Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Daisypath Happy Birthday tickers Daisypath Happy Birthday tickers
Showing posts with label mieoney kitchen. Show all posts
Showing posts with label mieoney kitchen. Show all posts

Friday, July 10, 2015

Bubur Lambuk Simple...


seperti yang dijanjikan hari nie saya nak share ngan korang resepi bubur lambuk simple dan mudah...senang sangat nie campak2 jer dah jadi hehe....kot2 lah dah habis bulan ramadhan nnti tetiba teringin nak mkn, nak cari yg free org kasi mmg tak jumpa lah huhu...dani suka sangat bubur lambuk nie dah 2 hari makan...nasib saya buat lebih sket...so boleh makan 2-3 kali sampai jemu hehe...

klu google banyak jer resepi kat internet tu...so saya pilih resepi yang paling mudah utk org yg tak banyak masa tapi teringin nak makan bubur lambuk...nie kira2 bahan semua dah ada kat umah lah...klu takder start keta gi kedai plg dekat beli 2-3 jenis barang mungkin...so macam biasa resepi saya takder sukatan, main campak2 jer...agak2 korang nak byk daging letak lebih, biar berketul2 daging...nak rasa udang kering kuat letak lebih lagi...nak rasa berlemak sangat letak santan lebih...gitu jerlah cara saya...

Bubur Lambuk Simple dan Mudah

Bahan-bahan
beras
daging (potong kecil-kecil)
udang kering (tumbuk halus)
bawang merah (hiris)
bawang putih (hiris)
halia (mayang halus)
rempah 3 sekawan
halba
lada hitam
santan
garam
daun sup dan daun bawang 
bawang goreng

Cara-cara
  1. rendam beras dalam 2-3 jam supaya cepat sket kembang nanti, takderlah lama sangat masaknya.
  2. tumis bawang merah, bawang putih, halia, rempah 3 sekawan dan halba sampai bawang layu. kemudian masukkan daging dan udang kering. kacau sebati...
  3. bila udang kering dah naik bau dan daging dah bertukar warna masukkan air, beras dan lada hitam (agak-agak klu nak rasa kuat letak byk)... terus tukar dan masakkan dalam rice cooker (terpulang klu nak teruskan atas dapur ponx boleh)
  4. tambah lagi air. sukatan saya 1 pot beras sama dgn 4 pot air...bila bubur dah kembang and dah dapat seperti tekstur yg anda suka masukkan santan last sekali. sukatan saya 1/2 pot santan pekat campur 1/2 pot air. perasakan dengan garam dan biar mendidih.
  5. bila dah mendidih sekejap tu terus tutup api, kacau sikit dan biarkan jer dia mereneh. nanti dia akan kering sendiri air tu...sbb haba dari periuk tu masih ada lagi... tapi klu nak cair2 sket tambah lebih sket air...
  6. bila nak hidang nnti taburkan dengan daun sup and daun bawang serta bawang goreng...mmg terangkat bau dia...hehe
Selamat mencuba di hujung minggu... :)

Wednesday, March 11, 2015

Homemade Kimchi (Ver. 1)



wehuuu tercapai juga hajat nak buat kimchi...gara-gara sbb beli kubis cina...masa awal2 beli tu plannya nak masak sup sayur campur jer...tapi masa belek2 sayur dalam peti ais tu plak terfikir best juga klu dapat wat kimchi nie....trylah buatkan klu sedap boleh buat byk2 terus...klu beli agak mahal mgkn sbb import dari korea kan...klu buat kos takderlah mahal sgt, cumanya amik masa sket....

Resepi Kimchi

Bahan-bahan:
Kubis cina (napa cabbage)
daun bawang
daun kuchai
carrot
tepung beras
bawang putih
bawang besar
halia
sos ikan
gula
serbuk cili
garam 

senang jer kan bahan-bahan dia...and secara kebetulan semua yg tersenarai tu mmg dah ada kat umah saya...so proceed jerlah kan..

cara-cara:

  • basuh bersih kubis dan perap dengan garam. kubis tu nak potong boleh tak potong boleh. perap selama 3 jam dan tindih dengan menda berat supaya air dia keluar.
  • smntra itu masakkan tepung beras bersama air sampai likat, bila dah likat campur gula, gaul sebati dan ketepikan.
  • kisar bawang putih, bawang merah, halia dan sos ikan sehingga lumat.
  • potong kasar daun kuchai, daun bawang dan carrot.
  • bila bubur tepung beras dah sejuk gaulkan dengan kisaran bawang tadi bersama-sama serbuk cili. masa part merasa adalah penting, make sure cukup masin, manis dan pedasnya...klu nak pedas letak cili serbuk banyak2. bila dah oke gaul dengan daun bawang, daun kuchai dan carrot tadi.

