Oke kat sini saya himpunkan menu2 masa berpantang..kot2 ada sesapa yg berminat nak cuba sbb berpantang sdri kat umah...saya tak pernah cuba ponx sbb saja jer goggle utk dibaca sebgai panduan serta menambahkan ilmu...saya rasa ada juga diantara menu yg sehat utk menguruskan badan...hehe
KERABU PEGAGA
Bahan:
1 ikat pegaga..bersihkan dan hiris kecil
1 cawan kelapa muda
bahan tumbuk...
1 s/k lada hitam
3 ulas bawang merah
sikit ikan bilis
garam
cara..
- tumiskan sikit bahan tumbuk dan kelapa.
- bila dah agak kering..masukkan pegaga dan tutup api..
- kacau rata dan hidangkan..
HARUAN PANGGANG HALIA
Bahan-bahan:
1 ekor ikan haruan
1 biji limau nipis [ambilkan jusnya]
2 s/b minyak
1/2 cawan air
1 s/k cuka
1 helai daun kunyit [mayang halus]
garam
bahan tumbuk
5 ulas bawang putih
6 sm halia
4 sm kunyit hidup
bahan rempah - tumbuk
1 s/k jintan manis
1 s/k jintan putih
1 s/k lada hitam
Cara
- Ikan dibersihkan dan lumurkan jus limau. Basuhkan.
- Gaulkan ikan dengan sedikit bahan tumbuk. Bakarkan.
- Panaskan minyak dan tumiskan separuh lagi bahan tumbuk dan bahan rempah sehingga wangi dan naik minyak.
- Masukkkan air dan masakkan sehingga mendideh dan pekat.
- Masukkan cuka dan hirisan daun kunyit.
- Angkat dan siramkan pada ikan bakar.
- Hidangkan dan makan semasa panas.
Ikan Parang Masak Pindang
Bahan-bahannya:
3 potong ikan parang (agak-agak 5 cm lebar)
5 biji bawang merah(hiris halus)
3 ulas bawang putih (hiris halus)
2 cm kunyit hidup (dikisar lumat)
2 batang serai (di tumbuk dan disimpul)
sedikit air asam jawa (ikut selera)
sedikit garam dan perasa (ikut selera)
Cara penyediannya:
- Bawang, kunyit kisar, dan serai direbus dengan air tanpa minyak.
- bila dah mendidih, masukkan ikan parang, air asam jawa dan garam.
- sedap dimkn panas.
*yg nie mmg feveret saya...sng plak tu nak msk..huhu kuah dia mmg hirup lah pas tu.. :p
Ikan Goreng Halia Muda
Bahan-bahan:
parang atau ikan tenggiri - sekeping atau ikut suka
Halia muda - agak2
Bawang besar di mayang
Cara-cara:
- Ikan digoreng garing
- Kemudian halia muda di hiris dab bawang besar di mayang
- Tumbuk halia muda dan bawang besar agak2 dah hancur (jangan lumat sangat)
- Tumbukkan ikan goreng tadi (agak2 hancur)
- Gaulkan semuanya..
ini antaranya lah...selain tu sup ayam, ikan kukus ponx bleh gak..yg penting kena letak halia byk2 baru lah menepati ciri2 mknan org berpantang...huhu lepas tu kenalah mkn byk sayur antaranya ulam-ulaman seperti pengaga, pucuk mengkudu, ulam raja & ulam-ulam yg lain. [note: saya mmg dh amalkan ulam2an nie semasa pregnant lai] sayur2 lain yg disyorkan selain ulam seperti sawi, lobak merah, asparagus, brokoli [tak suke.. ;( ], tomato, salad, cili merah atau hijau, ubi kentang & bawang2.
Ketika berpantang ada juga mknan yang perlu dielakan antaranya tentulah mknan sejuk seperti pucuk ubi, kekacang, pucuk paku, kangkung, timun dan sebagainya. Hindari juga makanan yang tajam dan berbisa. selain itu elakkan memakan ikan masin kerana boleh mengakibatkan darah nifas cepat kering & berbau busuk serta melemahkan daya ketahanan fizikal & mental.
Bagi buah2an pula digalakkan makan seperti epal merah (bkn yg masam), buah kurma, buah tin, zaitun, delima, blackcurrant@ribena [sedapnye hehe], limau manis (kecuali limau bali), buah peach & anggur.. tetapi anggur tak digallakn mkn byk sbb bleh akibatkan batuk.
Ketika berpantang ada juga mknan yang perlu dielakan antaranya tentulah mknan sejuk seperti pucuk ubi, kekacang, pucuk paku, kangkung, timun dan sebagainya. Hindari juga makanan yang tajam dan berbisa. selain itu elakkan memakan ikan masin kerana boleh mengakibatkan darah nifas cepat kering & berbau busuk serta melemahkan daya ketahanan fizikal & mental.
Bagi buah2an pula digalakkan makan seperti epal merah (bkn yg masam), buah kurma, buah tin, zaitun, delima, blackcurrant@ribena [sedapnye hehe], limau manis (kecuali limau bali), buah peach & anggur.. tetapi anggur tak digallakn mkn byk sbb bleh akibatkan batuk.
sekian sahaja...selamat berpantang utk rakan2 seangkatan serta utk diriku jugak..huhu tgh tgu masa aja nie..hehe
~~end~~
4 comments:
Eh..Belum lagi eh?
Semoga dipermudahkan olehNya.
aku dulu ikan bilis ngan kicap jek ari2...huhuhuh..pastuh lobak masak bening..tuh jek,...
hehe tgk org gak kot kiah...klu pantang kuat cm tulah..
pakciQue diriku masih disini..tgu masa jer bby nak kuar..
salam kenal!
tumpang tgk menu masa berpantang ni ;)
Post a Comment