Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Daisypath Happy Birthday tickers Daisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, July 31, 2018

Perth, Australia 2018 ~ Canal Rock Yallingup...

Untuk hari kedua dimulakan seawal 6 pagi...Subuh lebih kurang Malaysia juga... saya bangun Subuh terus masak pagi2 tu untuk breakfast dan bekalan makan tengahari...Bekalan untuk lunch sbb kat kawasan yang kita orang nak pergi nie takde tempat makan...sbb kawasan outskirt sket...dan walau kawasan pelancongan kawasan nie tak pack dan crowded macam tempat2 lain...

Packing juga  kami pagi2 tu sbb nak check-out dah... selepas nie kami akan duduk di area South Perth hingga hari balik...  perjalanan amik masa 2 jam lebih kurang ke Canal Rock...kanak2 macam biasa naik kereta jer tido...lagi lah bila dah distrap dengan seat belt, tak boleh nak bergasakkan..apa lai tido jerlah huhu...

.:: depan rumah ::.

.:: rumah atas bukit, depan tu laut tau korg ::.


sepanjang perjalanan view mmg cantik2...banyak kawasan ladang anggur dan juga kawasan penternakan biri-biri...view mmg hijau biru...cantik yang tak tergambar dgn kata2...klu sapa yg pernah pegi sure dapat rasa...huhu



.:: singgah petrol pump utk beli kopi dan kudapan...donut nie sedap, dalam inti blue berries AUD2 besar plak tu::.

hampir 2 jam perjalanan kami pun sampai tempat yg dituju.. sepanjang perjalanan kami guna waze... tah waze bawak kami jalan mana agaknya...mmg ikut jalan kampung betul huhu...oh ya sepanjang kami kat sana mmg bergantung pada waze jer...takder pun sewa gps...mcm rugi jer rasa, waze tu kalau kita dah run peta dia, tetiba takder line still lagi boleh guna...so far very reliable untuk kita orang...

kawasan canal rock nie atas bukit...mmg pemandangan luas...rasa tenang dgn bunyi ombak jer...kawasan dikelilingi bukit berbelukar rasa macam jauh sayup mata memandang...

.:: upper view.. pic from Google ::.




.:: cantikkan macam lukisan ::.

derang ada bina jambatan kayu untuk kita menyeberang canal nie...so kat sini boleh nmpk air dia biru dan jernih betul...rasa macam nak terjun dalam tu kalau cuaca panas...nasib lah cuaca sejuk dengan anginnya semua...mmg tak tahan huhu...

 
.:: angin kuat sbb tepi laut...rasa mcm nak tercabut tudung huhu...tu yg dok pakai jer hoodies ::.

.:: firas dan mickey berpisah tiada huhu ::.


.:: budak mana tau takut...berlari2 atas jambatan kayu nie grrr ::.




.:: picture nie saya amik ditengah2 jambatan...nmpk buih2 ombak tu ::.

kawasan nie takder apa yang boleh buat sangat pun selain dari melihat permandangan dan bergbr...mmg banyak giler gbr kitaorang kat sini...gbr dekat phone dan juga kamera, mmg jenuh nak pilih...tapi serius kalau ada masa yang lama rasa macam nak lepak lama kat sini jer tau huhu...

.:: siblings ::.


.:: us ::.

masa nie dah 11 lebih nak menghampiri kul 12...so apa lagi makan time lah kan...makan bekal yang saya masak pagi tadi...roti makan dgn telur hancur dan nasi goreng...lapar2 mmg laju makan...ada plak strawberry yg manis tu plakkan...semua rasa mcm tak cukup jer...huhu

.:: bermejakan kereta jer...sbb takder tempat makan yg proper...duduk jerlah mana2 pun..yg penting tak ganggu laluan, tak buat sampah...lepas makan bersihkan jerlah...simpan sekali plastik sampah dalam picnic bag tu senang ::.




.:: cheeky masing2 nie ::.

.:: toilet disediakan tapi macam yuckss sikit huhu ::.