  • lepas 3 jam bilas kubis yg diperap tadi..make sure bilas dan perah beberapa kali. amik sket and rasa, klu masin sangat boleh cuci lagi, smpi dapat pada kadar kemasinan yg kita nak. perah kering dan toaskan.

  • gaulkan bubur tadi rata-rata pada kubis yg diperam tadi. masukkan dalam bekas kedap udara dan mampatkan agar takder ruang2 dan rongga di bahagian bawah. klu nak cepat masam biarkan seharian kat luar, lepas tu baru masukkan dalam peti ais...dah lepas beberapa hari kimchi anda semakin sedap. lagi lama simpan lagi sedap.
resepi nie saya dapat dari maangchi klu korg nak tau sukatan dia and cara nak buat boleh tengok kat sini..mmg satu2 cara-cara dia buat...sukatan saya saya agak2 jer sbb sket jer kubisnya kan...hehe biasalah org melayu sukatan dia main agak-agak jer... ^__^


resepi kimchi nie ada bermacam2...ini version 1 yg dah saya cuba....lepas nie klu dah habis saya nak try resepi yg lain plak...dan akan buat keputusan mana satu yg lebih sedap...sbb tu buat sket jer dulu...kimchi nie lagi lama simpan lagi masam...klu sapa2 yg tak pernah rasa kimchi dia lebih kurang macam sawi jeruk asin, tapi dia ada rasa pedas and ada rasa fishiness dari sos ikan tu...plus minus lebih kurang jerlah rasanya...


ini lah hasil selepas seminggu...dah semakin sedap rasa dia dan dah nmpk berair...klu bezakan dari gbr atas nmpk bezanya kan...cuma kurang pedas saya rasa...lagi satu kena guna korean chili powder betul2 baru kick...sbb saya guna serbuk cili biasa jer, so ada rasa mcm kurang sket, sbb rasa mcm cili tak masak...mgkn ada campuran lain dalam cili serbuk yg saya beli tu kot...huhu takper next resepi saya akan guna korean chili powder sebenar.

Tuesday, October 14, 2014

Peach Cobbler...



mieoney kitchen kembali lagi....huhu hari nie busy sket so kita share menda2 simple dan ringkas jer ek...resepi nie saya jumpa masa dok terfikir apa mendalah nak buat ngan setin buah peach lebihan dari buat puding koktail...klu ikutkan nak ratah gitew jer...tapi mknan dalam tin kan., manis plak tu haha...teringat dulu browse internet penah terjumpa resepi nie...tapi dah lama kot dalam 2-3 tahun lepas...tapi tak tergerak hati nak buat lai...yg jadi save tu sbb resepi simple dan mudah....biasalah konsep mieoney kitchen resepi simple dan mudah... :)

meh sini tengok resepi peach cobbler yang ringkas dan mudah...semua bahan ada kat umah nie..bila-bila masa boleh buat...

Peach Cobbler

Bahan-bahan:
1 large can peaches with syrup
1 stick butter 
1 cup self-raising flour
1 cup sugar 
1 cup milk 

Cara-cara

  1. panaskan oven pada suhu 180 darjah celcius.
  2. cairkan butter dan tuang dalam bekas tahan panas atau loyang bersaiz 9 x 12.
  3. dalam mangkuk lain campurkan tepung, gula dan susu. gaul sebati sehingga tidak berketul. tuang kedalam bekas yang telah diletakkan butter cair tadi.
  4. susunkan buah peach di atas bancuhan tadi dan bakar di dalam oven yg telah dipanaskan selama 1 jam atau sehingga bahagian atas nmpk crunchy atau berkerak...berkerak atau garing yer bukan hangus...huhu

peach cobbler nie sedap makan panas2...padankan pula dengan aiskrim vanila...mmg mabeles kebabom lah...mydear bertambah 3 kali kot huhu termasuk lah saya sendiri...dapat yg kerak2 garing tu lagi sedap oooo...klu nak lagi variety korang boleh campurkan dengan bluberry juga masa bakar tu....mmg sedaplah...


selamat mencuba

 
Design with love by Jiji for Zamimie