Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Daisypath Happy Birthday tickers Daisypath Happy Birthday tickers

Monday, June 10, 2013

Makanan Terbaik Untuk Ibu Mengandung...

Semua orang time pregnant nakkan khasiat yg terbaik untuk anak dalam kandungannya…kalau kita google byk mknan yang terbaik untuk ibu pregnant nie..terutama sekali mknan2 sunnah..tak kecuali juga saya…tp sbnrnya mydear yg rajin google semua nie and dia yg banyak mengalakkan saya mkn..belikan neurogain, walnut, kurma, susu kambing…saya mkn jerlah orang dah beli…dah mcm mengandung anak sulung dah gayanya nie…tapi ini semua adalah usaha, segala-galanya hanya Allah jua yang menentukan...tp tak salah klu kita nak amalkan usaha, doa dan tawakal...

meh kita teguk jenis2 makanan tersebut:

Buah delima - Buah delima ini adalah baik untuk perkembangan otak bayi dan melindungi bayi daripada kecederaan otak. Selain itu, untuk si ibu pula buah delima boleh membantu mengekalkan paras HB yang baik bagi si ibu. HB saya rendah sedikit jer ari tu so tak yah poyo2 sangat mkn...huhu Beli sebiji jer hari tu, cari yg India punya memang merah menyala kaler dia, harga ponx sebijik RM5 lebay..tapi jenuh nak kutil satu2 dan mkn…huhu



Walnut - baik untuk perkembangan otak bayi, insyaAllah. Rupa walnut ini seperti otak manusia. Walnut ialah sejenis kekacang yang mempunyai kandungan protein yang tinggi. Walaupun tak dinafikan dalam walnut turut juga mengandungi lemak, namun ianya adalah lemak yang baik. Kat rumah saya mmg sentiasa ada stok walnut nie, so jadi kudap2an harian jerlah…Cuma rasa dia ada kelat2 sket, tu yg tak berapa gemar tu..tp khasiat bkn saja utk ibu mengandung, org tak pregnant ponx elok mkn…dapat elakkan dari penyakit jantung..



Kurma - Kurma sejenis buah yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium, vitamin A dan C dan juga niasin. Kurma juga boleh membantu memudahkan proses bersalin dan mengecutkan rahim kerana ada bahan boleh membantu proses berkenaan, sebagaimana dilakukan Maryam a.s. yang memakan buah kurma selepas melahirkan Nabi Isa .a.s. Nabi Muhammad SAW bersabda: “Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)”

Susu kambing - Susu kambing juga antara makanan sunnah Rasullullah. Susu kambing memang lebih baik daripada susu lembu. Susu kambing dikatakan dapat mengurangkan risiko bayi dari demam kuning. So kita usaha jerlah, mana tau nnti baby kuar tak kena jaundice...masa eman dulu ada juga kena demam kuning tp sket jerlah, takderlah smpi kena amik darah atau kena jemur...masa tu tk tau lai pasal khasiat susu kambing nie... Saya beli yang jenama Nubian tu…agak mahal juga 200ml RM5 lebay, tapi rasa dia sedap sbb fresh milk…sbbkan mahal tak bley minum selalu..seminggu sekali boleh lah…nak kena cari yang Higoat, yang bancuh punya, selang seli ngan fresh goat milk nie…



Air kelapa - Menggebukan baby. Bagi kulit baby cantik. Orang cakap kalau kita amalkan masa pregnant, baby keluar nnti bersih jer...Dah start juga amalkan nie sbb dah masuk trimester keduakan, tp jgn amalkan masa trimester pertama plak yer bahaya…tapi kena make sure amik yg fresh tidak dicampur dengan air gula dan ais…beli yg fresh…dekat Aeon byk jual nie…sejuk2 minum mmg sedap lah…




Minyak Ikan – Baik untuk merangsang perkembangan otak baby. Saya amalkan NeuroGain PB…DHA adalah bagus untuk otak baby, klu tak nak mkn pil kita boleh juga dapatkan dari ikan salmon. tp byk lai sumber yang lain utk kita dapatkan DHA nie...klu rajin korang google lah yer...


note: pic yang takder watermark tu saya google jer...satu jer gbr sdri, gbr susu kambing tu jer...

1 comments:

susu kambing kl 0122331147 said...
This comment has been removed by a blog administrator.
 
Design with love by Jiji for Zamimie