Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Daisypath Happy Birthday tickers Daisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, December 19, 2017

Seoul, Korea 2017 ~ National Folk Museum of Korea...

Berjalan dari Bukchon Village untuk ke Gyeongbokgung Palace sebenarnya tapi ternampak pintu masuk yang menarik dan ramai juga orang masuk dalam nie...so kita pun busy body jugaklah, menyibuk nak tengok apa tu..



owh rupa-rupanya muzium...takder dalam plan pun...tapi sebab dah sampai kita masuk dan tengok...entrance fee percuma saja, so masuk jerlah...basically museum nie banyak replika rumah2 mengikut zaman di Korea...dan apa yang menarik dalam nie ada kawasan khas untuk kanak-kanak iaitu Children's Museum dan ada juga playground yer...patutlah ramai kanak-kanak yang masuk dalam nie...tapi kita orang tak gi jengah pun kawasan tu...exhibitan hall dia pun kita orang tak masuk, sbb dok sebuk jalan kat belah luar, dan nak kejar masa pergi makan...


ini map kawasan sekitar museum...kalau tengok map derang buat replika rumah-rumah dan juga royal house....sbbkan takder apa nak cerita sangat korang layan gambar jerlah yer hehe..



start dengan rumah-rumah kayu macam nie...lah lepas tu rumah-rumah tu beredar mengikut zaman...



ada disediakan selipar jerami nie... korang boleh cuba lagi dan bawak jalan...lepas tu pulang lah balik kat situ...huhu tapi tak tau lah selesa ke tak...tengok macam tak selesa, macam akan tercucuk-cucuk  dengan jerami tu jer huhu...


.:: street of memories ::.


.:: kedai komik ::.

kat sini kawasan-kawasan nie takder pekerja pun jaga...tapi yang datang nie semua bertamadun, so takder sapa pun yang gatal pi usik dan masuk...padahal tempat open space macam tu jer...cuma satu jer kat sini takder papan penerangan so tak tau menda apa yang derang cuba sampaikan huhu...


bangunan tengah nie exhibition hall...tapi kitaorang tak masuk pun...just amik gambar kat luar sebelum meneruskan perjalanan ke Gyeongbokgung Palace...yang kawasan belah kiri pun kita tak pegi...huhu



Wednesday, December 13, 2017

Seoul, Korea 2017 ~ Bukchon Hanok Village (북촌한옥마을)...

Hari Ahad tu kita orang bercadang untuk jalan-jalan sendiri jer...travel dengan public transport iaitu subway dan kaki...huhu takder experience naik bas pun...so plan hari nie kita akan keluar berjalan-jalan disekitar Bukchon Village dan juga kawasan sekitar istana... 

kita orang naik subway dan turun di Anguk Station (Line 3)...ada satu kali tukar train sebab dari hotel kita orang subway adalah Line 4...turun dari subway tu korang boleh keluar di Exit 1 atau 2...saya lupa hari tu keluar ikut mana...tapi kalau korang lupa exit mana pun tak kisah...sbb ikut jer signboard...dia ada tulis setiap exit nie akan ke mana...dun worry...


kalau korang nak tau Bukchon Village nie adalah kawasan perumahan lama masyarakat Korea...kat sini kita boleh tengok binaaan-binaan lama yang unik...klu ikutkan ada 8 spot yang cantik untuk bergambar...kalau korang banyak masa boleh lah pergi kat semua spot tu...nanti boleh amik peta dekat orang yang pakai baju color merah tu...kira macam kaunter pertanyaan bergerak lah...so masa haritu kitaorang tanya jugaklah berapa lama kalau nak complete kan 8 spot tu...amik masa 2 jam lebih tu huhu...tapi dia suggest kan 2 tempat jer atr 8 spot tu...so kira afdhal dan kira dah cover semua lah klu pegi 2 tempat tu hehe...


masa awal-awal tu kitaorang redah jer masuk mana-mana lorong pun...dah jalan ke dalam sikit baru jumpa awek kaunter pertanyaan tu....jalan kat sini berbukit, kalau panjat mmg menongek ler...huhu dan masa kitaorg pergi nie hari Ahad so agak ramai juga orang...susah juga nak amik gbr yang takder orang masuk sekali dalam frame huhu...klu nak pegi kurang orang mgkn kena datang awal pagi kot...masa kita orang smpi nie dalam kul 9 lebih klu tak silap...


kawasan nie masih lagi menjadi tempat kediaman yer...so make sure kalau datang tu tak yah lah nak bising2 dan kecoh2 huhu...kesian tuan rumah tak tenteram hidup...merata-rata poster tulis keep silent, mgkn ada lagi jenis yang tak faham bahasa kot...


