Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Daisypath Happy Birthday tickers Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, November 29, 2017

Seoul, Korea 2017 ~ Hard Rock, Lotte World Mall...

sambungan dari yang lepas ~ Dreams Come True.

Lepas jer habis event penyampaian sijil dan borak2 derang nak terus ke Lotte World Mall dekat Jamsil sebab nak pergi Hard Rock...keluar dari ofis around 6 dah gelap kat luar dah macam pukul 8 malam...  perjalanan dari Bundang tak jauh sangat dalam 30 - 40 minit kalau tak silap...tapi tulah Seoul nie setiap masa pun jem, walaupun public transport dia sangat efficient tetap juga jalan raya sesak...


Lotte World Mall nie besar sangat dan bersambung-sambung bangunannya...mmg tak sempat nak ronda2 sangat...so terus jer mereka menuju ke Hard Rock Shop utk beli cam biasalahkan t-shirt and merchandise Hard Rock lah apa lagi...tapi hampa tak banyak pilihan yang ada wording Seoul...kalau ada pun baby tee..yang lelaki2 nie mmg tak belilah kan...banyak yang wording Hard Rock Busan...tapi tetap tak menarik hati kami...derang2 adalah juga beli sket2...

sementara derang memilih kami berdua ronda-ronda saja kat kawasan luar tengok apa yang menarik...mcm biasalah kan shopping mall banyaklah butik baju dan kosmetik...

.:: typical tourist pantang nmpk papan tanda kan huhu ::.

.:: mydear boyfie ::.

lepas tu bos derang belanja dinner kat Hard Rock Cafe sambil layan band...besar cafe dia...menu of course lah banyak yang tak bleh makan kan...tapi yang best derang ada menu vegetarian dan ada juga menu-menu lain yang kita boleh makan juga...dan waitress dia sangat membantu yer...sbb dalam group kita orang nie ada dua Korean...yang satu tu mmg tak nampak macam Korean sangat...so bila masa nak order air tu cam biasalah kita order air yang kita boleh minum, coke, ice lemon tea, mamat Korea tu order mocktail yang dalam dia ada campur juice buah ngan alkohol, sekali sungguh2 waitress tu bagitau dalam tu ada alkohol gitu gini...terus dia jawab it's oke i'm Korean...terus gelak minah tu hehe...




so basically semua order macam kat bawah...ada juga salmon dan shrimp pasta kalau tak silapnya...dia punya menu ada description yang jelas...so bleh pilihlah menu apa yang kita boleh makan...

 .:: menu vege..tak ingat apa nama dia..hehe taco shell yang dalam dia ada sayur2, black bean dgn avocado ::.

.:: fried shrimp platter ::.


kita orang lepas jer makan terus ronda lagi kat luar sebab plannya nak cari toys untuk kanak-kanak dah janji dengan derang...tapi banyak kedai baju jer uolls kat sini...susah betul nak cari kedai toys...so kat bawah tu ada Lotte Mart ada jual sikit toys dalam tu..beli 2 - 3 benda  jer sbb yang lain-lain harga sama jer macam Malaysia...

.:: pic Google ::.

tapi yang berbaloi kita orang belikan iqi sudu mickey nie dengan cawan mickey [lupa nak snap picture]...sudu tu 3,000 won dan cawan Mickey baru 1,500 won jer....sbb apa saya cakap berbaloi, sbbnya masa kitaorag pergi toys street kat Dongdaemun dia jual sudu tu 7000 won...mahei huhu nasib dah beli masa kat sini...

lepas tu turun bawah plak dok ralit kat bahagian barang dapur...kitaorang kalau pegi mana-mana mmg suka spend masa kat pasar raya macam nie...mmg ralit huhu... bahagian fresh milk dia banyak giler pilihan susu..bermacam-macam jenama ada... yogurt and cheese pun sama...satu aisle tu jual yogurt jer, satu aisle lagi jual cheese jer...saya ada amik video tapi malas nak share hehe...

so kita orang beli stock sket biskut, susu pisang dan buah-buah sket untuk bekalan sbb esok pagi-pagi dah nak keluar pergi Nami Island, tak sempat nak breakfast kat hotel...susu pisang dia jual yang dalam pack ada 4 or 6...murah juga sbbnya jatuh satu dalam 900 won jer...kalau beli kat kedai-kedai biasa harga satu 1,400 won...


keluar dari Lotte Mart tu nampak machine permainan yang masuk coins tu berbentuk Larva...berkualiti sangat uolls...gigih amik gambar sebab nak tunjuk kat kanak-kanak...ini kartun feveret derang nie, Larva...puluh-puluh kali tengok sampai dah hafal pun derang still gelak lagi...tapi stress tengok dengan derang citer Larva nie, takder element of surprise sbb derang dah cerita dulu huhu...


so sementara tunggu derang settle shopping, kitaorang lari keluar kejap nak amik gambar...sbb masa datang tu dok tengok berlampu-lampu, cantik sangat...mungkin deco sempena nak Christmas... tapi ya Allah sejuk sangat masa nie,  mulut dah berasap2, kaki pun dah terketar-ketar pun gigih nak amik gbr hehe... kalau ikutkan nak round sampai depan lagi, sbb depan ada pokok Christmas besar, tapi masa suntuk...dapatlah amik sket yang belah tepi nie hehe... 

so lepas tul terus balik hotel dan berehat, sebanya esoknya tu kul 7 pagi dah nak gerak ke Nami Island...member Korea tu cakap hujung minggu dan musim autumn nie warga Korea mmg suka pegi sana...takut kalau lambat sesak dan ramai orang...

oke sambung lagi nanti yer...byk gbr nak share lepas nie hehe...


0 comments:

 
Design with love by Jiji for Zamimie