Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Daisypath Happy Birthday tickers Daisypath Happy Birthday tickers

Monday, November 12, 2018

Perth, Australia 2018 ~ Lancelin Sand Dunes...

Bila dah settle semua urusan dekat Pinnacles Desert kita orang teruskan perjalanan ke Lancelin Sand Dunes plak...kalau ikutkan sepanjang perjalanan menuju ke Pinncles Desert kita akan terjumpa beberapa spot sand dunes...so sebabkan ramai orang yang ke Lancelin, maka kita orang pun menuju ke sana...mgkn nie tempat yang komersial dan proper sikitlah kan walau pun takder toilet huhu...



sebabkan dah agak lewat kami sampai...rasanya dalam kul 3 lebih waktu nie, so kami dah tak banyak masa...sbb dalam kul 5 biasanya dah gelap kan...kami tak sewa pun sand board tu.... kalau sapa2 nak ke sana dan banyak masa, boleh sewa sand board dekat kedai serbaneka dkt area sand dunes....kita orang tak sewa, rasa macam membazir kerana masa yg ada singkat jer...



kalau ke sini dengan kenderaan sendiri better hati2 time parking...takut terbenam dalam pasir AUD300 juga nak suh derang towing...huhu masa amik kereta tu pihak Aries Car Rental pun dah pesan...parking kat kawasan keras dan berbatu atau kat tempat yang dikhaskan untuk park kereta...huhu kita orang park dekat area container tempat untuk sewa ATV, insyallah kat situ selamat...ada jer yg masuk ke dalam lagi...tapi kita orang tak berani nak tanggung risiko...


.:: nun di belakang sana kereta...jauh oooo ::.


.:: layan si kenit nak berdukung sbb dia geli2 dgn pasir dan dia stress kaki terbenam dalam pasir huhu ::.


dari parking nak ke kawasan sand dunes tu adalah juga dalam 500 meter lebih, ke 1 km tah lah tapi jauhlah huhu...dengan jalan berpasir, dengan si kenit nak berdukung, dengan angin berpasir, saya rasa macam jauh benor nak sampainya sighh... hazab juga...matahari plak menyilaukan pandangan so banyak kesukaran disitu...







.:: dahi kerut mmg trademark saya, tak bleh silau...nnti mata tak bleh nak buka huhu ::.


waktu nie mmg tak banyak amik gambar sangat sbbkan kanak2 taknak beri kerjasama...sibuk berguling2 main pasir...naik turun, naik turun...korang nie tak tau penat ke haaaa....huhu so balik2 gambar kita orang jerlahkan...tapi sbbkan silau plus terang sangat saya sampai tak nampak screen phone tu...walau dah adjust brightness dia...so snap2 jerlah, rupanya byk gbr tak jadi hahaha...





.:: kat situ jerlah ko main dik huhu ::.

.:: bergumpal habis dengan pasir korang nie ::.

dah puas bermain pasir tiba saat crucial, dani nak terkencing....mana ada toilet oii kat sini...suh kencing kat pasir dia takmo...so masing2 terpaksalah dengan berat hati melangkah..sambil2 tu stop kejap main pasir...jalan 50 meter berhenti lagi, sama naik jer dengan orang yang nak terkencing tadi huhu...perjalanan balik tu lagi lama dari nak ke sand dunes tu nmpknya huhu...

.:: setiap beberapa meter stop bila nak sampai daaa ::.

.:: tak puas2 lagi main...padahal dia nie yg nak terkencing tadi ::.

tapi ada lagi hazabnya...sebelum naik kereta better cek apa yang patut...nescaya pasir akan banyak terkumpul di dalam kasut...huhu ya Allah punya halus pasir dia, sampai boleh masuk dalam stokin walau berkasut...yg si eman plak kepala jenis berpeluh habis melekat pasir atas kulit kepala...haru jer nak bersihkan...yg si iqi lagi best...pakai pampers kan lembap...habis melekat pasir kat belah dalam tu...jenuh kena lap kat celah2 buntut semua huhu...nasib lah ada bawa towel kecik tu bleh dok kibas2 baju kepala semua..  

.:: mama tgh nak bersihkan kepala abg awak boleh gi baling lagi pasir atas kepala abg yer grrrr ::.

lepas dari tu kita orang pusing kejap dalam pekan dia..kecik jer kawasan dia...jumpa satu station minyak siap ada tempat vaccum AUD1 utk 5 minit or 10 minit lupa plak saya tapi panjang yer kereta beratur tunggu giliran hehe..lepas tu pusing lagi nak cari mini market, ada satu jer yg proper sikit yg lain lebih kepada kedai serbaneka...stop situ kejap untuk beli jajan dan coffee DARE sebelum balik...mydear lah nak kena drive plus dah gelap...so nak make him awake kena lah layan kopi huhu...


