Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Daisypath Happy Birthday tickers Daisypath Happy Birthday tickers
Showing posts with label berita. Show all posts
Showing posts with label berita. Show all posts

Tuesday, July 10, 2012

Park Ji Sung Move From Manchester United To QPR


from


.:: Manchester United ::.



to





.:: Queens Park Rangers ::.

saya bukanlah peminat bolat sepak tak kira malaysia, dunia atau mana2 kelab ponx...tapi lepas tenguk park ji sung dalam running man tu amik lah tau juga psl dia sket2....huhu setelah 7 tahun di Man Utd park ji sung kini akan bertukar arah ke Queens Park Rangers plak...kontrak selama 2 thn...byrn tak diberitahu...rasa mesti byk nie...klu tak byk takkan dia beralih arahkan...hehe pndi2 jer buat gosip... :p




so klu tony fernandes kerap bwk QPR ke Malaysia bley lah tgk park ji sung selalu...huhu serius dia bknlah sehandsome artis2 k-pop tu tp dia ada attitude lah saya rasa...yerlah bermain dengan kelab terkemuka dunia displin dan attitude penting lah kan....and masa tgk running man tu saya rasa dia adalah sgt funny dan spontan...hehe

Thursday, December 22, 2011

Siri Wang Baru Malaysia




KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia memperkenalkan siri mata wang baru yang akan mula diedarkan pada separuh kedua tahun depan, dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan dipertingkatkan.

Siri baru diperkenalkan itu terdiri daripada wang kertas RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100 serta melengkapi wang kertas RM50 yang mula diperkenalkan sebelum ini.

Ia juga melengkapi mata wang siling baru yang diperkenalkan pada 25 Julai lalu dan akan digunakan bermula Januari ini.

Siri terbaru mata wang Malaysia mengambil inspirasi daripada pelbagai ciri-ciri unik Malaysia, dengan menggunakan elemen khazanah semula jadi, budaya dan warisan negara.

Bank Negara, dalam kenyataannya berkata mata wang baru itu menampilkan ciri-ciri tradisional dari segi seni dan kraf, keindahan alam sekitar, flora dan fauna serta ekonomi.

Siri baru mata wang juga menggunakan ciri-ciri keselamatan dipertingkatkan sejajar dengan kemajuan terbaru dalam teknologi mata wang.

Ciri-ciri keselamatan bagi mata wang baru itu termasuk imej bayangan, tetingkap lebih jelas, potret bertanda keselamatan dengan piksel dan angka yang diserlahkan, benang keselamatan berwarna, benang lensa mikro serta tampalan berkilat bagi memudahkan orang ramai mengenal pasti nilai setiap satunya.

Satu lagi ciri-ciri dipertingkatkan ialah pengenalan secara sentuhan yang membolehkan individu kurang penglihatan dapat mengenal pasti dan membezakan nilai mata wang berbeza,” kata kenyataan itu.

Semua mata wang di bawah siri baru berkenaan masih mengekalkan potret Yang di-Pertuan Agong pertama, bunga raya, nilai muka bagi mata wang serta corak fabrik tenunan tradisional songket di bahagian hadapannya.

Di bahagian belakang pula, ia menampilkan elemen berlainan mengikut nilai termasuk alam sekitar, budaya, tradisi, flora dan fauna yang mencerminkan identiti Malaysia.

Mata wang baru itu juga masih mengekalkan logo Bank Negara, siri nombor, perkataan bertulis jawi dan corak tenunan songket di bahagian belakangnya.

Sumber: Berita Harian

best tul tgk duit baru nie sbb cantik jer colourful...saya mmg tak tahan tgk menda2 yg warna warni nie...lagilah tgk duit RM20 warna kuning tu..huhu tak sabar nak tgu bln Julai tahun depan nak pegang duit baru...and nmpknye bank negara kenalah kuarkan byk2 duit baru nie sbb raya nnti mesti mendapat sambutan hangat...

