Friday, January 20, 2012

Majlis Pernikahan Ally Iskandar & Farah Lee..

Hanya 2 kali lafaz, Ally Iskandar telah dinikahkan berwakil wali bapanya, Romli Bin Ismail oleh jurunikah kawasan Kampung Atas Tol, Tuan Haji Mohd Abu Bakar dengan mas kahwin berjumlah RM250.

Pihak lelaki, Ally Iskandar menerima 9 dulang hantaran daripada pihak perempuan iaitu set pakaian lelaki, sedulang manisan, kelengkapan baju melayu, sejadah dan jubah, gubahan bunga rampai, replika rumah, sebuah iPhone dan sebentuk cincin.

Farah lee menerima 7 dulang hantaran berupa gubahan sirih junjung, telekung dan sejadah, sebentuk cincin dan mas kahwin, sebuah rumah, sebuah Mac Book Pro, sehelai baju kurung dan senaskhah Al-Quran.

Detik-detik pekenalan Ally dan Farah Lee bermula hanya berhubung melalui laman Facebook.Pada 20 Ogos tahun lalu bersamaan 20 Ramadan barulah mereka bertemu apabila Farah diajak oleh adik Ally Iskandar yang juga kenalannya sejak sekolah menengah berbuka puasa bersama abangnya Ally, di sebuah restoran dan dari situ bermula cinta pandang pertama mereka.

Majlis dibuat secara sederhana dengan dan hanya kenalan dan rakan sekerja serta keluarga terdekat sahaja hadir. Bukan soal takut publisiti,cuma Ally memilih untuk majlis itu dibuat secara kecil-kecilan sahaja, tidak perlu besar-besaran atau majlis yang penuh glamor.

sumber : OHbulan!







kahwin dah ally iskandar nie...semoga berbahagia hingga akhir hayat...suka tgk dia ngan farah lee rasa secocok jer wpun nmpk mcm abg ngan adik... :p tp farah lee adalah nmpk matured wpun umur 23...

source : OHbulan!, beutifulnara

0 comments:

 
Design with love by Jiji for Zamimie