Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Daisypath Happy Birthday tickers Daisypath Happy Birthday tickers

Monday, October 22, 2018

Perth, Australia 2018 ~ The Pinnacles Desert, Nambung National Park...

Settle jer breakfast dan melawat koala kita orang meneruskan perjalanan ke tempat tuju utama iaitu Pinnacles Desert dan Lancelin Sand Dunes...kalau ikutkan nak lepak lama lagi, tapi memikirkan perjalanan masih lagi jauh, so terus jer kita orang bertolak menuju Nambung National Park..jauh tu tak lah sangat dalam 139 km jer lagi...tapi sebabkan gelap tu awal dan kita orang nak pergi 2 lagi tempat so better lah gerak segera...



Nak ke Nambung National Park nie perjalanan mmg sayup mata memandang, jalan rata, kiri kanan kawasan lapang... nak jumpa kampung atau bandar kecil mmg tak ada...kalau ada pun kita kena keluar dari jalan utama tu...sbb tulah sebelum bertolak tu kena isi minyak full tank siap2 yer...jgn menyesal plak nnti...

klu sebelum nie ke arah selatan rasa macam seronok sikit, tapi ke arah utara perjalanan boring sikit sbb view sama jer...so boleh jadi mengantuk oiii...huhu sian mydear tersenggut2 drive..

.:: pondok bayaran masuk yang mana pekerjanya sangat ramah ::.

sebelum nak masuk ke Nambung National Park nie akan jumpa pondok nie...tempat utk buat bayaran masuk...sbbkan kita orang dah bayar masa masuk Yancheap National Park, so kat sini just tunjuk jer resit tu...klu tak kena bayar lagi AUD12 lah kan huhu... 

The Pinnacles Desert ni dalam kawasan Nambung National Park...national park plak macam biasalah besar...tapi sbb hutan renek, senang kata semak samun jer kat national park kita boleh nampak dengan mata luasnya...kalau national park kita hutan rimba...kawasan nie pun dekat dengan laut dari visitor center tu boleh nampak laut...

.:: tgk belakang tu sayup2 boleh nmpk laut ::.



.:: Pinnacles Desert Discovery Center ::.
pic from Google

kat sini main attraction dia The Pinnacles Desert jer...ada juga visitor center dan juga toilet, of course huhu....so area Pinnacles pun luas giler, boleh naik kereta dan pusing cari spot cantik2 untuk bergambar huhu...tapi area utara nie agak panas sikit lepas tu dekat tengah2 desert mana ada pokok so jadi panas terik sikit sebab tanpa awan, mmg boleh rasa terik dia...tapi bila angin bertiup rasa lega, sbb angin sejuk huhu...


.:: angin kuat, silau plak tu...dahi saya gitulah berkerut saja ::.

.:: dan lagi kawsan berbatu ::.





.:: tido tak bangun2... dah lah takder gbr dia kat sini...kejut nnti bad mood lain plak jadinya huhu ::.


so basically pemandangan macam padang pasir tapi dipenuhi dengan batu2 tercacak macam yang dilihat...kalau baca dekat wikipedia banyak maklumat yang kita dapat tentang batu2 nie...macam mana boleh terjadi...kalau pergi Pinnacles Desert Discovery Center pun banyak maklumat...tapi korang tengok jerlah gambar tu hehe...




habis bergambar semua kita stop balik dekat kawasan visitor center tadi untuk makan dan guna toilet sebelum bergerak ke next destination...kat sini tak jmpa plak proper tempat yang boleh duduk dan picnic...so kita orang duduk jerlah kat tepi2 nie...redup sikit...

.:: kawasan parking untuk motorhommes... Malaysian kan huhu ::.

.:: dah sudah makan kemas lah, sisa2 makan pun kutip...plastik sampah mmg sentiasa kami bawak ::.

.:: kat tepi nie juga kami solat sbb kwsan nie agak terlindung sikit ::.


.:: ikhlas dari kami hehe ::.

So kat sini mmg ini jerlah...mmg takder benda nak diceritakan pun...huhu so korang layan gbr jerlah yer...oke lepas nie sambung lagi entry ke Lancelin Sand Dunes pulak...kalau ada yang terlepas entry boleh click link kat bawah nie...

********************************************************************************************************************************
Click link untuk baca part lain

*******************************************************************************************************************************
Perth, Australia 2018 ~ Busselton Jetty & South Perth Airbnb.
Perth, Australia 2018 ~ Kailis' Fish Market Cafe.
Perth, Australia 2018 ~ Yancheap National Park.





0 comments:

 
Design with love by Jiji for Zamimie