Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Daisypath Happy Birthday tickers Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, November 1, 2017

Langkawi 2017 ~Langkawi Cable Car...

Apa yang ditunggu-tunggu kanak-kanak dah tiba...nak gi naik cable car...asik berzikir tanya bila nak naik...bila tengok  cuaca agak baik kitaorg teruskan perjalanan dari Crocodile Farm terus ke cable car...

setelah beberapa siri renovasi, harga nak naik cable car nie pun dah naik yer...klu dulu tiket adalah untuk cable car saja...skrg dia jual tiket berpakej...bleh tengok kat bawah or pegi website dia.. panoramalangkawi...



kalau tengok kat atas nie normal price utk SkyCab basic pakej untuk Adult RM40, Child RM30 - untuk Malaysian...tgk pakej dia inclusive SkyDome, SkyRex & 3D Art...so korang akan habiskan masa sepanjang hari kat sini...kalau kena time peak, mesti amik masa lama kat satu-satu tempat...kitaorang time tak peak, cuma cuaca tak menentu...sekejap hujan, sekejap cerah...so kitaorg  sempat cover SkyCab dan SkyRex jer....sebab hujan masa kat atas tu masing-masing dah basah huhu...

.:: masing-masing dah tak sabar nak naik cable car ::.

.:: dani nmpk excited..pengalaman pertama dia..eman dah kali ke3 naik nie hehe ::.

.:: iqi sket pun tak cuak, siap bleh berdiri tukar seat lagi...lutut mama yang goyang huhu ::.

.:: pengalaman ke-3 mydear dan saya kali ke-4 ::.

.:: view di kejauhan...nmpk tu langit gelap..dok doa supaya tak hujan jer ::.

 
.:: berkabus tiba-tiba...lepas jer kitaorang amik gbr nie hujan pun turun huhu ::.


.:: toilet di atas gunung...kena bayar nie 50 sen..naik atas tiket takderlah murah mana, toilet pun nak kena bayar juga sighhh ::.

.:: dah tak nampak apa-apa kat belakang tu ::.

.:: sementara tunggu hujan reda...kitaorang lepak minum air panas kat atas nie..bajet-bajet macma kat oversea huhu ::.

hujan lebat, mana pun tak bleh pegi tapi nasib baik tak lama, hujan dalam 10-15 minit jer lebih kurang...bila hujan dah reda, terus kitaorang beli tiket untuk naik SkyGlide untuk turun ke SkyBridge...klu dah sampai atas nie kena pergi SkyBridge...rugi oo kalau tak pegi...so macam biasalah mana-mana pun kena bayar..huhu SkyGlide Adult RM10, Child RM7...oke bukan itu jer nak kena bayar, SkyBridge kena bayar juga yer...Adult RM5, Child RM3...huhu



.:: Rail SkyGlide ::.


.:: pic google jer sbb dah beratur depan pintu tak sempat amik ::.

macam toilet mydear ckp huhu...kecik jer..bleh muat dalam 10-15 org kalau tak silap...jenuh juga nak menunggu dia sampai sebab slow jer menda nie..kalau taknak naik SkyGlide option lain adalah dengan ikut track kat bawah..track lama sebelum SkyGlide nie ada...tapi kalau gigih lah nak memanjat dan menurun bukit berbatu hehe....kalau cuaca baik mungkin oke...kalau tak mmg SkyGlide jerlah optionnya hehe...


.:: hijau tu tag untuk SkyGlide dan SkyBridge ::.


.:: dah sampai atas nie cerah jer view pun nmpk ::.


.:: nasib lah berair-air cermin tu so tak jelas sangat nmpk kat bawah tu ::.


.:: tak sampai 10 minit...dah berkabus tebal dan angin kuat gila...bleh tengok video saya share kat ig kat bawah nie.. ::.



bukan setakat berangin kuat jer...sekali dengan rembesan-rembesan air you...maknanya hari nak hujan...sempat sampai hujung kejap...lps tu tengok ramai dah pusing balik...ingat nak tunggu tapi makin lama makin gelap berkabus, plus hujan...lari balik tgu SkyGlide...ramai juga orang menunggu...dalam 2 kali trip baru kitaorang dapat naik...tapi dah lencun dah sket, sbb hujan dengan angin sekali, duduk bawah bumbung pun tak memberi apa-apa makna..tetap basah..so kalau sapa-sapa naik ke atas nie musim hujan better sediakan disposable raincoat tu...


bila turun tu masing-masing dah basah...dah nak balik dah tapi kiatorang sempat cover satu tempat lagi SkyRex...ini kira show 4D tengok dinasour...habis jer tu terus  balik hotel...


0 comments:

 
Design with love by Jiji for Zamimie