt tu leceh huhu...so makan dalam kereta jer...

.:: semua tempat kita pegi awak tido dik ::.

bila dah stop sana-sini nie mmg ler tak sempat nak berjalan dalam hari siang sebab kul 5 dah gelap dan perjalanan plak amik masa 2 jam 30 minit sbb jaraknya adalah 219 km huhu...so mmg kami sampai gelap di airbnb tu...sebelum tu sempat juga singgah di Coles terdekat untuk stock-up makanan sikit2... sampai2 rumah dalam kul 8 lebih terus bersilat kat dapur...terkial2 1st time nak pki induction cooker tu..dah macam pakai phone semuanya nak di touch dan di swipe...tapi rumah nie mmg best lengkap dengan washing machine dan dryer...hari2 basuh baju kot haha...heater pun ada dua...tapi mlm 1st tu sejuk giler kot, sampai lantai2 pun lembab sbb rumah kitaorg level bawah sekali...mgkn kat luar hujan gaknya...

.:: jarak perjalanan kami ::.


.:: living hall ::.


.:: kitchen complete dgn dishwasher, toaster, kettle, oven ::.

.:: bedroom 1 ~ queen bed ::.

.:: bedroom 2 ~ super single bed ::.


.:: toilet sekali shower ::.

.:: milo Australia ::.

.:: siPahh nie balik tapau yg 25 stick huhu sedap nie ::.



.:: dinner 1st night di South Perth nasi, telur dadar, kurma ayam (adabi), sambal gilo dan maggi kari sebagai kuah tidak lupa kicap dari Malaysia :p ::.

oke itu jerlah cerita kami di hari kedua...malam tu kerjanya explore rumah tu...dok godek2 macam mana nak guna washing machine dgn dryer..sbb membasuh juga malam tu huhu...tidak lupa juga dishwasher...siap tengok youtube cara guna...mmg mudah hidup hehe...

so nnti sambung lagi yer...harap sudi membaca..

*******************************************************************************

 
Design with love by Jiji for Zamimie