Wednesday, July 1, 2015

Fesyen Muslimah Terkini di Hujung Minggu

Sekarang nie semua orang nak bergaya saja…yang bertudung tak terkecuali juga nak bergaya. Lagi-lagilah bila ramai selebriti kita dah berhijab, memang menjadi ikutan. Memang awal-awal terikut-ikut tapi lama-lama terbuka sendiri perasaan tu. Off course, memakai hijab bukanlah semata-mata untuk mengikuti fesyen terkini, tetapi ia juga sebagai mengikuti tuntutan agama Islam. Namun, secara tidak langsung ia menggalakkan lebih ramai lagi wanita untuk menggayakan fesyen Muslimah.

Kalau nak bercakap mengenai fesyen Muslimah, banyak elemen-elemen seperti potongan pakaian yang menutup aurat, lebih longgar dan labuh haruslah dititikberatkan. Selalunya wanita yang bertudung lebih gemar memakai baju kurung atau jubah moden untuk ke pejabat tetapi bagaimana pula gaya fesyen muslimah terkini di hujung minggu?





Selalunya time-time weekend kita nak bergaya juga, bukan setakat nak pi ofis jer bergaya…walaupun setakat pi shopping mall tepi rumah, bergaya itu perlu huhu…pilihan kita mestilah Fesyen Muslimah yang casual. Yang selalu jadi pilihan tentulah jeans dan blouse, sebab casual dan mudah. Ini kira fesyen common yang selalu kita pakai jeans, blouse, t-shirt, ulang balik yang itu jerlahkan. Tapi jangan dilupa selain jeans, blouse muslimah ini juga boleh dipadankan bersama palazzo pants dan harem pants.




Selain itu, anda juga masih boleh kelihatan easy and casual dengan menggayakan dress labuh dan blouse Muslimah atau t-shirt lengan panjang. Atau bergaya dengan kaftan labuh atau kaftan pendek. Pilihan di tangan anda J

Kadang-kadang time weekend ada juga kenduri kahwin atau majlis tertentu yang memerlukan kita berpakaian sopan dan manis. Apa lagi dah nak raya nie kan..semua ponx nak bergaya gi open house hehe... so apalagi boleh lah kita bergaya dengan jubah moden atau dress Muslimah untuk penampilan yang lebih ayu dan feminine. Sapa kata berhijab tak boleh bergaya kan..hehe Selamat berhujung minggu SOON hehe!

0 comments:

 
Design with love by Jiji for Zamimie