~~end~~

Tuesday, December 20, 2011

Agihan Pendapatan ASB 2011...


semalam dah announce kan agihan dividen dan bonus untuk ASB tahun 2011...



so apa lai pi amik buku kira siap2...huhu klu kira yg pendapatan taulah...tp klu nk kena kira yg bonus tu tak brp nak pndi sgt sbb rasa cam lain skit kot cara pengiraan bonus nie...takperlah kita tgu tahun depan jerlah pi update buku...hehe


klu nak ikut kan agihan pendapatan asb thn nie takderlah byk sgt tp byk sket dari tahun lepas...bonus plak kurang sket dari tahun lepas...klu korag tgk carta pendapatn asb yg saya copy nie dari tahun 2000 smpi 2010...thn yg paling byk adalah tahun 2000 9.75% tu mewah giler...tp semakin lama semakin menurun...selalunya klu tgk dividen meningkat, bonus mesti menurun dan sebaliknyelah...so kira2 tak lari kemana ponx jumlahnye....


saya tak berapa pandai sgt nak cerita nie kena tanya mydear....dia pdnilah bab2 finance nie...

~~end~~

Monday, December 19, 2011

Ariff Alffian Pelajar Tajaan Petronas di Dublin...


hari tukan kecoh2 seorg bapa masa anak dia tak dapat dikesan kat Dublin dan bapa dia terpaksa menaggung saman anakya yg berjumlah RM890,000 dari petronas...kesian family diakan...dah lah anak tak dapat dikesan lepas tu kena plak hadapi saman dari petronas sebanyak RM890,000...bapa dah lah pesara kan sian mereka.....

lepas tu rasanye korg mesti dah dengar ceritakan psl ariff alffian nie berkahwin dgn pasangan gay dia...subhanallah terkejut saya masa baca...klu nak tau cerita korg google jer byk dah org cerita...








kalau kita baca dalam utusan malaysia ada ayat akhir bapa dia seperti dibawah nie tulis...so maknanye kerisauan bapa dia ada sahihnye...


"Menurutnya, berdasarkan maklumat diterimanya, dia begitu bimbang Ariff terjebak dengan perkara negatif termasuk pergaulan bebas dan murtad."

pendapat saya mungkin inilah punca bapa dia suh dia blk bljr kat malaysia...bapa dia dah tau agaknye apa yg anak dia buat...sbb tulah ariff nie tak contact2 dah bapa dia kat msia...semoga ariff diberikan hidayah dan kembali kepangkal jalan...amin

~~end~~

Thursday, February 10, 2011

Kicap Kipas Udang Tiruan...

rasanye ramai pengemar kicap disini...klu tak mkn dgn nasi ponx kdg2 bila kita goreng mee or nasi goreng mesti nak letak kicap wpun sedikit...yerlah nak bg rasa sedap and kaler dia cantik sket...saya seriously mmg pengemar kicap...dulu2 mmg mkn nasi kena ada kicap...lagi lah bila mkn nasi dgn asam pedas or masak kari or masak lemak cili api...bru lah sedap dan berselera mkn [tetiba rasa lapar plak huhu]...

tp sejak peknen dulu mmg dh tak mkn dh kicap ngan nasi...ini semua gara2 mydear lah dia tak bg mkn sbb takut anak kuar itam...haha tak bley pki tol...tp sbnrnye dia tak bg sbb kicap kan mcm ada bahan perasa so tak elok lah kan mkn lai lah tgh peknen sbb takut effect ke baby....so lepas2 tu mmg dh kurang dh saya mkn kicap...tp bila masak akan letaklah....

citer psl kicap nie dh kuar dlm kosmo 14 Disember 2010 rupanye, tak perasan plak saya...pastu ada satu hari tu dok blogwalking terjumpa artikel psl nie...terus lah saya google2...huhu klu sapa2 yg dh tau bgslah klu sapa2 yg tak tau lai sila amik tau yer...



oke jom kita tgk perbezaan kicap kipas udang tiruan dengan yg asli...gbr nie semua saya google so klu ada dr blog mana2 tu saya mintak maaf yer tak kreditkan sbb byk sgt nak bg kredit...tp anggap jerlah wat pahala kan, kan tak yah gado2...huhu

.:: yg nie perbezaan dr segi penutup dgn cetakkan expired ::.


