Thursday, October 13, 2011

Format MasterChef Malaysia...


Mesti korang tertanya2 kan mcm mana format MasterChef Malaysia nie...so sblm bermulanye rancangan nie ada baiknye korang fahami dulu format supaya lebay paham dan lebay bersedia nak menonton nanti..

MasterChef Malaysia mempunyai format yang berbeza dalam setiap episod. Format episod tipikal adalah seperti berikut:
  1. Hari Sabtu adalah cabaran Peti Saji Misteri. Setiap peserta diberi kotak yang mengandungi bahan-bahan masak yang sama dan perlu menyediakan suatu hidangan yang menggunakan bahan-bahan yang diberikan saja. Hidangan ini akan dirasakan oleh Chef MCM, dan seorang pemenang akan dipilih. Pemenang Peti Saji Misteri akan diberi peluang untuk memilih sajian utama untuk cabaran Ujian Cipta Rasa. Peserta-peserta perlu mencipta satu hidangan dengan menggunakan Sajian Utama yang dipilih itu.
  2. Hari Ahad membawakan Ujian Sajian Pantas ataupun Penyingkiran Uji Rasa. Tiga peserta yang tidak dapat memuaskan Chef MCM dari cabaran malam sebelumnya akan diberikan resipi untuk satu hidangan tertentu. Mereka perlu menghasilkan hidangan yang sama dalam masa yang diperuntukkan. Peserta yang membuat hidangan yang kurang memuaskan akan disingkir dari pertandingan ini.
  3. Hari Isnin - Cabaran Chef Selebriti, di mana pemenang cabaran hari Sabtu akan bersaing dengan seorang chef tetamu. Pemenang cabaran ini akan dianugerahkan satu pin imuniti yang membenarkan peserta ini mengelakkan satu penyingkiran.
  4. Hari Selasa membawakan Cabaran Sajian Luar. Para peserta akan dibahagikan kepada pasukan yang terdiri daripada bilangan yang sama dan diberi tugas dan jangka masa yang ditetapkan untuk melengkapkan cabaran ini. Tugas adalah seperti memasak untuk fungsi tali leher hitam atau kem tentera. Pasukan yang kalah akan menghadapi penyingkiran malam seterusnya.
  5. Hari Rabu merupakan satu lagi pusingan penyingkiran. Peserta dalam pasukan kalah bersaing antara satu sama lain untuk menyingkirkan seorang lagi perserta dari pertandingan ini.
  6. Hari Jumaat adalah Kuliah Master. Di sini, para hakim menjalankan satu kuliah untuk peserta yang masih tinggal dalam pertandingan ini. Biasanya, para hakim meninjau kembali cabaran yang telah diadakan dalam minggu yang lalu.
kalau tgk dr sini mmg full seminggu rancangan MasterChef Malaysia nie...mmg terisi lah malam kita...cuma khamis jer takder supaya kita pi surau dan baca yasin kat umah kot hehe....

so jgn lupa temujanji kita setiap hari
MasterChef TX - starting 22nd October 2011 (saturday -wednesday, 9.00 mlm)
Master Class - every Friday, 9.00 mlm (Channel 104 & 711)
Program Channel - Astro Ria (Channel 104)

~~end~~

0 comments:

 
Design with love by Jiji for Zamimie