********************************************************************************************************************************
Click link untuk baca part lain

*******************************************************************************************************************************
Perth, Australia 2018 ~ Busselton Jetty & South Perth Airbnb.
Perth, Australia 2018 ~ Kailis' Fish Market Cafe.
Perth, Australia 2018 ~ Yancheap National Park.

Monday, October 22, 2018

Perth, Australia 2018 ~ The Pinnacles Desert, Nambung National Park...

Settle jer breakfast dan melawat koala kita orang meneruskan perjalanan ke tempat tuju utama iaitu Pinnacles Desert dan Lancelin Sand Dunes...kalau ikutkan nak lepak lama lagi, tapi memikirkan perjalanan masih lagi jauh, so terus jer kita orang bertolak menuju Nambung National Park..jauh tu tak lah sangat dalam 139 km jer lagi...tapi sebabkan gelap tu awal dan kita orang nak pergi 2 lagi tempat so better lah gerak segera...



Nak ke Nambung National Park nie perjalanan mmg sayup mata memandang, jalan rata, kiri kanan kawasan lapang... nak jumpa kampung atau bandar kecil mmg tak ada...kalau ada pun kita kena keluar dari jalan utama tu...sbb tulah sebelum bertolak tu kena isi minyak full tank siap2 yer...jgn menyesal plak nnti...

klu sebelum nie ke arah selatan rasa macam seronok sikit, tapi ke arah utara perjalanan boring sikit sbb view sama jer...so boleh jadi mengantuk oiii...huhu sian mydear tersenggut2 drive..

.:: pondok bayaran masuk yang mana pekerjanya sangat ramah ::.

sebelum nak masuk ke Nambung National Park nie akan jumpa pondok nie...tempat utk buat bayaran masuk...sbbkan kita orang dah bayar masa masuk Yancheap National Park, so kat sini just tunjuk jer resit tu...klu tak kena bayar lagi AUD12 lah kan huhu... 

The Pinnacles Desert ni dalam kawasan Nambung National Park...national park plak macam biasalah besar...tapi sbb hutan renek, senang kata semak samun jer kat national park kita boleh nampak dengan mata luasnya...kalau national park kita hutan rimba...kawasan nie pun dekat dengan laut dari visitor center tu boleh nampak laut...

.:: tgk belakang tu sayup2 boleh nmpk laut ::.



.:: Pinnacles Desert Discovery Center ::.
pic from Google

kat sini main attraction dia The Pinnacles Desert jer...ada juga visitor center dan juga toilet, of course huhu....so area Pinnacles pun luas giler, boleh naik kereta dan pusing cari spot cantik2 untuk bergambar huhu...tapi area utara nie agak panas sikit lepas tu dekat tengah2 desert mana ada pokok so jadi panas terik sikit sebab tanpa awan, mmg boleh rasa terik dia...tapi bila angin bertiup rasa lega, sbb angin sejuk huhu...


.:: angin kuat, silau plak tu...dahi saya gitulah berkerut saja ::.

.:: dan lagi kawsan berbatu ::.





.:: tido tak bangun2... dah lah takder gbr dia kat sini...kejut nnti bad mood lain plak jadinya huhu ::.


so basically pemandangan macam padang pasir tapi dipenuhi dengan batu2 tercacak macam yang dilihat...kalau baca dekat wikipedia banyak maklumat yang kita dapat tentang batu2 nie...macam mana boleh terjadi...kalau pergi Pinnacles Desert Discovery Center pun banyak maklumat...tapi korang tengok jerlah gambar tu hehe...




habis bergambar semua kita stop balik dekat kawasan visitor center tadi untuk makan dan guna toilet sebelum bergerak ke next destination...kat sini tak jmpa plak proper tempat yang boleh duduk dan picnic...so kita orang duduk jerlah kat tepi2 nie...redup sikit...

.:: kawasan parking untuk motorhommes... Malaysian kan huhu ::.

.:: dah sudah makan kemas lah, sisa2 makan pun kutip...plastik sampah mmg sentiasa kami bawak ::.

.:: kat tepi nie juga kami solat sbb kwsan nie agak terlindung sikit ::.


.:: ikhlas dari kami hehe ::.

So kat sini mmg ini jerlah...mmg takder benda nak diceritakan pun...huhu so korang layan gbr jerlah yer...oke lepas nie sambung lagi entry ke Lancelin Sand Dunes pulak...kalau ada yang terlepas entry boleh click link kat bawah nie...

********************************************************************************************************************************
Click link untuk baca part lain

*******************************************************************************************************************************
Perth, Australia 2018 ~ Busselton Jetty & South Perth Airbnb.
Perth, Australia 2018 ~ Kailis' Fish Market Cafe.
Perth, Australia 2018 ~ Yancheap National Park.





