Friday, October 14, 2011

Juri MasterChef Malaysia ~ Chef Jo...


Moh Johari Edrus atau lebih dikenali sebagai Chef Jo yang berusia 55 tahun merupakan juri MasterChef Malaysia paling "senior". Bekas Presiden Persatuan Chef Malaysia ini mendapat pendidikan di Universiti Teknologi MARA, Malaysia yang ketika itu dikenali sebagai Institut Teknologi MARA pada tahun 1975 dengan lulusan Diploma Latihan Chef.

Bermula dari situ, Chef Jo menimba banyak pengalaman bekerja di hotel-hotel terkemuka di ibu negara. Beliau juga pernah memegang jawatan penting di beberapa buah syarikat makanan di Malaysia termasuk sebagai Timbalan Pengarah F&B di Tradewinds Corporation Berhad dan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) sebagai salah seorang ahli dalam Retail Advisory Council.

Chef Jo juga pernah diiktiraf sebagai pakar masakan dalan pelbagai acara seperti di WorldSkills Competition (Skills Olympic) di London pada September 2011 dan #1 Culinary for the 7th ASEAN Skills Competition pada tahun 2008. Selain itu, Chef Jo terus mencurahkan ilmu masakannya kepada generasi muda melalui institusi pengajian tinggi seperti UiTM, Kolej Taylor, KDU dan Universiti Utara Malaysia.

jangan lupa juga support MasterChef Malaysia yang akan disiarkan 22 Oktober nie....


MasterChef TX - starting 22nd October 2011 (saturday -wednesday, 9.00 mlm)
Master Class - every Friday, 9.00 mlm (Channel 104 & 711)
Program Channel - Astro Ria (Channel 104)


~~end~~

0 comments:

 
Design with love by Jiji for Zamimie