Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Daisypath Happy Birthday tickers Daisypath Happy Birthday tickers

Thursday, November 25, 2010

Stop Child Abuse


unicef

penderaan kanak-kanak adalah satu perbuatan yg tidak boleh diterima oleh masyarakat secara umum...namun ianya berlaku berleluasa sekarang ini...byk punca dan penyebab berlakunye penderaan kanak-kanak ini...namun ianya tidak dilakukan hanya dr segi fizikal ada juga berlaku penderaan dari segi mental...

kebiasannya kanak-kanak mmg selalu menjadi mangsa penderaan kerana mereka adalah insan lemah yang tidak mampu untuk melawan apatah lai utk mempertahankan diri sendiri...byk dh kita dengar penderaan yg berlaku yg akibatnya membawa kepada kematian...


Penderaan Kanak-kanak Yang Tak Ingin Kita Lihat...
Penderaan fizikal
  • Kecederaan fizikal yng terdiri dari kecederaan ringan sehingga kecederaan teruk seperti patah atau kematian.
  • Disebabkan oleh tumbukan, tamparan, sepakan, gigitan, goncangan, campakkan, tikaman, mencekik, pukulan menggunakan tangan, kayu, atau sebarang objek dan apa-apa yang boleh menyebabkan mencederakan kanak-kanak.
  • Buli dan “shaken baby syndrome” termasuk dalam penderaan fizikal




Penderaan Seksual
  • Sebarang aktiviti yang bermaksud untuk mendapat kepuasan dan memenuhi kehendak orang dewasa atau kanak-kanak remaja di mana mengikut umur atau perkembangan yang sepatutnya bertanggungjawab dan dipercayai.
  • Mempengaruhi atau memaksa kanak-kanak dalam aktiviti seksual yang bertentangan dengan undang-undang.

Penderaan Emosi

  • Memperkecilkan dan dimalukan
  • Mengurung kanak-kanak seperti dalam almari gelap

Pengabaian

  • Fizikal – (contohnya kegagalan untuk menyediakan keperluan seperti makanan, tempat perlindungan, atau kekurangan pengawasan untuk keselamatan yang sepatutnya)
  • Perubatan – (contohnya untuk menyediakan perubatan atau perawatan kesihatan mental)
  • Pendidikan dan penyeliaan – (contohnya kegagalan untuk memberi pendidikan atau memenuhi keperluan khas yang lain)
  • Emosi- Tidak memberi perhatian kepada keperluan emosi kanak-kanak


inilah antara jenis2 penderaan yg kita tak nak berlaku kepada anak-anak kita...lebay2 lagi yg melibatkan penderaan dari segi fizikal dan sexual...kasihan lah kepada anak2 kecil yg baru nak mengenali hidup dan dunianya....lagi ponx mereka adalah masa depan kita...fikirkanlah dan bertindaklah....

source : google, madhuriesingh, kamarz


STOP CHILD ABUSE!!


~~END~~


0 comments:

 
Design with love by Jiji for Zamimie