Friday, October 12, 2018

Perth, Australia 2018 ~ Yanchep National Park...

Hari nie dimulakan awal pagi sbbnya kita orang nak gerak jauh hari  nie sejauh 200km... Jadinya tido dan rehat dah cukup sebabnya smlm awal dah balik rumahkan...so saya pun kul 6 dah bangun utk prepare breakfast dan lunch sbb dari apa yang saya baca susah nak cari makanan kat area Lancelin nnti...plus mydear tak nak makan kat Lobster Shack tu...

.:: menu untuk breakfast dan lunch ::.

ikut itinerary yang kami buat hari nie kami akan ke Pinnacles dan Sand Dunes....sblm tu saya plan untuk singgah breakfast on the way tu...ada byk spot juga kalau nak berhenti tapi kami pilih untuk ke Yanchep National Park...sbb kat sini best sbb kita boleh tgk kangaroo liar dan juga koala bear liar.... 

.:: ada hand wipes/hand sanitizer best boleh lap tangan lepas isi minyak ::.

oke disebabkan perjalanan jauh dinasihatkan untuk isi minyak siap2 sebelum ke luar bandar...sebabnya area nie nak cari petrol pump susah plus klu luar dari town minyak mahal sikit....perjalanan dari Perth town ke Yanchep National Park nie dalam 50 minit, jarak 56 km...so okelah just nice bagi budak2 tido kejap dalam sejam...bangun dan boleh breakfast...

.:: excited sbb mulut berasap ::.

nak masuk national park nie kena bayar AUD12 utk satu kenderaan klu tak silap saya...lepas tu nnti tiket tu boleh guna juga masa nak masuk Pinnacles nnti...so jimat lah disitu...make sure jangan hilangkan tiket...nnti kena bayar lagi AUD12 plak klu nak masuk Pinnacles...



so dah sampai apa lagi cari spot cantik lah untuk makan...waktu nie sejuk sangat mengeletar masing2...mgkn sbb kawasan hutan dan awal pagi so saya rasa suhu mmg bawah dari 15 darjah...bdk2 nie saya siap pakaikan dua jaket...satu jaket biasa layerkan dengan winter jaket lagi tu...saya nasib baiklah dah siap2 pakai heat-tech so blehlah tahan sikit....

.:: sampai biru bibir Dani sbb kesejukkan ::.

yang lagi best dapat port baik nak makan...tapi sejuk oii nak makan...tgk spot yang kena cahaya matahari semua dah ada orang....klu kat Malaysia sibuk nak cari tempat redup yang tak kena cahaya matahari...kat sini mmg dok cari cahaya matahari nak bg panaskan badan...

.:: iqi berjemur nak panaskan badan...terdiam jer dalam stroller tu huhu ::. 

.:: senggih jer sbb bontot sejuk..kerusi basah berembun hehe ::.

.:: suap derang makan dekat kawasan panas ::.

.:: cap ibu dan anak huhu ::.

.:: sejuk2 laju jer makan abg eman nie ::.

makan kat sini best jer sbb tenang....ada plak itik yang datang terkedek2 nak cari makanan...agak jinak juga itik2 nie...tapi derang dah siap2 bg notis kat meja jgn bg makan dekat binatang nie...takut binatang2 nie sakit nnti..

.:: iqi dah panas badan nmpknya sbb dah nak turun dari stroller ::.

.:: spot makan kita orang tepi tasik ::.

.:: ada ke yang giler nak mandi kat sini ::.


.:: si tengah dan si bungsu ::.

dah settle makan dan kemas2 kitaorang jalan nak cari koala bear dengan wild kangaroo....taik kangaroo mmg bersepah2 tapi tak jumpa lagi derang nie...ingat nak jalan kaki jer tapi mcm agak jauh plak...so kita ronda jer dgn kereta...

.:: jom tgk koala ::.

kawasana koala nie dia buat platform utk kita tuju kawasan koala nie... kawasan nie mmg sekelilingnya pokok eucalyptus mmg pokok yg koala makan...bau dia sedap tau pokok nie mcm bau manis2 sikit...mcm ada sikit2 bau daun jambu batu... 

.:: tgh makan nie, bkn tgh tido ::.


.:: family picture ::.

kita lepak kejap jer kat Yanchep National Park nie sbb jauh lagi perjalanan kita nak sampai Pinnacle...sbb ada dua spot lagi tempat nak pergi nie...nnti sambung next entry plak yer...



********************************************************************************************************************************
Click link untuk baca part lain

*******************************************************************************************************************************
Perth, Australia 2018 ~ Busselton Jetty & South Perth Airbnb.
Perth, Australia 2018 ~ Kailis' Fish Market Cafe.
Perth, Australia 2018 ~ Yancheap National Park.







 
Design with love by Jiji for Zamimie