kalau korang banyak masa boleh pi sewa hanbok kat kawasan sekitar jalan besar..mmg cantik-cantik hanbok dia...sewa satu jam 10,000 won, kalau 2 jam 15,000 won...klu yg free hair tu dia akan bagi sekali dengan hiasan kepala, dan bag bagai...saya ada juga keinginan tapi sebab takder geng lupakan jerlah niat tu hehe...tapi serius dengan pakai traditional dan environment perkampungan nie confirm gbr jadi cantik...


layan gambar jerlah yer korang...saya pun tak tau nak cerita apa lagi huhu..





unikkan rumah dia..mmg terpelihara... masa kita orang pergi tu, ada 1-2 rumah tengah dalam proses pembaikan oleh macam historic body lah mcm tu...mgkn semua kerajaan yang tanggunglah...yang penting jangan pandai-pandai pi renovate sendiri..teringin nak masuk dalam tengok yang belah dalam...klu tengok cerita korea selalu bila masuk pintu jer dalam dia macam ada kawasan lapang, mesti seronok kan  sbb nak buat apa-apa orang luar tak nmpk tapi dalam keadaan open space huhu






.::spot mmg cantik nak amik gambar, tapi tak boleh berlama-lama sangat...ramai tengah tunggu turn tu hehe ::.

.:: nmpk bumbung istana dari kejauhan...so berjalan kami ke situ ::.

korang, nampak jer panas memancar cahaya matahari tu..tapi sejuk sangat...huhu tu yang tangan mmg sentiasa dalam poket tu...sarung tangan pun pakai juga...masa berjalan ke istana, sempat juga kami singgah beli kopi dan honey cake buat alas perut dan buat hilang kan sejuk...masa nie baru kul 11 kalau tak silap saya...Jom kita ke destinas seterusnya..


.:: daun-daun yang menguning sepanjang tembok istana ::.



Thursday, December 7, 2017

Seoul, Korea 2017 ~ Nami-ok (남이옥)...




Lepas jer keluar dari Nami Island tu kitaorang terus menuju tempat makan yang saya cakap tu...Nami-ok namanya..Muslim-friendly restaurant means tak ada jual pork...kat sini ada dijual ayam halal...kalau sapa-sapa pernah makan Mr. Dakgalbi kat Malaysia nie, so ini lah dia dakgalbi yang truly Korea huhu...

kedai nie kalau korang nak datang better call untuk buat reservation untuk berapa orang dan bagitahu sekali nak set ayam halal...dari pemerhatian saya tempat nie banyak tourist datang dengan travel agent...so datang dengan bus, ramai lah kan...kitaorang pun awal-awal dah reserved sbb kami pun boleh tahan ramai juga, 12 orang...huhu 


terhidang macam nie...so nanti kita goreng-goreng jer makanan tu bagi masak dan sebati...macam dekat Malaysia nie pekerja dia yang tolong gorengkan...kat sini kena buat sendiri kot, sbb kedai nie pekerja ada dua orang jer...ahjumma ngan ahjussi jer, orang pulak ramai...mana nak refill makanan lagi, orang nak tambah order lagi...so sbbkan group kami ada dua orang Korean so derang lah yang masakkan...kami tinggal ngap jer...yang paling best adalah refill free (selain ayam) dia bagi seaweed tu semangkuk besar ko, sekali lambak jer dalam nasi...sedap2 hehe...

.:: half way ::.

saya lupa nak amik gambar suasana atau gambaran dalam kedai...sbb tak sabar nak makan, lapar huhu....so gambar bawah nie saya copy dari tripadvisor...dan harap maklum yer, bila makanan tumis-tumis dan goreng-goreng nie akan lekat kat lah bau kat baju yer...sistem pengudaraan kat sini pun tak bagus, dia takder suction fan macam dekat Mr. Dakgalbi tu...so kalau pakai jacket tu better simpan siap2 dalam bag sebelum masuk kedai...sbb jacket confirm nak pakai lagi lepas tu kan...kalau tak korang akan dihantui dengan bau masakkan dekat jacket tu sampai balik Malaysia hehe...kitaorang awal-awal lagi dah buka tinggalkan dalam kereta hehe...

.:: pic from tripadvisor ::.


.:: singsing lengan dah, tak sabar nak makan...lapar dah masing-masing sbb masa nie dah kul 2...last makan pagi tadi kul 7 huhu ::.

.:: posing dulu sebelum melantak tak ingat huhu ::.

.:: makan kimchi dulu ::.

harga kat sini dia kira satu kepala untuk ayam halal 12,000 won...makan lah korang smpi kenyang..sbb mmg kenyang betul kita orang waktu nie...masuk kereta terus tido...sbbkan nak sampai Seoul tu 2 jam lebih sbb dah petang jalan jem...sekali amik, bgn jer tido bloated haha...

rasa dia okelah tapi tak cukup kick bagi saya, mcm ada yang kureng...tak cukup pedas, padahal banyak dah sos kita orang tambah huhu...so far Mr Dakgalbi kat Malaysia nie lagi sedap bagi saya huhu... tapi nak juga rasa original Korea dakgalbi kan hehe..