Oke sambung lagi yer nanti nak pilih gambar yang banyak nie huhu... lepas dari sini kami ke Cape Naturaliste Lighthouse plak..


*********************************************************************************
Perth, Australia 2018 ~ Busselton Jetty & South Perth Airbnb.
Perth, Australia 2018 ~ Kailis' Fish Market Cafe.
Perth, Australia 2018 ~ Yancheap National Park.

Thursday, July 26, 2018

Perth, Australia 2018 ~ Caversham Wildlife Park, Chicken Charcoal Express & Airbnb Halls Head...

Sambung balik dari entry yang lepas  [Perth Part 1]... lepas jer dah beli makanan kita orang meneruskan perjalanan ke Caversham Wildlife Park plak...jarak perjalanan dari Selera Malaysia tu lebih kurang 26 km...permandangan sekeliling saya tak tau mcm mana sbb saya ketiduran...ngantuk oii sedar2 mydear stop dekat station minyak sebab dia mengantuk sangat so nak pekena kopi...kami mmg takder mandi semua masa dekat airport cuma cuci muka jer...haha so nnti klu tgk gbr boleh paham keselebetan masing2 huhu...


macam biasalah bila dah sampai aussie nie dapat pergi kedai kat station minyak ponx excited...excited sbb dapat beli susu coffee dare nie...rasa satu kepuasan dapat minum sbb kopi susu nie rasa milky gila...saya siap pack bawak 5 botol balik...klu amik luggage lagi berat mau 10 botol bawak balik huhu...


dari station minyak nie dah tak jauh nak ke caversham...lalu plak peruhaman baru derang mula lah berangan masing2...lepas tu dalam perumahan nie ada plak Coles...tergedik2 kami tak sabar nak pergi...tapi dah bincang lepas balik dari caversharm park tu baru singgah Coles...

Caversham Wildlife Park nie lebih kurang macam mini zoo...kat sini kita boleh tengok binatang identiti Australia nie secara berdepan...boleh bagi kangaroo makan sambil dikelilingi kangaroo yang lain dan banyak juga show dan juga meet and great secara dekat dengan koala dan juga wombat dan lain2 binatang lah...

Opening Hours Caversham Wildlife Park nie adalah dari  9am - 5.30pm (everyday) dan ditutup pada hari krismas...tiket masuk plak untuk dewasa AUD29 dan untuk children AUD13 (3 years - 12 years)

.:: tanda dah sampai huhu ::.

sampai2 lebih kurang 9.30 pagi waktu nie....tanpa buang masa terus beli tiket masuk dan cari port nak makan...sejuk menggeletar masa nie...waktu2 macam nie lah yang nak bersahabat dengan matahari...kalau kat Malaysia matahari tu jadi musuh...asik nak mengelak..nie sebab nak panaskan badan cari lah matahari kan hehe...

.:: biru bibir iqi sebab kesejukkan ::.

bila perut dah kenyang kanak2 pun dah warm-up badan so baru lah enjoy nak explore dalam nie....tapi waktu kami sampai ni mgkn malamnya hujan, so dgn cuaca sejuk lembab jalan agak lecak sikit sbb jalannya atas tanah..kebanyakkan tanah tak berturap, lagi lah bawak stroller mmg kotor lah huhu...tapi kanak2 nie seronok jer...kasut kotor belakang cerita...sebelum naik kereta nnti kita bersihkan yer hehe..

.:: map Caversham Wildlife Park - study dulu sblm masuk klu tak nak buang masa::.



perkara paling utama sekali kalau sampai sini bagi kangaroo makan...mmg seronoklah depa...awal pagi lagi, kangaroo pun masih lagi lapar...berkerumun datang bila dihulurkan makanan...ada seekor tu siap pegang tangan saya...geli + sakit + takut lah saya...sakit sbb kena kuku dia yang tajam tu...geli sebab mulut dia dok tonyoh2 kat tangan...takut sebab ramai dok keromon rasa mcm kena serang hahah...


