Friday, October 14, 2011

Juri MasterChef Malaysia ~ Chef Priya...



Mempunyai lulusan dalam bidang undang-undang tidak menghalang Chef Priya atau Priya Menon berusia 53 tahun terlibat dalam bidang masakan. Chef Priya mendapat pendidikan di Anglia Polytech University dengan kelulusan Diploma Lanjutan Undang-Undang.

Chef yang mempunyai sijil penjurian dari WACS di 11th Asia Pacific Forum 2007. (World Association of Chef’s Societies) ini memulakan kerjayanya dalam bidang masakan di Carcosa Seri Negara sebagai Chef Masakan India. Bermula dari situ, beliau menimba pelbagai pengalaman seterusnya menjadi Pensyarah atau Pelatih untuk Festival Makanan Malaysia yang pertama, Seminar dan Demonstrasi Rempah Ratus dan Bengkel mengenai Nasi pada tahun 2007.

Beliau juga pernah memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Seranta di Persatuan Chef Malaysia pada tahun 2009 hingga 2011. Kini beliau menjadi pengerusi untuk acara istimewa atau "Special Events" di Persatuan Chef Malaysia (2011 - 2013). Chef Priya juga pernah dianugerahkan 1Malaysia Chef of The Year Award 2010 oleh Persatuan Chef Malaysia.

Dalam perkembangan teknologi maklumat, Chef Priya juga tidak mahu ketinggalan. Beliau menjadi penyumbang maklumat dan panel professional untuk portal internet "Kuali.com" milik Star Online. Chef Priya juga mengarang beberapa bahan bacaan seperti “Health Travel Malaysia, Medical Travel Malaysia”, “Fun With Food, My Kitchen To Yours”, “Time permitting a book of my poems” dan “Messages of the Soul”.



jangan lupa juga support MasterChef Malaysia yang akan disiarkan 22 Oktober nie....


MasterChef TX - starting 22nd October 2011 (saturday -wednesday, 9.00 mlm)
Master Class - every Friday, 9.00 mlm (Channel 104 & 711)
Program Channel - Astro Ria (Channel 104)


~~end~~

0 comments:

 
Design with love by Jiji for Zamimie