Wednesday, August 23, 2017

Fraser's Hill 2016 (Weekend Gateway)....

Kembali lagi dengan edisi throwback...hehe bertabahlah yer membacanya...mmg banyak edisi throwback nie...dalam diam tak diam banyak tempat juga kitaorg pergi sepanjang hiatus mode...tak boleh nak termula, confirm berjangkit-jangkit...kononnya nak buat tiap2 bulan ada trip walaupun dekat-dekat...hehe

so kali nie cerita oktober lepas...dah nak setahun dah punya cerita..huhu excited juga sebab first time pegi fraser's hill...selama nie dok dengar jer yang tempat nie sejuk, tapi tak pernah terfikir nak pergi sbb orang cakap takder apa-apa nak buat kat atas tu...lebih kepada nak rilex2 jer kan...

sebabkan hujung minggu tu rumah kitaorg takder bekalan air...mydear mulalah keluarkan idea nak g kat sini...beli bilik dekat agoda hari khamis kalau tak silap saya...mcm biasalah weekend gateway jer, tido utk satu malam...bila cerita pada kanak-kanak seronok masing-masing sebab nak tido rumah hotel katanya huhu...


sebelum nak sampai sini boleh tahan juga jalan berbengkang bengkoknya...selamat lah saya dimuntahkan oleh Danial...nasib kena tudung, so cuci tudung jerlah...sbb baju tak ada bawak banyak sbb plan tido satu malam jerkan...huhu so first thing first bergambar kat mercu tanda fraser's hill...menara jam nie rupa-rupanya roundabout kat tengah2 pekan...hehe berlari-lari g amik gambar....jadilah nie ada juga kenangan...

.:: melayan kanak-kanak makan aiskrim ::.

.:: matching2 - kitaorg merah, kanak2 biru...dani tu sebab muntah so dah tukar baju...klu tak biru juga..tapi ada macth ngan eman dan iqi sebab baju derang pun ada kaler hijau ::.


aktiviti selepas check-in ronda-ronda jer kawasan sekitar melihat pemandangan jer...sebab mmg takder apa-apa aktiviti yang menarik sangat tuk dibuat....pi ronda naik kereta amik angin sejuk sambil tengok rumah-rumah banglo kat kawasan fraser hill nie...byk juga rumah peranginan syarikat kat sini...


kitaorg duduk kat shahzan inn...salah satu tempat penginapan yang rasanya oke bagi saya and atas bukit...nmpk proper lah sket...yg lain-lain pun ada juga..tapi rata-rata saya tengok datang sini sewa banglo duduk ramai-ramai...bru happening sket...hehe

.:: iqi kena buli ngan eman ::.

kalau tak jadilah macam kami malam-malam gini mati kutu tak tau nak buat apa..kitaorg dok lepak kat taman dekat pekan tu jer...jalan kaki dari hotel tu tak jauh mana pun...nak rasa hawa-hawa sejuk malam, tapi takderlah tahap sejuk macam kat cameron...sejuk-sejuk dingin jer...

.:: nak pegi breakfast ::.


sebelum check-out breakfast dulu dan ronda-ronda lagi keliling hotel...jumpa ada seorang makcik nie, datang bercuti berdua ngan husband dia, dtg dari kedah kalau tak silap saya...cerita pengalamn dia naik fraser hill masa zaman komunis dulu...bleh tahan berbahaya jugalah hehe...

tu gambar atas kanak-kanak tengak kejar tupai...mmg banyak haiwan-hawian pagi nie keluar... monyet pun banyak berkeliaran..mmg berani sangat datang dekat-dekat monyet nie...kitaorg yang naik takut...huhu takut kena terkam dan kena kokak :p....lepas tu terus balik bilik dan bersiap untuk check-out...

tempat singgahan terakhir sebelum balik...singgah the paddock...tengok kuda..tapi masa kitaorg datang tu tenghari..kuda baru jer masuk kandang sbb derang nak berehat...so dapat lah tengok pemandangan jer hehe..





.:: matching2 - kitaorg biru, kanak-kanak kuning ::.


so apa lagi bergambar sajerlah dan berselfie...hehe dah tu jer pengalaman kitaorg kat fraser's hill...tak bleh duduk lama-lama mati kutu dibuatnya hehe..satu malam kira okelah.. :) sorilah tak berapa nak ingat sangat kejadian yang berlaku kat sana...saya pun dah lupa kitaorg makan macam mana malam tu...sbb dah dekat setahun berlalu kan....maafkan saya..hehe


0 comments:

 
Design with love by Jiji for Zamimie