Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Daisypath Happy Birthday tickers Daisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, August 19, 2014

Bertemu Breast Surgeon…

Hola, holi…lama benor rehatnya blog nie…bersawang2 dah nie ha…dari Ramadhan ke Syawal smpi dah nak habis Syawal dah nie ha…mmg malas nak mengarang punye pasal kui2…mood malas byk sgt nie tak tau pasal apa…

Kali nie takder lah cite raya2 nie sbb terlalu common sgt sbb semua org ponx citer pasal raya [padahal aku takder gbr raya nak share huhu]…so kita pegi kepada cerita penting lah utk di share kepada wanita-wanita dan ibu-ibu diluar sana yer….cerita kali ini tak ada gbr sendiri sbb takkan nak amik gbr kot…so korg bygkan jerlah dari penceritaan yer…tapi jgn bayangkan yang bukan2 pulak eh….

Tapi kenapa saya bertemu breast surgeon? Buat implant kah? Pasang silicon? Ceritanya bermula begini…masa bulan 5 baru-baru nie saya notis ada keteluan dekat breast saya belah kanan… risau takder sangat cuma risau sikit-sikit jer…. bgtau dengan mydear time-time tu juga dia suh pi jmpa doc… so pegi klinik biasa yang kitaorg pergi and doc bagi ubat surut bengkak…dia cakap kalau takder kesan baru makan antibiotic plak…dua-dua ponx saya makan tapi still ketulan tu tak hilang….sebab dia tak sakit saya ignore jer…

Baru-baru ini masa bulan puasa saya notice yang ketulan tu bertambah besar…. Bila kita cekut rasa tu macam sebiji bola ping pong and keras… sampai bila tengok dekat cermin tu boleh nampak dah ketulan tu…. tak payah sebuk nak rasa-rasa….tiap-tiap kali nampak sure dada berdegup kencang sbb takut…. saya masih lagi bf and yang belah kanan tu memang lagi kerap bf, lagi ponx dengan harapan akan mengecut ketulan tu… Plannya lepas raya nanti baru nak pi jmpa doc pakar….

Raya baru-baru nie bgtau mymum and adik saya… derang dah risau-risaulah sbb dah lah tak sakit dekat breast plak tu korang faham-faham sendirilahkan…. waktu tu berat saya turun dari 54kg sampai 49kg…. mmg adik saya cuak, hari-hari dia wasap tanya dah wat appmnt ke belum…. saya ponx bertambah cuaklah sbb hari-hari dia tanya dari tak gelabah terus jadi gelabah haha…. so lepas raya 4hb ogos tu saya pi klinik balik and minta refer letter untuk pi jumpa specialist… so buatlah appnmt jmpa Dr. Azlina Firzah kat Pantai Hospital Bangsar dapat slot 12hb ogos… waktu kat klinik tu doc ukur dah membesar ke 6cm dari 3cm sblm nie…


.:: Dr. Azlina Firzah...baik dan funny orangnye ::.

12hb ogos saya jmpa dr azlina nie…sblm nak tunggu giliran tu saya punye debar hanya tuhan jer yang tau…siap sakit perut lai… rasa macam masa nak amik exam gitew….byk juga yang doc tanya and dia tengok…mmg besar ketulan tu katanya… dia suh saya buat ultrasound dulu and tengok…. apa-apa dia cakap kita settle kan hari nie sbb besar ketulan tu katanya…buat ultrasound bila tengok result tu mebulat jer ketulan tu macam bola ping ponx, tapi dalamnya putih jer….dah macam silicon dah saya tengok, tapi takderlah macam Pamela Anderson tu kuikui…


 .:: mesin ultrasound ::.

Radiologist cakap not to worry sbb baby still menyusu and belah yang ada ketulan tu yang paling kerap sekali bf so mungkin bengkak susu… result dah kuar so jmpa balik dr azlina untuk kesimpulan dan tindakan selanjutnya…. sampai ke petanglah saya kat spital… walaupun sorang-sorang  saya takderlah bosan sbb dok tengok orang keluar masuk berurusan kat klinik ….owh kalau korang nak tau Pantai Hospital Bangsar nie dia ada klinik payudara…so complete lah alatan dia semua sbb tu doc klinik saya suggest kat sini…



Jmpa dr azlina jwpan dia mmg melegakkan sangat-sangat…sbb it’s a milk, bengkak susu…. mmg klu tenguk dalam ketulan bulatan tu putih jer… saya ponx tak sakit so maknanya takder jangkitan kuman and bukan nanah… so saya tanya dia apa yang perlu dilakukan…. ada dua cara satu operation… tapi memandangkan saya still lai bf and terlalu awal katanya utk stop bf so dia bagi option kedua….klu nak buat operation boleh tapi risiko sbb saya still bf so kalau dibelah takut kena jangkitan kuman…

Option kedua suck it out katanya…saya dok bayangkan kena lubangkan and dia sedut keluar macam org sedut lemak tu haha… tapi tak just cucuk guna syringe and tarik keluar… saya tanya juga kalau saya pilih utk biarkan jer tak boleh ke…dia jeling ko haha… dia tanya saya awak nak ke menda seketul besar kat situ…awak rasa selesa ke… dah lah jadi breast tu kecik sebelah, besar sebelah huhu…. cepat-cepat kita buat sekarang saya bagi awak bius banyak-banyak supaya awak tak rasa sakit… lawak tul doc tu….

So ke treatment room sajer….kalau kita sedut keluar nie susu baguslahkan,…so dia bius kat breast tu jer….5ml juga lah biusnya…dah tak rasa tu dia cucuk and sedut, lega saya tengok mmg susu yang keluar dalam syringe tu, susu macam kita pam tu…45ml juga tu…sayang plak tengok doc tu buang huhu…rasa mcm nak ckp jer jgn buang hehe…. lepas tu mmg dia tape pakai yang macam orang lepas operation tu…dah lah besar melekat ketat plak tu… giler susah nak tanggalkan tape tu…doc ckp utk mengelakkan dari collapse…saya ponx tak tau apa yang dia maksudkan dengan collapse tu sbb lega punye pasal waktu tu tak sabar dah nak bgtau mydear huhu…

.:: non woven adhesive ::.


So next apptmnt bulan 10 nak tengok macam mana… sbb doc cakap kalau jadi lagi mungkin kita boleh pertimbangkan utk operation sbb kapsul tu masih ada…kita cuma kuarkan isi dalam dia jer…sbb takut-takut jadi worst, kena infection…sbb susu kan ada glucose, protein bagai so dia boleh trigger kepada infection….

Balik-balik rumah esoknya tu bila dah bukak tape tu saya perasan ada lagi seketul rupanya bawah sikit dari yang doc cucuk tu… so takperlah kita tunggu jerlah bulan 10 nanti suh doc suck it out…huhu tapi bila dah tau nie lega rasanya…tapi yang lagi best doc dah buat ultrasound kat dua-dua breast takder apa-apa lump ponx…tapi mammogram takder buatlah…


So nanti kita tungulah bulan 10 nanti apa perkembangan lain…wanita-wanita diluar sana silalah check breast anda kalau-kalau ada lump tu pegilah jmpa doc yer…jangan takut-takut sangat… at least kalau menda-menda yang kritikal kita boleh tahu awal-awal senang untuk cure….

note: gambar dari hasil carian Google image..

1 comments:

Unknown said...
This comment has been removed by a blog administrator.
 
Design with love by Jiji for Zamimie