semalam masa blk keja terdengar lagu nie dari raihan..
~Ashabul Kahfi~
Kisah Ashabul Kahfi (Arab: أصحاب الكهف) merupakan suatu kisah benar mengenai beberapa orang pemuda yang tertidur di dalam sebuah gua, dan cuma bangun 309 tahun kemudian.
Bilangan pemuda yang sebenar adalah tidak diketahui, dan tidak menjadi kepentingan untuk berbahas mengenainya. Ada yang mengatakan 3, 5, 7, 8 termasuk seekor anjing bernama Qithmir.
Firman Allah dalam Surah Al-Kahfi ayat 22, maksudnya;
- Mereka akan berkata; Jumlah Ashaabul-Kahfi itu tiga orang, yang keempatnya ialah anjing mereka; dan setengahnya berkata: Bilangan mereka lima orang, yang keenamnya ialah anjing mereka, sebagai tekaan akan sesuatu yang tidak diketahui; dan setengahnya yang lain berkata: Bilangan mereka tujuh orang, dan yang kelapannya anjing mereka. Katakanlah: Tuhanku lebih mengetahui akan bilangan mereka, tiada yang mengetahui bilangannya melainkan sedikit. Maka janganlah kamu berbahas mengenai mereka kecuali secara zahir, dan jangan kamu bertanyakan tentang mereka kepada seseorang pun dari mereka.
untuk cerita penuh sila baca disini yer --> ashabul kahfi saya nak citer lebay2 tak pandai tp tau lah citernye pasal apa...so share bersama2 kwn kat sini ek.....
~~end~~
2 comments:
Ashabul kahfi yg sebaik tersedar dari tidur mereka kehairanan melihat tulang temulag dari anjing mereka....
Itulah kehendak Allah, mrk boleh tertidur dalam gua selama beratus tahun tetapi merasakan seolah-olah hanya tertidur untuk satu malam sahaja.....
Ambillah ayat-ayat Allah sebagai iktibar dan pedoman kepada jiwa dan hati yang mahu berfikir!
I like it kak mimie
nik...akak suka baca cite nie...tp tulah tak berani nak citer sdri sbb takut tersalah fakta...=)
Post a Comment