.:: beza dr segi penutup ::.

.:: beza dr segi bar code ::.

okelah itu jer yg saya dpt dr hasil mengoogle...moga mendpt panduan utk semua

~~end~~

Thursday, October 14, 2010

Bapa "tension gigit anak" dipenjara 40 bulan

apa punye bapalah mcm nie....saya baru lepas baca paper smbil mkn roti telur tetiba terbaca berita ini....adoyai apa punye bapaklah cm nie...geram jer nak gigit2 blk ker dia...ada ke patut ko marah kat isteri pi gigit budak tu wat per...ko pi lah gigit bini kau tu...kesian baby tu baru 3 bln tak tau apa2 ponx lai...ish2

PUTRAJAYA: "Saya geram, saya tension, saya gigit anak saya", kata seorang bapa ketika merayu di Mahkamah Majistret Kajang hari ini supaya dikenakan hukuman ringan selepas mengaku mendera anak perempuannya yang berumur tiga bulan.

M Zaire Zulkapli, 24, dari Jempol, Negeri Sembilan, memberitahu mahkamah dia bertengkar dengan isterinya selepas wanita itu enggan memenuhi permintaannya supaya mengisi air dalam botol.


Ditanya Majistret A Akhiruddin mengapa dia sendiri tidak mengisi air ke dalam botol, tertuduh yang juga seorang peniaga, hanya berdiam diri.


Ketika merayu hukuman ringan, Zaire memohon maaf atas perbuatannya itu.


Akhiruddin kemudian menjatuhkan hukuman penjara 40 bulan ke atas tertuduh, yang berkuat kuasa mulai tarikh dia ditangkap iaitu pada 6 Oktober lalu.


Zaire didakwa menganiaya dan mendera Noor Hafizah Ezaty sehingga menyebabkan kecederaan fizikal dan emosi di rumahnya di Taman Bukit Segar, Cheras, pada 7 malam, 29 September tahun lalu. Dia didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun atau denda RM20,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.


Mengikut fakta kes yang dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya Suhaili Sapun, Noor Hafizah dibawa ke hospital dan dimasukkan ke wad kritikal untuk pemeriksaan selepas bapa saudara bayi itu menyedari anak bongsu pasangan berkenaan menangis berterusan di pangkuan ibunya.


Pemeriksaan perubatan mendapati kanak-kanak itu mengalami pendarahan di bawah mata kanannya, kesan gigitan di bahagian kaki kiri dan kanan serta bengkak di pipi kanan.-Bernama

*berita dr metro online

~~end~~

Thursday, March 11, 2010

Lelaki Mengamuk di Tadika..

giler arh masa baca paper pagi tadi...kesian budak2 kecik nie jadi mangsa...klu setakat kena lempang oke lai lah ini kena ketuk ngan tukul besi mmg tak hingatlah dia punye kejam...tp nak ckp apa kan dh org kurang siuman...tp dr gaya mcm takderlah kurang siuman sgt..siap pki helmet and spek itam lai...pas tu tabur lada putih kat muka cikgu..agak2 korg siuman ke tak...cuba korg baca and nilai sendirilah...



Lelaki Amuk Hentak Kepala 3 Kanak-Kanak Dengan Tukul Dalam Tadika
Oleh HAMDAN RAJA ABDULLAH

Nur Nadrah Nabilah Mohd Yusri dengan berbalut kepalanya semasa dipindahkan ke wad di Hospital Pakar Sultanah Fatimah di Muar hari ini.

MUAR: Tiga kanak-kanak cedera parah apabila seorang lelaki yang bersenjatakan tukul menyerbu masuk ke sebuah tadika di mana mereka sedang belajar pagi ini dan mengamuk lalu menghentak mereka di kepala.

