Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Daisypath Happy Birthday tickers Daisypath Happy Birthday tickers

Thursday, June 14, 2012

Eksploitasi Wanita...


korang nmpk tak gbr nie...sorilah gbr tak sharp, smbil drive smbil snap so tgn ada gegar2 sket...lepas tu tkt terlepas signboard nie tu yg agak blur...tp still bley nmpk...apa yg korg nmpk?

hari2 saya lalu jln nie, hari2 saya sakit mata...saya tak prsn syarikat apa tp rasa mcm syarikat jual cable atau apa tah tp takder kaitan ngan pompuan tu...lepas tu bley plak tulis kat situ "our cables are a bit expensive"...lepas tu letak gbr pompuan seksi...yg atr baju ngan suar tu bukan belt tau tp perut dia...

klu tak silap saya dr Tol sg besi ke BSP ada dua signboard mcm nie...takder kena mengena ngan pompuan tu tau...lain lah klu jual produk kecantikkan ker...dulu saya tgk iklan KDK yg jual2 kipas ponx ada letak gbr pompuan tgh melompat..tak tau apa kena mengena kipas ngan pompuan melompat tah...tp tak lama lepas tu dia dah tukar dah iklan tu, letak gbr yg lebay bernas...gbr kipas dan bunga2 menunjukkan kesegaran lah..oke itu masuk akal sbb bukak kipas jadi segar...

ada tu iklan cat klu tak perasan plak saya cat jenama apa tah...tgk iklan tu dah takder dah kat hiway tu...tah apa lah kaitan cat tu ngan bdn pompuan yg dibalut kain...byk lagi cara rasanye nak wat iklan tak perlu lah gunakan pompuan klu takder kena mengena ngan produk...

yg nie rasa mcm brg construction lepas tu letak gbr pompuan...terang2an sgtlah kan...terpampang besar plak tu...takder ke sapa2 perasan ngan menda nie...rasa saya dah dekat 2-3 bln dah papan iklan nie...nak mengadu tak tau nak mengadu kat sapa2 so mengadu dlm blog lah....huhu ada sapa2 tau tak? atau tau nak mengadu kat mana?

3 comments:

cik_ah82 said...

beb, aku pun penah nampak..lalu highway plus masa nak balik kedah..ada la jumpa 2-3 signboard iklan ni..mula2 nampak ingatkan iklan slimming ke apa..pastu nak balik tu nampak lagi menyampah lak aku..dulu lg la ada iklan umi aida lg la seksa.

sawaNiLa said...

biasalah...macam iklan usop tayyub...

tiada nama said...

sesetengah orang mungkin akan mengatakan ianya tiada kaitan antara HEADLINE "our cable are a bit expensive" dengan gambar yang ditonjolkan " gambar perempuan"
.
1)Sepanjang yang saya tahu dalam pendekatan advertising. sesuatu yang luar biasa (luar dari kebiasaan ataupun asing dari biasa) akan menjadi ingatan yang kekal mahupun lama daripada ingatan biasa. Ini salah satu yang ingin disampaikan oleh pengiklan ini, sebab antara banyak-banyak iklan yang kita tgk di lebuhraya tu, yang mana kita akan lebih ingat?

2)manusia akan lebih ingin tahu akan sesuatu benda yang dia tidak tahu, seperti yang ditonjolkan di dalam iklan tersebut dan kebanyakkannya akan mencari maklumat tentang iklan ini.

jadi sebagai manusia, kita jangan lihat sesuatu yang luar biasa tu adalah teruk kerana ianya unik dan ianya melibatkan psychology manusia.

saya sebagai salah seorang hamba Allah terpanggil untuk menjelaskan tentang iklan ini :) seronokkan belajar benda baru yang asing padahal ianya ada dalam diri manusia :)

 
Design with love by Jiji for Zamimie