Monday, October 11, 2010

Berdebar...Gelisah....Lega....

mlm smlm tido agak lambat...kul 11 lebay masa nak tido tetiba teringat yg my lil sis nak blk kg amik tengiling oren dia...terus capai iphone and bukak FB...terus jer cari leen kava kava dgn harapan dia ada upload gbr tenggiling baru...takder...tp tetiba hati jadi berdebar2 bila baca post timot dlm FB...


"Fatima Abdullah adakah esok berita perkahwinan angkasa akan di'overshadow' oleh kemalangan 2 bas dan beberapa buah kereta sehingga menyebabkan hiway ditutup?dr pukul 5.3m dr jb tak sampai2 lg kl..."


ayok tetiba nebes...terus msg my lil sis...tak reply dh lebay 5 minit...minah nie jrg lmbt reply msg...try col plak tak berangkat smpi mesin jwb...takper2 think positive terus msk bilik tarik selimut...tp tak ley tido gak...tak lama lepas tu dia col blk lega rasanye dpt tau yg dia dh smpi kg kul 5 ptg tadi....sbb ari tu klu tak silap dia ckp nak blk lepas keja...

tapi tetiba berdebar blk sbb dgr abah saya plak yg tersangkut dlm jem sbb dia dr perhimpunan bekas tentera dkt bkt jalil....sangkut dlm jem...wpun tau yg dia tersangkut dlm jem hati tetap berdebar....tgk jam kul 12 tgh mlm terus terpa tv nak tgk berita ini...

"SEREMBAN 10 Okt. – Seramai 12 orang maut, manakala lebih 40 lagi cedera termasuk parah apabila dua buah bas, dua buah kereta dan sebuah van terbabit dalam kemalangan di Kilometer 223, Lebuhraya Utara-Selatan, berdekatan Plaza Tol Simpang Ampat dekat Rembau, petang ini.

Nahas berlaku apabila sebuah bas ekspres Delima yang dipercayai dipandu laju dari arah selatan gagal dikawal lalu terbabas dan melanggar pembahagi lebuh raya sebelum melambung ke laluan bertentangan.

Bas ekspres itu yang dalam perjalanan dari Melaka ke Kuala Lumpur kemudian melanggar sebuah van dan kereta sebelum menghempap dua buah kereta lain dalam kejadian pada 6.50 petang itu....."


hanya berita ringkas...terus msk bilik blk, tp tak bley tido...last2 msg my lil sis suh msg klu abh sampai rumah dh...mydear 2-3 kli msk bilik tgk saya tak tido...dia tanya risau ke? for sure lah saya risau....ini semua org2 yg saya syg mana tak risau...

last2 dkt 12.30 dpt msg.. "abh bru je smpai"...lega, tarik selimut terus tido....

~~end~~

0 comments:

 
Design with love by Jiji for Zamimie