.:: tong hijau tu tempat simpan makanan kangaroo... makanan kangaroo ini palet macam mknan arnab tu tapi jenis besar2 ::.



ini mamat paling seronok...lagi2 bila dia tengok kangaroo dok ikut dia...tapi saya risau dia berlari...sbb derang dah bagi amaran jangan berlari dan menjerit2...derang takut kangaroo tu bertempiaran lari lah agaknya...nasib anak2 saya boleh behave huhu...


.:: tengok, duduk2 macam nie pun kangaroo datang dekat jer ::.


Eman plak tak habis2 bagi makan...punya seronok dia..kita orang dah duduk kat tepi pun dia still enjoy bagi kangaroo tu makan...being Danial jadi macma abg2 sangat...berdiri tegak lepas tu tangan letak belakang...sekali jer dia bagi makan lepas tu takmonya dia...pekerja park tu hulur makanan kat dia utk bagi kat kangaroo tu pun takmo...dasar penggeli, pembersih bagi kat dialah huhu...


.:: hello mate, g'day mate ::.


.:: oke moh sambang lagi tgk binatang lain plak ::.

banyak lagi haiwan-haiwan lain kat sini macam penguin, beburung, tasmania devil...tapi kita pergi ke highlite seterusnya iaitu bergambar dengan wombat plak...kawasan nie macam barn tertutup, ada banyak spot untuk bergbr dgn binatang...yg menarik perhatian saya kakaktua pink tapi tak amik gbr pun sbb ramai orang...kita orang cuma bergambar dekat binatang yang mejadi kewajipan klu ke sini... tak kuasa lah asik nak beratur jer kan...huhu tapi sbbkan kami pegi weekdays dan awal so tak berapa nak ramai orang sangatlah..

.:: wombat and us ::.

.:: Eman insist nak bergambar dgn ular. silakan mama baba duduk tepi... adik2 teman beratur jer ::.

.:: last2 eman sorang jer yang bergbr hehe ::.

.:: guinea pig yg comel...rasa nak penyet2kan jer huhu ::.

.:: si Firas ::.


.:: rilex kejap dekat kawasan binatang ternakan ::.



dah hampir dua jam lebih kami kat sini dah nak tengah hari...perut pun dah lapar...tak sabar nak pegi makan...tapi mission terakhir bergbr dengan koala...masa peri Sydney dulu tak dapat bergambar, kali nie kena make sure dapat...

.:: waktu meet and greet dgn koala 11.30 am - 12.00 pm.. kena make sure sampai on time ::.

.:: koala kat sini masing2 diberi nama...lupa nak snap nama2 derang ::.

.:: gigih beratur ..nmpk berliku2 barisan...huhu ::.

.:: dapat juga bergbr dgn kola...pekerja kat sana semua friendly takder langsung jumpa yg kekwat ::.

oke dah moh kita keluar dari sini sbb banyak lagi tempat persinggah nak pergi nie...perut pun dah lapar meminta nasi...sbbkan 1st day sampai sini kita makan luar lah dulu lah...rumah pun belum masuk lagi...

.:: last picture sebelum meninggalkan Caversham Wildlife Park ::.


Misi seterusnya apa lagi makannnnn...lapar sangat dah nie...huhu sejuk2 nie cepat lapar...kita orang mmg takder bekal apa2, hatta sekeping biskut pun... sbb plannya nnti lepas dapat kunci, baru nak g cari barang makanan...so mengikut itinerary yang saya buat kami akan ke Charcoal Chicken Express di Dianella jarak dari Caversham tak jauh pun dalam 14km jer...

.:: masing2 behave pakai seat belt...kalu kena saman AUD300 seorang you huhu ::.

tapi macam biasa kanak2 nie letih belum hilang lagi...dah serupa orang jet lag plak...naik kereta jer terus tido..huhu lebih kepada letih sebenarnya...sbb malam tido tak nyenyak dan tak selesa...sat lai lepas makan pun tido lagi huhu...


