Tuesday, February 14, 2012

Chilled Oreo Cheesecake...

cubaan menghasilkan oreo cheesecake version chilled punye...tak 100% sukses ponx tapi sedap gaklah...hehe next time nak kena cari resepi lain sket atau jgn pndi2 nak ubah resepi org...hehe mana taknye org suh buh 3 sk gelatin pndi2 kurangkan sukatan... :p so cheesecake nie agak lembik sket...lagi lah time kuarkan lama sket dari peti...tp rasa dia mabeles... :p


saya bg jugaklah resepinye yer....kornng trylah buat mesti jadi punye...

Chilled Oreo Cheesecake

Bahan-bahan:
2 Paket Oreo (buang krim dan blend hancur. Tinggalkan 4-5 keping utk dicampurkan dlm adunan)
500 gm Cream Cheese (softened)
70 gm butter, melted
3/4 cup caster sugar
3 sk gelatin (larutkan dengan 1/4 cup air panas)
1 cup cream, lightly whipped

Cara-cara:
  1. Alaskan sekeliling loyang dengan aluminium foil supaya senang keluarkan cake nnti.
  2. Gaulkan butter yang telah dicairkan dengan oreo yang diblend tadi. Gaul sebati. Padatkan didalam loyang rata dan padat. Sejukkan dalam peti sejuk selama 1/2 jam.
  3. Sementara itu pukul cream cheese dengan gula sampai kembang. bila dah kembang masukkan gelatin yang telah di larutkan dengan air panas (larutkan masa nak campur dlm adunan. Jgn buat awal2 sbb nanti gelatin membeku). Masukkan juga whipped cream yang telah dipukul. Gaul sebati.
  4. Akhir sekali masukkan oreo yg 3-4 keping tadi yang telah dipatah2kan. Gaul rata dan masukkan adunan dalam crumb yg kita dah buat tadi.
  5. sejukkan minimum 4 jam atau seelok2nya semalaman. Lepas tu boleh lah potong dan makan.

saya guna resepi yg nie...senang jerkan huhu sbb tu main ingat jer...tah dari mana saya amik saya lupa plak...tp ada menda yg saya tak letak cth mcm lemon juice saya tak letak...tp bley gantikan dengan yogurt atau sour cream yg saya baca...mgkn nak ilangkan rasa muak cheese kot...tak letak ponx sedap jer saya rasa...huhu

takperlah nnti saya cari resepi yg lain plak...klu jmpa resepi yg menjadi betul2 saya trylah amik pic step by step supaya senang korang paham...so smntra tu layan gbr eman menikmati oreo cheesecake....






*






*




smpi juling mata sedap ek...hehe




1 comments:

Rozita said...

Nampak sedap..dan senang pulak stepnya. Kena cuba nih!

 
Design with love by Jiji for Zamimie