Nami-ok - 남이옥 (Muslim-Friendly Restaurant) 
Address : 786-2 Eupnae-ri, Gapyeong-eup, Gapyeong-gun, Gyeonggi-do, South Korea
Phone : (031)581-1686
Operating Hours : 09:00 ~ 18:00

Tuesday, December 5, 2017

Seoul, Korea 2017 ~ Nami Island....

Hari yang paling ditunggu2 dah tiba...tak sabar nak pergi Nami Island...lagilah bila Laudya share gambar-gambar dia dekat Nami Island yang cantik, lagi teruja nak pegi...tapi gorup husband nie kan semuanya lelaki, so derang biasa-biasa jerlah...saya jer yang tak sabar lebih...huhu

kita orang gerak awal pagi...kul 7 dah gerak dari hotel...perjalanan amik masa dalam 1 jam stgh - 2 jam...sebab kita naik kereta, untuk mengelakkan jem teruk kena keluar awal pagi...orang-orang korea nie weekend derang suka berjalan-jalan piknik..lagi lah musim cantik macam nie kan...mmg penuh sesak taman-taman..time kita orang nak balik tu kul 2 mmg penuh sesak jalan nak masuk ke Nami huhu...parking yang lenggang pagi kami datang terus penuh sesak...


sejuk masa nie berasap2 mulut...laju2 pakai glove dan beli hand warmer kat dalam kedai tepi tu...tak tahan punya pasal...terkepit2 masing2 bila angin tiup...member korea tu cakap, suhu di Nami adalah 5 darjah lebih rendah dari Seoul...so bersedialah kalau sapa nak pergi time winter tu yer...hehe



kita orang sampai lebih kurang pukul 9 pagi...still dah ramai orang..tapi member korea tu cakap beratur untuk ke feri kalau lambat lagi mau 1 km pjg nak beratur...hehe tiket masuk ke Nami Island 10,000 won..setiap musim gambar kat tiket tu berbeza-beza...so moh kita naik feri...

untuk makluman gambar mmg banyak yer..itu pun kita orang cuma guna phone jer...kalau pakai kamera mau beribu picture kot...huhu ini dekat Nami jer dkt 300 keping gambar...saya share sket2 jerlah yer...

 .:: tiket Nami Island ::.


 basically dalam Nami nie takder apa-apa aktiviti selain dari mengagumi keindahan dan kebesaran ciptaan Allah...mmg cantik sangat kawasan nie...untuk kita yang kat Malaysia nie yang tak pernah nak rasa musim macam nie, mmg sangat terkagum...jalan ronda-ronda (sebab tak berpeluh) non-stop...smpi kul 12 baru stop untuk solat dan balik lepas tu hehe...

.:: pintu yang menyambut kita bila turun dari feri ::.

.:: sbb kami datang awal lagi so agak lengang...tgu tengahari sket, mmg susah nak amik gbr yang tak menunjukkan penampakan orang ramai huhu ::.

.:: setiap tempat nak amik gbr huhu ::.



tak tau nak buat caption apa...korang layan gambar jerlah yer huhu...


.:: pokok berdaun kuning ::.

.:: pokok berdaun merah ::.

.:: pokok takder daun hehe ::.


kat sini banyak spot gambar yang berbeza-beza...satu kawasan tu penuh dengan pokok yang kuning daunnya...satu kawasan lagi daun merah pulak...kawasan hujung sket dah gugur awal so tinggal pokok tak berdaun dah.... nampak macam kat tempat yang berbeza-beza tapi kat satu kawasan jer...

.:: tempat simpan kimchi kot hehe ::.

kat sini haiwan-haiwan kecik yang liar selamber jer lari-lari depan kita...tupai tu lagi plak nampak macam jinak tapi tak jinak...arnab pun ada, terlompat2 bebas jer, bersih putih plak tu...tapi mmg tak boleh nak tangkap pegang, laju jer lari menyorok dalam semak nanti huhu...


.:: kafe gomok..nama kalau kat Malaysia orang takut nak masuk hehe ::.

so sebelum nak balik tu dalam 12.15 dah masuk waktu zuhur, so kita orang solat jamak dulu kat surau dia...selesa sangat, tempat nak amik wudhu pun banyak paipnya...tapi sejuk tak tahan hehe...kat surau pompuan tu telekung pun ada juga...mgkn tinggalan pelancong-pelancong yang nak wakafkan..besar pahala tu..dekat belah bawah surau tu ada perpustakaan kanak-kanak juga... 




ada satu kedai halal dalam nie Asian Cuisine nama dia...tapi ramai betul orang..dengan orang-orang korea pun nak makan kat sini...huhu bila nak reserved tempat dia punya waiting list 50 minit yer...ramai giler orang huhu...so kita orang plan makan kat luar dari Nami Island nie...nanti next entry saya cerita yer kat mana...

.:: bye Nami till we meet again ::.




 
Design with love by Jiji for Zamimie