.:: dua menu pilihan kami chicken dan lamb ribs dgn briyani rice ::.

kedai nie basically adalah kedai ayam panggang...tapi sangat famous dengan lamb ribsnya...so kami pun tak lepaskan peluang lah makan juga...tapi tulahkan tamak...ayam amik 1/2 ekor & ribs plak amik half rack...makan pulak dengan nasi...tak amik dah menda lain...tapi portion dia besar dan sedap yer...boleh makan berempat untuk yg tak berapa nak kuat makan...kami makan ber3 jer sbb Dani still lagi tido...ribs tu paling win tapi kena makan cepat2 musim2 sejuk nie lemak cepat beku...

total kita orang makan AUD49...tapi sbb dah lapar belasah jerlah kan huhu...nasihat saya masuk sini buka siap2 jacket dan simpan dalam bag atau kereta...sbb nnti melekat bau grilled...tempat grilled ayam tu belakang kaunter jer...terbuka plak  tu huhu....

perut dah kenyang kan apa lagi mari kita teruskan perjalanan ke Mandurah plak...sbb mengikut itinerary malam nie kitar orang akan bermalam di Halls Head...kita orang dah booking rumah di airbnb untuk satu malam...jarak perjalanan dari Dianella ke Halls Head nie 84km...kat sini kitaorang mmg berpandukan waze jer...senang sbb dah beli 10gb data kan..guna jerlah huhu

perjalanan amik masa dalam 1 jam 30 minit - 2 jam...saya pun lupa sebab sedap tidur haha...sejuk2, perut pun kenyangkan mmg bestlah...kesian kat mydear lah hehe...walau km nya tak jauh, speed limit kat sana mmg wajib dipatuhi...polis mereta2, kamera AES  ponx sama...kalau kena saman 300 dalam AUD korang huhu... sampai2 jer rumah kita orang mmg tak jumpa tuan rumah...dia just tinggalkan kunci jer...pandai2 masuk dan buat macam rumah sendiri..pandai2 lah korang godek heater semua...huhu

.:: rumah 3 bilik, 1 bilik air ::.

.:: ada yard belakang yang besar ::.

habis explore rumah kita orang solat jamak dulu tak sempat nak landing luruskan pinggang sbb nak kejarkan pegi Mandurah Forum...kat aussie nie kedai semua tutup jam 5.30 petang...anak2 tak nak keluar, derang rasa seronok dalam rumah tapi bila disogok dengan suprise egg Kinder tu baru masing2 nak ikut huhu...sebelum tu ronda2 kat sekitar kawasan rumah...kawasan sini sunyi jer...derang nie mmg duduk rumah jer agaknya huhu...tak nmpk lah lepak2 luar rumah petang2 atau budak2 main basikal ke, main bola ker...huhu 


rumah nie dekat dengan laut dan kita orang jumpa spot cantik untuk tengok matahari terbenam...angin kuat betul, kalau tengok laut tu ombak tinggi...mmg tempat derang surfing kawasan nie...tapi kita orang smpi lewat sikit jer...nmpk sikit jer bias2 cahaya matahari tu...plus agak mendung sikit...lepak dalam 10 - 15 minit jer waktu nie dalam 5 lebih, mmg dah gelap... 

sampai dekat Mandurah Forum kul 5.20 risau kedai dah tutup tapi bernasib baik sebab hari Khamis derang tutup lambat kul 9.00 malam...so sempat ronda2 lah...tapi takderlah menyopping pun survey2 harga jer dulu...soknya kita orang nak check-out dah utk ke rumah lain....so beli keperluan asas jer macam roti, telur, minyak, buah2 sikit, coklat dan air mineral serta tidak dilupa kopi dare huhu...tapi macam bisalah bila dah sampai Coles dan k-Mart nie belek punya lama, tak sabar rasa nak membeli...huhu kanak2 dah letihkan so moh kita pulang ke sarang untuk makan malam dan berehat sbb esok perjalanan panjang...

.:: dinner kami nasi, telur dadar, kari dalam tin dan lebihan mknan lunch tadi ::.

*********************************************************************************
Perth, Australia 2018 ~ Busselton Jetty & South Perth Airbnb.
Perth, Australia 2018 ~ Kailis' Fish Market Cafe.
Perth, Australia 2018 ~ Yancheap National Park.

 
Design with love by Jiji for Zamimie