Kanak-kanak berkenaan termasuk seorang perempuan - kesemuanya berusia enam tahun - sedang mengikuti kelas mereka di Tadika Sinario di Lorong Haji Ali berhampiran Jalan Junid di sini apabila seorang lelaki mengamuk menyerbu masuk ke dalam kelas lalu mencederakan mereka.

Ketiga-tiga mereka telah dikejarkan ke Hospital Pakar Sultanah Aminah pada jam 10.20 pagi untuk mendapat rawatan kecemasan. Bagaimanapun menjelang jam 6.30 petang, mereka telah dipindahkan ke Hospital Sultanah Aminah di Johor Baru.

Seorang lagi mangsa, Vincent Tey yang cedera parah di kepala.

Mereka dihantar ke Johor Baru dengan tiga ambulans berasingan.

Menurut pengusaha tadika itu, Voon Siew Kuin, 45, penyerang itu yang memakai topi keledar, telah melompat pagar sekolah berkenaan dan menendang pintu gril tadika sebelum bertindak menyerang kanak-kanak malang berkenaan.

Kata Siew Kuin, sebelum lelaki itu bertindak ganas, dia sempat menghalang lelaki itu dan bertanya apa yang dia hendak tetapi lelaki itu dengan pantas menyembur serbuk lada ke mukanya sebelum melakukan serangan ke atas kanak-kanak berkenaan.

Dia kemudiannya menghentak dua orang kanak-kanak lelaki dan perempuan di kepala mereka sebelum berlari keluar ke arah sebuah motosikal lalu memecut meninggalkan tadika berkenaan.



Alex Tan dengan berbalut kepalanya semasa dipindahkan ke wad.


Siew Kuin berkata, ketiga-tiga kanak-kanak berkenaan mengalami pendarahan yang banyak dan berharap keadaan mereka stabil selepas dibawa ke hospital.

Pengusaha tadika itu juga berkata, ketika kejadian, terdapat lebih kurang 20 orang kanak-kanak di dalam tadika berkenaan. Sementara itu, kanak-kanak berkenaan, Vincent Tey, Alex Tan dan Nur Naddrah Nabilah Mohd Yusri telah menjalani rawatan kecemasan termasuklah imbasan di kepala untuk memastikan tidak ada sebarang kecederaan dalaman yang serius.

Bapa mangsa, Mohd Yusri Mukhlis ketika ditemui berkata, anaknya mengalami keretakan di tengkorak kepala dan gegaran tetapi bersyukur keadaannya stabil.

Pada mulanya kata Yusri, ada orang telah memaklumkan yang anaknya telah terbunuh dalam kejadian itu dan dia yang dalam keadaan panik telah menelefon isterinya, Farah Asyikin Abu Samah.

"Saya bukan sahaja terkejut tetapi sangat takut dan sedih apabila mendapat berita itu dan isterinya pula hampir pitam. Bagaimanapun sebaik sahaja tiba di hospital dan bertemu doktor saya dan isteri berasa lega dan bersyukur anak kami selamat," katanya lagi.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Wanita, Keluarga, Kesihatan dan Pembangunan Masyarakat Johor, Dr Robia Kosai ketika ditemui berkata, seorang pakar bedah dari Muar telah mengiringi ketiga-tiga mangsa ke Johor Baru.

"Saya dan Ketua Polis Johor, DCP Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff telah melawat mangsa dan kami berpendapat mereka akan menerima rawatan dan perhatian yang lebih baik sekiranya dihantar ke Johor Baru.

Dalam pada itu, polis telah melancarkan gerakan besar-besaran untuk memburu dan menjejaki suspek yang dipercayai seorang lelaki yang tidak siuman.

Ini termasuklah mengadakan sekatan jalan di kebanyakan kawasan di daerah ini.

*sumber dr mStar online.

 
Design with love by Jiji for Zamimie